Salam semua,
Minggu ni aku puasa direct...padan muka kan dari awal tahun dok bertangguh nak mengganti puasa..
konon-konon nak puasa senin khamis jadik tak ada la parah sangat..
penyudahnya asik nak mentekedarah jek, ganti puasa pun kem salam...
Arakain next Syaaban hampir menjelang.. Rejab pun dah nak berlaku
tak reti reti Ramadhan dah melambai..
tak reti reti nak ganti puasa??
padan muka lagi sekali....
Panjang tul mukaddimah..
so bila dah puasa nie napsu nepsi nak melantak tue macam-macam la kan..
so semalam haku mengaruk dari pagi sampai ke petang
nak PUDING ROTI!!!
Reseipi hari hari dok telek telek telek..
simple jek..mudah jek...
tapi apasal tak buat buat...
Gara-gara tak boleh tahan...
malam tadi gagah kan jugak diri buat..
weh!!! kojap jooooooooo.......
tak ada la macam nak buat kek nunn...
so ini lah hasilnya....
marvelouss!!!!!
tekak haku laaa....
tak sabar nak makan
tengah suam2 tue aku tala gak...
agak kureng di situ...
terus masukkan dalam peti es...
lepas jek mengapam dalam kul 3.30 pagi
dan dan haku keluarkan puding roti nie potong dan makan
ini ler sahur haku pagi tadik!!
Resepi Puding Roti
500ml susu segar
8 keping roti
(rendam roti dalam susu dalam setengah jam)
1 sudu besar tepung kastad
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
setengah sudu besar serbuk kayu manis (kalau nak letak..)
Gaulkan semua
lepas tue campokan semua dalam loyang dan bakar dalam 30 minit suhu 170 darjah celcius
Ini kira resepi main campak campak jek..
okey laa...dan puding roti ni kurang manis sikit.
Sos Kastad
2 sudu besar tepung kastad
2 susu besar gula
1 tin susu cair
Masak di atas api sederhana..lebih kurang jek jangan lama sangat kang jadik puding kastad pulak
agak-agak rasa kurang manis tambah jek gula.
siap!!!
Sedap di makan time sejuk