Pages

Friday, July 9, 2010

Catatan....Sumayyah binti Khayyat


Hari Jumaat nieh meh kita banyakkan tazkirah.....


Sumayyah binti Khayyat

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Sumayyah binti Khabbab)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
 
Sumayyah binti Khayyat (bahasa Arab: سمية بنت خياطّ‎) merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.

Memeluk Agama Islam

Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.

Dijanjikan Syurga

Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad belum dapat dilakukan. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.

Sumbangan Sumaiyah

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:
  • Pertama, berani menyatakan yang hak.
  • Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
  • Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
  • Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga

  • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
  • Rumah mereka dibakar
  • Dicucuk dengan besi panas
  • Ditikam dengan lembing
  • Dicungkil biji mata
  • Dibenam ke dalam air

Sumber: 
 
Nota Kaki:  
Mampukah kita menjadi seperti Sumayyah. Setiap kali mendengar lagu dari kumpulan Hijjaz memang hati ini sentiasa tersentuh dan kadang-kadang hampir menitiskan airmata mengenangkan seksaan keatas beliau dan keluarganya. 
 
Cuba kita berada di tempat Sumayyah mampukah iman kita teguh melihat anak dan suami diseksa.  Namun Sumayyah dan  keluarga telah dijanjikan syurga oleh Nabi Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W.
 
Walau tak dapat jadi seperti Sumayyah, ku berdoa dan bermohon agar ditetapkan hati dan dikuatkan iman.  
Janganlah aku terpesong dari jalan MU Ya Allah.



2 comments:

  1. ambil la sebagai tauladan..

    ReplyDelete
  2. lagu hijazz tu mmg selalu mengundang sendu...

    ReplyDelete

please be nice to me