Thursday, August 10, 2006

Sebentar di Pejabat Imigresen

Assalamualaikum,


Pagi nie aku masuk lambat sikit ke office. Dah lama aku buat passport tapi tak pegi collect pun lagi kat Imigresen. So pagi nie aku buat keputusan nak amik. Next week dah nak bertolak ke Bandung.

Pagi-pagi lagi aku dah tercacak depat Imigresen tue, aku ingat aku la orang paling awal rupanya ada lagi yang paling awal dari aku. Beratur la sementara menunggu Imigresen bukak. Aku dapat no. 12. Sah aku ingat mesti lambat la nie koman-koman pun kul sepuluh la aku masuk opis. Alahai malasnyer la nak lambat2 nie. Tak kose nak bersoal jawab karang ngan HR.

Sebelum 8.30 dah settle dah. Terkejut gak aku. Proses nak buat passport nie bukannya lama sangat. Yang buat lama tue proses menunggu. Masa aku buat passport arituepun bukannya lama benau. Tapi sebab aku sampai lambat nak amik no. aku terpaksa la menunggu sampai ke petang utk buat passport. Sampai turn aku tak sampai lima minit pun. Esoknyer passport dah siap, cuma kesuntukan masa yang membuatkan aku ambik passport aku pagi nieh.

Aku tengok jugak cara-cara orang Imigresen bekerja tadi. Memang pantas dan cepat. Dan kisah-kisah dulu kala yang mengatakan mereka nie tak mesra pelanggan mungkin dah tak boleh diguna pakai lagi. Mungkin ada la sorang dua yang buat onar jadi semua Jabatan Kerajaan nie kene padahnya.

Bukannya aku nak defend orang kerajaan nie tapi kadang-kadang kita nie macam tak adil nak sampai meletakkan hukuman mengatakan gomen nie lembab.

Tapi terus terang aku katakan, aku masih lagi seriau nak pegi ke hospital kerajaan esp. utk bersalin. Muahahahaha.... tapi orang kata Hospital Serdang tip to... well tungg dan lihat. Kot la ada rezeki aku mengandung ker, memang nak pi situ.

3 comments:

  1. Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

    ReplyDelete

please be nice to me