Assalamualaikum...
Biasa la kan, orang lain buat blog aku pun sibuk nak buat. Bila dah buat tak reti-reti pulak nak update hari-hari. Macam yang aku katakan sebelum nieh. Tempat aku tak mengizinkan untuk aku mengadap Internet sepanjang masa. Line tak clear.
Belum pun cukup setahun aku dekat company nieh, dah lima kali aku berpindah tempat termasuk lah hari ini. Untuk yang kelima kalinya hari ini aku berpindah tempat lagi. Lagi dekat dengan immdiate boss aku sebelum nie tempat aku jauh dan communication susah, jadi itu ler orang pun tengok aku ni cam tak ada kerja. What to do what to do itik makan pakai sudu.
Sampai-sampai jek sebelum aku on pc aku terus buat persiapan nak pindah, tempat baru nie sempit sikit la, tapi aku rasa aku selesa. Jauh dari anasir-anasir yang tak berkenaan. Ahaks, jahat betul aku nih. Dan tempat baru aku nie lebih privacy, so aku rasa selepas ini aku akan rajin update blog aku nieh.
Hajat hati nak create blog baru berkenaan dengan novel masih lagi tak kesampaian. Masalah yang sama, kalau kat rumah aku ada internet aku rasa dah lama aku usahakan blog aku nieh. Koleksi novel-novel aku memang banyak. Aku bukannya pandai nak kritik novel-novel orang hatta aku sendiri pun tak pernah menghasilkan apa-apa karya. Cuma ingin berkongsi pendapat dengan kawan-kawan tentang novel-novel yang pernah aku baca. Angah kakak aku pun sekarang dah gila novel. Sibuk pinjam koleksi novel-novel aku. Tapi dia tue kelakar sikit, mudah tersentuh dan menangis, sampai kene ejek ngan anak-anak dia.
Okeylah sampai di sini dulu. Tiada cerita menarik yang nak aku ungkapkan kat sini.
Panjang umur jumpa lagi.
Salam Manis
Melati-Putih
No comments:
Post a Comment
please be nice to me