Wednesday, February 28, 2007

Hello Alllllssssss

Assalamualaikum,

Subhanallah dah berbulan rasanya haku tak update blog aku nieh. Kenapa ek, nak kata bizi kerja tak jugak. Nak kata bizi meniaga, meniaga pun sambil-sambilan jek. Rasanya haku bizi berforum dan berchatting kat conference ym muahahahahaha.. Dah cam addicted pulak kalau tak dapat berforum or berchatting.

Tunggu masa jek haku nak dapatkan laptop baru nieh. Streamyx dah register. Camne la hidup haku kalau kat rumah dah ada line laptop ngan streamyx nieh. Harus tak tido malam agaknya. Muahahahahaha.

Well haku dah 26 minggu mengandung. So far semakin aktif tendangan dan kuntauan baby di dalam perut nieh. Bila tak bergerak tue rasa la cuak semacam jek. Siap goncang2 lagi perut suh bangun gerak2. Bila dah bergerak tue asik nak terkucil je lah pulak. Suppose 1st March nie haku checkup, tapi memandangkan last week haku mc dan malam 1 Mac tue pulak ada orang nak merisik adik ipar haku extend la checkup tue ke hari Sabtu pagi. Tak sabar nak buat 3D scan. Jantina dah tau insya'allah boy. Tapi kalau keluar girl, terima la dah rezeki Allah nak kasi.

Mak aku dah dekat sebulan dah kat rumah abang aku kat Sri Damansara. Everyweek situ je lah tempat kita orang lepak. Dah tinggal tulang jek haku tengok mak aku tue. Kurus bebeno. Lemah jek badan, tak lalu makan. Makan pun asik makan bubur jek. Badan tue cam tak bertenaga jek. Nak nasihat kalau tekak dah tak leh terima makanan lain camne pulak kan. Apa-apa pun cepat2 la mak aku baik. Dok terfikir aku dalam pantang sok sapa la nak jaga aku ek. Harapkan Kak Na je lah. Isk..isk..isk.....

Ada lagi ker nak update...camne nak kasi rajin update blog kasi idea???

No comments:

Post a Comment

please be nice to me