Hari Jumaat nieh meh kita banyakkan tazkirah.....
Sumayyah binti Khayyat
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sumayyah binti Khabbab)
Sumayyah binti Khayyat (bahasa  Arab: سمية بنت خياطّ)  merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang  pembesar Quraisy  dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan  beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat  kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani  walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam.  Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan  Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak  lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.
Memeluk Agama Islam
Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk  agama Islam  yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah  saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan  kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat  setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan  yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.
Dijanjikan Syurga
Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat  apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan  Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai  risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan  jihad  belum dapat dilakukan. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah  keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini  menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni  Syurga  Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka  sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita  pertama Islam yang gugur mati  syahid.
Sumbangan Sumaiyah
Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah  Islam. Antaranya:
- Pertama, berani menyatakan yang hak.
- Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
- Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
- Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga
- Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
- Rumah mereka dibakar
- Dicucuk dengan besi panas
- Ditikam dengan lembing
- Dicungkil biji mata
- Dibenam ke dalam air
Sumber: 
Nota Kaki:  
Mampukah kita menjadi seperti Sumayyah. Setiap kali mendengar lagu dari kumpulan Hijjaz memang hati ini sentiasa tersentuh dan kadang-kadang hampir menitiskan airmata mengenangkan seksaan keatas beliau dan keluarganya. 
Cuba kita berada di tempat Sumayyah mampukah iman kita teguh melihat anak dan suami diseksa.  Namun Sumayyah dan  keluarga telah dijanjikan syurga oleh Nabi Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W. 
Walau tak dapat jadi seperti Sumayyah, ku berdoa dan bermohon agar ditetapkan hati dan dikuatkan iman.  
Janganlah aku terpesong dari jalan MU Ya Allah.
 
ambil la sebagai tauladan..
ReplyDeletelagu hijazz tu mmg selalu mengundang sendu...
ReplyDelete