Pages

Friday, February 17, 2017

Catatan.... Kak Mah dan LHDN


(gambar cilok google)

Assalamualaikum

Perkh...dah bulan Februari tak pe tak pe kita pelan pelan kayuh utk update blog ya.



(gambar cilok google)


Harini pepagi terpaksa keluar gi LHDN, tak mampu nak pegi ke PJ (file ada kat sana) so akak pegi kat LHDN kat Hentian Kajang ni jek lah sebab itu yang paling dekat. Takut nanti pergi jauh-jauh tak sempat pulak nak balik hantar Izzati pergi sekolah ngan ambik Iskandar ngan Iqhram.

Kenapa lak kena pegi LHDN pepagi, heheh..tak ada apa pun, last year akak dapat surat LHDN suh bayar cukai tertunggak utk tahun 2008 ngan 2011, utk golongan marhaen macam hakak ni banyak jugak nak kena bayar. So akak declare la income tax utk tahun tu. Buat last year jugak la ke LHDN PJ tu kalau sapa follow akak (puiiii) akak ada update stegram pasal ke LHDN PJ tu. Siap dah hantar borang BE bagai siap kira lagi depan officer tu seme, memang submit siap dah semua, tapi silap akak la tak mintak ngan officer tu buat copy then suruh dia chop receive kan. So you all lepas ni kalau tetiba LHDN suh declare tahun sekian sekian buat tu buat tapi make sure buat copy utk diri sendiri. Pengajaran utk akak la kan.

Akak ingat lepas dah settle buat declaration tu tak ada la apa-apa kira dah settle la sebab bila hantar dan buat calculation memang tak ada kena bayar pepe pun nak nak tahun 2008 tu langsung tak ada kena PCB maklumla gaji kecik kan.

Tetiba awal minggu ni akak dapat surat dari LHDN mengatakan akak ada tunggakan cukai, eh pulak dah...tengok tahun, tahun yang sama akak dapat tahun lepas suruh declare. Eh aku dah declare dah kenapa ada tunggakan lagi.

Sila bayar sebelum 19 Februari 2017 kalau tidak tindakan guaman akan diambil.  Ah sudah, walaupun nilainya tidak la sebesar mana tapi sangat besar bagi akak yang sudah tak bekerja ni.  Rakyat prihatin dan taat setia pada negara hari ni akak ke LHDN Kajang la untuk tanya berkenaan perkara ni. Kalau kena bayar kena la bayar jugak tapi nak tau la juga hujung pangkal cerita.

Alhamdulillah dapat pulak Officer yang sangat peramah over the top, yang baik sangat2 la pada mata akak ni.  Biasa stigma kita ni kalau Government Officer mesti hampeh dan sombong kan.  Allah permudahkan kerja akak pagi tadi.  Dia cek, dan tengok jek surat tu lepas akak cerita kronologi kejadian.

"Puan saya tengok surat ni pun saya tau dia orang tak update lagi yang Puan hantar last year.  Bila ya Puan submit borang BE tu tahun lepas."

Alamak!!!! satu kes lagik, mana la hakak ingat, udah la tak buat salinan, tarikh2 ni lagi la akak lupa.  Mujur la kan, akak ni kan penghapdet tegar Instagram hahahahaha kepala otak tu ada lampu menyala-nyala kemain banyak terus akak cek Instagram akak.

Berguna jugak rupanya Instagram ni kat haku, gigih akak browse satu satu gambar bila masa akak pegi ke LHDN tahun lepas utk buat declaration.  Nasib la, akak ni perasan artis fofular kan, mujur sangat akak ada update walaupun cuma gambar NO GILIRAN hahaha masa ni memang nak tergelak sangat pun ada. Dapat la tarikh yang officer tu nak.

Sambil dia sent email kepada officer in charge, sambil tu dia menyembang ngan akak. Peramah sangat officer ni, suka betul akak borak ngan dia, segala macam dia cerita.  Anak cikgu rupanya, eh sama la kak, saya pun anak cikgu jugak. Betul anak cikgu ni memang glemer, pasal nama ayah tu yang glemer hehehehe...

Orang ganu kiter, seronok melayan celoteh akak ni.  

Selesai dia hantar email sempat gak la dia nasihat kan akak, 

"Lain kali Puan kalau jadi lagi macam ni Puan make sure buat salinan ya, tak pe kalau kita kena keluar berapa sen pun utk salinan tu takut nanti jadi macam ni la."

"Saya dah hantar email kepada pegawai terlibat kita tunggu nanti lepas ni macam mana.  Kalau tengok tarikh submission Puan tu memang tarikh tu waktu yang sangat sibuk masa tu. Puan simpan jek dulu surat ni jangan bayar dulu kalau Puan yakin Puan tak kena bayar apa-apa."

Terima kasih sangat la Puan Zalina Ab Razak. Lupa pulak nak ajak selfie...kikikiki...

Okey lega disitu, so kita tunggu panggilan LHDN lepas ni..... dan akak kena follow up la gamaknya...

Ingat jangan buat silap macam akak ya.  Kita mudahkan kerja orang, kerja kita pun jadi mudah sebenarnya.  

Dalam hal ni akak tak salahkan pun pihak LHDN sebab paham, berapa ribu orang pulak la dia nak update dah la hantar manual cuma nya jangan hilang sudah la borang BE akak tu..... takkan nak kena resubmit balik....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

kbaiii....