Pages

Thursday, January 16, 2014

Catatan.....Iqhwan demam

Assalamualaikum

Harini terpaksa EL.. bujang bongsu demam. Adek kalau dah demam memang dia melepek jek.

Malam tadi 3 kali mami kena mandi muntah ngan adek.. complete set demam ngan batuk ngan selsema. Sebab ada semput sebelum ni Mami harap adek tak dapat la sempit kalini ya.

Pergi klinik tadi Alhamdulillah... doktor kata paru paru clear lagik.

Balik rumah jek makan ubat now dah melepek tido....

Eh ada apa-apa cara nak kurangkan sembelit budak?...

Ya... budak bongsu ni sembelit jugak....hai macam-macam

Monday, January 13, 2014

Catatan....Iskandar Muammar dah darjah 1

My bujang dah darjah 1.... hehehe lambatnya la Mummy nak update pasal abang kan.
Handsome bujang Mummy bila pakai baju sekolah. So far abang sangat bersemangat nak pergi sekolah.

Masa hari orientasi yang sampai kul 11 jek, dia kata nak sekolah lagi. Setakat ni anak-anak Mummy memang suka nau nak gi sekolah.

Biasa Mummy ngan Abie yg rajin nak pontengkan dia orang hehehehe eh ponteng bersebab.
Moga abang rajin-rajin belajar ya bang. Belajar pandai-pandai ya Insya Allah.






Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum,


Allahu Akbar!!!

Setahun 2013 tak update apa-apa langsung dalam blog nie, padahal macam kisah dan macam cerita yang boleh dijournalkan.

Tahun 2014 ni konon-konon nak rajin2 update blog, moh kita tengok...

Dah 13 hari dah masuk tahun 2014 kan...sekejap betul masa berlalu...

Tahun ni Iskandar Muammar, bujang manja daku yang no. 2 sudah menginjak 7 tahun. Sudah sekolah darjah 1. Aduhai, cepatnya masa berlalu, manja tak kurang-kurang, nakal makin bertambah.

Izzati Maisarah dah darjah 4.  Puteri Mummy dah nak 10 tahun????....

Iqhram Muammar... Iqhwan Muammar...kesiannya ngan putera-putera Mummy ni, jarang sangat Mummy nak update pasal depa.

So azam...ciss...azam ka... moh kita meriahkan blog ni kembali..