Pages

Friday, April 24, 2009

Hari ini........dua tahun yang lalu......


(salinan dari entry aku sebelum ini)

24 April 2007

Aku pergi kerja seperti biasa. Memang rasa badan semakin berat. Waktu ini kandungan aku telah pun masuk ker 34 minggu. Sesungguhnya aku memang tak larat ketika ini. Rutin aku seperti biasa di pejabat. Tapi aku lebih banyak duduk dari berjalan.

Aku terima panggilan telefon dari Abie.
"Ada sesiapa telefon awak tak"
"Tak ada kenapa?"
"Mmmmm... Herry call saya, dia orang kata tengah emergency kat rumah Angah. Ibu pengsan"
"Hah!! camne nieh...."
"Saya kat Shah Alam. Awak tunggu lah nanti saya ambik awak kat ofis"

Hati aku berkecamuk. Airmata mengalir tanpa dipinta. Ya Allah, selamatkan la Ibu. Jangan la sesuatu yang buruk terjadi padanya.

"Imah, ko dah tau dah?" Abang Adi telefon
"Kenapa dengan Ibu?"
"Abang kalut lupa nak telefon kau, abang terus pegi Sungai Long. Macam mana ko nak balik?"
"Hisyam dah call kata nak ambik"
"Ok, ko tunggu lah"

Aku masih buntu. Aku masih takut... Aku terus pergi surau menunaikan solat Zohor. Aku bacakan Yassin untuk Ibu sementara menunggu Abie sampai. Airmata tetap laju keluar. Aku tak dapat menahan esakan.

"Imah, balik Mah.... " Angah pula menelefon
"Kenapa dengan Ibu....."
"Imah ko balik la Mah, jangan balik sendiri ko tunggu Hisyam" Suara Angah penuh dengan sedu sedan.

Ya Allah apa yang sebenarnya telah terjadi. Aku masih takut untuk memikirkan apa-apa. Aku jadi bingung. Rakan ofis terus memujuk supaya aku bersabar. Sekiranya Ibu ditakdirkan tiada lagi aku sepatutnye redha.

Abie sampai lebih kurang pukul 4 petang.

"Apa yang awak fikirkan?" Aku hanya diam. Kebas, numb itu yang aku rasakan. Airmata tetap mengalir. Abie menggenggam tangan aku.
"Saya nak awak sabar banyak-banyak. Fikirkan baby dalam perut tue." Aku tetap diam
"Andai Ibu dah tak ada, macam mana?" Aku hanya memandang sepi pada Abie airmata tetap laju keluar.
"Andai Ibu dah tak ada, saya mintak awak sabar banyak-banyak. Jangan sampai menggugat kesihatan awak dan bayi dalam perut tue." Aku tetap tidak memberikan apa-apa respon. Hanya airmata jawapan kepada persoalan Abie.

Sampai di rumah Angah aku seperti buntu. Tidak tahu apa yang telah berlaku. Saat aku melangkahkan kaki ke dalam rumah Angah. Aku lihat Along, Azzam, Azzem dan Nina anak-anak sedara ku telah siap berbaju melayu / kurung. Ya Allah, aku tetap gagahkan kaki.

Saat ku jenguk bilik yang menjadi peraduan Ibu, seolah-olah kaki aku tidak memijak lantai. Angah terus merangkul aku sambil menangis. Aku terus menangis dan menangis.

"Imah tak sempat jumpa Ibu.... Imah tak sempat jumpa Ibu....." Hanya ayat itu yang aku ulang-ulang.

Perlahan-lahan aku melangkahkan kaki menuju ke pembaringan Ibu. Alang terus memeluk aku. Aku terus menangis dan menangis. Aku mencium ibu semahu-mahunya. Aku menangis sepuas-puasnya. Ibu telah kembali ke Rahmatullah. Saat dia mengadap Ilahi hanya Angah berada di sisi. Kami yang lain tiada. Ralatnya rasa hati tidak dapat berada di sisi Ibu di saat-saat terakhir Ibu. Tidak redhakah aku dengan pemergian Ibu.

Aku lihat Ibu tersenyum. Tuhan, mampukah aku hadapi dugaan ini di saat aku mengandungkan cucu nya. Kenapa Ibu tidak tunggu sehingga dia menatap cucunya. Ya Allah andai ini dugaan Mu, tabahkan lah hati ini Ya Allah. Kuatkan lah hati ini. Tetapkan lah imah hambamu ini Ya Allah.


......dan airmata ini terus mengalir.........

Al-Fatihah buat arwah ibu...Pn. Hajah Seti Meriam.....

6 comments:

  1. sabar kak mah..dah 2 tahun arwah meniggalkan...alfatihah utk arwah Pn. Hajah Meriam.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah utk arwah Pn. Hajah Meriam...moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman....

    ReplyDelete
  3. al fatihah tuk allahyarhamah ibu...

    ReplyDelete
  4. alfatihah tuk ibunda kak mah...moga ditmpatkan bsama golongan2 org mukmin...amin...

    tabahkanla atimu itew kak mah...

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah untuk arwah ibu..

    ReplyDelete
  6. Sabar ye Imah. I know exactly how you feel. I lost my mom 5 years back. No one with her when she died. We were at the hospital but the doctors not allow us to enter the operation theatre. My mom died before the operation being done! Al-fatihah for my mom and Imah's mom!

    ReplyDelete

please be nice to me