Pages

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Catatan....Berbelanja sambil Beramal

Assalamualaikum, 


Aku rasa, ramai yang dah tau kisah pasal adik Faris yang sangat comel nie, dan rasanya mesti ramai kat office-office tue dah dapat email-email berkenaan dengan adik Faris nie. Dikesempatan ini aku nak war warkan lah pada sahabat handai sekalian.


Anak riang secomel ini sekarang jadi begini


Jom berbelanja sambil beramal : http://www.facebook.com/groups/frugalicious/ 

Kami akan mengadakan Jualan Amal mulai 23Feb sehingga 03Mac 2012. Hasil jualan dan derma akan disumbangkan terus kepada : Adik Faris. 

Sumbangan melebihi harga barang yang ditawarkan amatlah dialu2kan. Marilah kita membeli sambil menyumbang. Terima kasih. 

Album Jualan Amal : http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.246603038758961&type=1 

Detail mengenai adik Faris boleh dibaca di blog Mazidul : http://www.mazidulakmal.com/2012/02/mari-bersama-kita-membantu-faris-untuk.html 

Ada lagik rentetan cerita kat situ Meh la masuk, ada macam-macam barang, sambil berbelanja kita beramal, kadang-kadang kita rasa susah nak direct sedekah, tapi bila berbelanja nie kadang kita rasa senang jek nak keluarkan duit (no offence).... 

Boleh request nak masuk dalam Group tersebut, sila cari album untuk jualan amal nie. Jualan amal ni sampai 3hb March. Moga-moga niat murni kita diberkati. 

Hati seorang ibu pasti tersentuh bila melihat derita adik ni.

atau bagi mereka yang ingin menyalurkan terus bantuan boleh la masukkan derma ikhlas anda ke dalam akaun di bawah nieh


akaun Maybank 1140-1115-2218 atau 
1628-5200-2738




   

Tuesday, May 31, 2011

Catatan....LETRIK NAIK!!!!

Haku kan tak pernah-pernah la mengomen
hal hal naik naik rega nie kan
naik naik tarif nieh...

Tapi semalam tengah syok syok layan layan fefeeling Nora Elena..
tetiba dapat berita yagn taarif letrik akan dinaikkan sebanyak 7.12%
bermula 1 Jun nieh....

Macam gampsss tul laaa....
haku yang tak duduk rumah nie pun
yang ada waktu malam pun bil sampai RM100...
kalau naik lagik haku tak tau la...baper banyak kene bayar
yang 100 tue pun terkulat2 nak bayar..
ini nak tambah-tambah lagik taarif..

Memang macam gampss...
udah la pendapatan isi rumah sebulan tak sampai pun RM5K...
nak cecah pun cam mimpi....ini nak naik lagik segala..
memang macam hamsap betul la..
haku tak tau la camner nak jimat lagik....
aku tak tau aper lagik yang nak dipotong...

Pagi ni dengar radio katanya...
saper yang bil dia RM77 ke bawah...
tak merasa kenaikan tu pun...
huh!! so aku nie harus la merasa kan...

Syabas!!! syabas!!!.....

HARUS APAM HAKU LEPAS NI NAIK REGA!!! KONPOM!!!!!!!




Friday, May 20, 2011

Catatan.....Apam Pokodot Kak Mah!!

Banyak lagi gambar-gambar yang belum sempat saya upload.
tapi semuanya saya dah uplaod di FB  Melatis' Sweet Confectionery

Boleh jengah ke sana ya...

Minggu ni percubaan pertama saya menghantar apam ke seorang sahabat di Tg. Malim
sangat sangat risau, sebab saya tidak pernah membuat sebarang penghantaran pos makanan
ke mana-mana tempat pun sebelum nieh

Alhamdulillah, apam sampai dengan selamatanya walaupun terdapat kecacatan
satu dua apam di sana sini.

Boleh baca entry sahabat saya di sini
beberapa pengajaran, tips telah saya dapati
dengan percubaan pertama mengepos apam ini.

Jadi dengan ini, kepada sesiapa yang duduk jauh
tetapi ingin merasa apam-apam comel ini
masih boleh berbuat demikian.

KOS POS  - 1kg pertama = RM10 (pos laju) - (roughly dalam 100biji apam)

Pos biasa saya tak berani sebab mengambil masa, Pos Laju ke Tg. Malim pun
mengambil masa lebih kurang 2 hari.

Mari Order!!!!

Notes: Etnry nie ku kopipes dari blog biz haku daa...itu ada bunyi skema tue...ehehe



Friday, April 1, 2011

Catatan....Prudential Insurance


Assalamualaikum,

Iklan jap yer...
Inche Abie telah bertukar bidang
dari Manager Dominos Pizza..
now he became an Insurance Agent.

Officially dia sudah pun menjadi Agent Insurance Prudential
pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut
berkenaan insurance ni
boleh la contact Inche Suami saya..iaitu Inche Hisyam b. Zainun

Contacts is in the leaflet ya!!!

Do support us in doing this business
and hopefully will success.







Tak clear leaflet nie boleh click di situ..
mari mari mari....
sila sila sila....

Thank you in advance
kalau sudi tolong lah war warkan kepada rakan-rakan seantero malaya..
wahhh seantero malaya gitu....




Wednesday, March 30, 2011

Catatan....Gastric Pain!!! Again!!!!


Semalam petang without warning...
dalam kul 4 gitu tetiba perut rasa sebu
start rasa sengal2 kat bahagian pinggang

Ah sudah..... lama-lama makin sakit
aduh...confirm gastric pain
balik tue sampai Tasik Selatan memang segala rasa ada
nak muntah aper benda seme ada...

Adui hazabnya nak menunggu komuter
sms Abie... memang sakit sangat...
Abie ambik kat Tasik Selatan...'
dalam kereta bantai tido dalam kesakitan...tak mo pk sakit

Balik rumah tido jugak.... tak sedo diri..
sedo-sedo si kecik merengek kat sebelah...
bangun-bangun....lega sikit sakit...
patut kene buat kek tapi ku tak buat...
sebab adat kalau ku sakit memang tahap gulen gulen nyer..

Pagi nie...sengal masih ada
baru balik klinik mintak stok ubat
untuk standby...
jarang kene...tapi bila kene...
tak tahan nak menanggungnya....

Some info from Internet...
http://www.ehow.com/how_5595442_relief-gastric-reflux.html
 
How to Get Relief From Gastric Reflux

Gastric reflux or acid reflux disease is a common digestive condition that often causes heartburn, abdominal pain, a sore throat, vomiting and coughing. Remedies are available. And gastric reflux is often manageable without medications. Several factors play a role in gastric reflux, and relieving symptoms is generally a manner of making simple changes.
 
Instructions


Reduce weight. Lose weight to control gastric reflux and relieve symptoms. Abdominal fat can stimulate the back flow of acid into the esophagus. Include exercise in your routine--30 minutes three to five days a week--and decrease your calorie intake.

- errr dah lama tak timbang tak tau la dah overweight ke belum.  exercise pun dah laaaaaama tak buat... 

Lift the head of your bed. Sleep with your head slightly raised to stop nocturnal reflux. Pillows are ineffective. Instead, place an object such as a wood block under the front bed post to lift the bed 6 inches.
Eat several hours before bedtime. If you normally go to bed at 11 p.m., eat dinner no later than 8 or 9 p.m. Give your food time to digest before going to sleep.

- tinggi kan katil?? hmmm..... memang makan severl hours before sleep pongg...

Recognize reflux triggers. Beverages and foods are typical gastric reflux triggers. Watch your diet and monitor the frequency of symptoms to identify your problem foods. Gastric reflux triggers include acidic foods and drinks, tomatoes, garlic, onions, caffeine, fatty foods and chocolate,

-semalam makan aper ek..... takkan terung tu kot...hmmm

Plan to stop smoking. Smoking cigarettes or using tobacco can also worsen or bring on gastric reflux. Limit the number of cigarettes you smoke in a day or give up the habit completely.

- tak merokok pongg... 

Control reflux with medication. Relieve gastric reflux disease with antacid and acid neutralizers such as Tums and Maalox. Prescription drugs such as Prevacid and Protonix also provide quick relief for chronic reflux, and these medications help repair esophageal damage.

- gi klinik tadi tak dapat pun ubat2 tue.... dapat Omezole 20mg (capsule) sebelum ni ku amik Zantac.
apakah yang menyebabkan tetiba ku gastrik semalam.... hhhmmm....


Ini ada petua..tak leh copy paste pulak leh la masuk SINI tengok..











Monday, March 28, 2011

Catatan....Burger King Delivery


Mentara tengah ada modal nak berblog nie
sakan la ku menghadpet kan
kang tak ada mudal kang sangap...

Tengah hari tadi mendurjana (pinjam perkataan MR) ke SOGO
mencari botol dak Iqhram yang punya la tak pernah berganti kan..
alang2 tahun depan katanya penjualan botol BPA haram
maka ku membeli FREE BPA botol la kan..

Eh itu next entry lah...
so on the way balik tue...kat stn LRT Bandaraya ada orang bagi flyers...




Burger King udah ada delivery u olsss..... kelass..
haku suka Burger King nieh
tapi mahal lerrr...aku suka Mushroom Swiss nie...
perkkh meleleh...(lama tak makan....mahal!!)

So udah ada delivery yer BK nieh...tapi...tapi tapi...
aku lupa nak amik gambar..tak perlah ku taip je ler..

Pesanan dari Burger King

WE DELIVER WITHIN THE VICINITY OF THE FOLLOWING BURGER KING OUTLET:-
1. BANDAR BUKIT TINGGI, KLANG
2. MASJID JAMEK, JALAN TUN PERAK
3. IOI MALL, PUCHONG

Makanya..adakah mike akan ke Bangsar???
huhuhuhuhu....


Wednesday, March 23, 2011

Catatan....Iklan Kerja Kosong - MAS


Ada sesapa nak menceburkan diri dalam bidang Airlines.... (err cam pelik jek...)
ehehe so aku dapat email dari abang terchenta...
dia bagi tau tolong forward pada sesapa yang berminat..
masalahnya haku tak tau sapa yang minat
so haku tepek di blog terchenta inieh...


tak paham hinglish....
BM pun ada...


akak dah terlebih umo..
kalau tak, nak gak fefeeling tinggi
nak jadik cabin crew ngeh ngeh ngeh....

tak nampak klik kat gambar...





Tuesday, March 15, 2011

Catatan....Kerajaan Haramkan Botol BPA


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.


errrrr harap-harap BPA Free botol lepas ni akan jadik lebih murah la..memati gua ingatkan 2011 rupanya 2012....iyelah bukan senang nak tarik semua botol yang ada kat luar nie kan...harus la makan masa.... hmmm masa utk menshopping botol susu yang baru utk anak-anak ku....huhuhuhuhu..





Friday, December 31, 2010

Catatan....Taklimat Sekolah Izzati

(tengah tunggu nak bayar yuran)

Pagi nie ada Taklimat kat sekolah Izzati...
kul lima pagi dah bangkit...teringat eh hari nie coti..
so sambung tido...sekali sedo sedo..hamik!! kul tujuh sudah...
dah la taklimat start kul lapan...

Mujur Izzati tak yah ikut... so akak ngan Abie jek yang pergi... 
sampai2 tengok Izzati kelas aper...
mula-mula ni dia orang letak in alphabet order..
Izzati kelas 1 Delima... 

Serba sikit pasal taklimat hari nieh....
nama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saujana 2 - Cikgu Azimah Ibrahim...
ahakssss.... sebijik nama akak...nama bapak jek lain... senang nak ingat...
nama guru kelas Izzati Cikgu Norazi (sementara dia dala kelas 1 Delima nieh)...

Orientasi akan berlansung lebih kurang dalam 3 minggu...
so minggu pertama GB kata tak yah bawak buku... 
ibu bapa dibenarkan teman anak dua hari jek.. lepas tue kalau nak tengok sila lepak kantin yer...

Hari Rabu minggu pertama nie budak tahun 1 akan menghadapi ujian diagnostic utk Linus (Literasi & Numerasi)...
So lepas tue baru la dia orang akan di agih-agihkan ikut kelas masing..
so Mami.... kene push Izzati membaca dan mengira dari sekarang yer...
tak dapat masuk kelas pandai pun asal tak masuk kelas Linus sudah la....

akak rasa sekolah lain seme dah tahu kelas anak masing-masing
dah amik test segala dan orientasi kan...
sekolah lain, lain la caranya...

No more KBSR...now dah KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Math ngan Sains dah tak diajar in English...
rasanya subject teras tue masih sama..cuma diubah suai namanya...
cam Pendidikan Seni jadi Dunia Seni Visual, Pendidikan Muzik jadi Dunia Muzik

Program J-Qaf pun ada kat sekolah nieh..(rasanya semua sekolah ada kot..)
ada a few modul cam
1. Model Khatam Quran
2. Model Bestari Solat (bagusnyaaaaa....)
3. Model Bahasa Arab
4. Model Penulisan Jawi...

bila aku tengok modul2 JQaf nie kan dok pk...errr perlu ker nak hantar cik kak ni gi Sekolah Agama petang ek... ??

Time haku sekolah dulu rasanya tak ada pulak pemeriksaan gigi...ada kot..cuma mungkin akak lupa, hilang ingatan...ingat darjah satu jek...itupun haku lari tak mo cek gigi muahahaha....

So tadi tambahan bayaran Yuran + PIBG dalam RM79.50.... dan dah dapat buku buku teks tadi....
legaaaaaa...settle dah..sempat gak la beli baju sekolah dia dalam dua pasang...
sebab pk pk rasa tak mo kacau la baju sekolah biasa ngan sekolah agama.... huhuhuhu...

Next week akak cuti seminggu..nak skodeng dia pergi sekolah 
nak skodeng dia turun naik van....
harap2 dia seronok la nak pergi sekolah...
Mami tak sabar nak tengok dia pakai baju sekolah...

belajar rajin rajin taw kakak....








Wednesday, August 25, 2010

Catatan....Petua Anak Anak Bijak



Ternampak kat FB.... sure mesti hilang..baik letak kat blog kalau terlupa leh carik balik kat sini kan....alang-alang sharekan terus dengan semua orang...jom kita amalkan....


1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.







Tuesday, August 24, 2010

Catatan....Jom Shopping!!!!





Saper-saper yang rasa nak shopping lagik..or lum puas shopping or..tak shopping.... or shopping-shopping...got a news for yer all....

I olls dapat email nie pagi tadik......moh kiter...
..

 
Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia,

Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang
Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti

Tarikh : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

3. Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.

4. Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.

5. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato?/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:-


i. Puan Noraini binti Mohammed
No. Tel : 03-8882 6200 
Emel : norainimohammed@kpdnkk.gov.my

ii. Encik Khairul Ezam bin Mohd Rasali 
No. Tel : 03-8882 6487
Emel : ezam@kpdnkk.gov.my

iii. Encik Henry Borromeo anak Nyirop
No. Tel : 03-8882 5790
Emel : borromeo@kpdnkk.gov.my

iv. Encik Sukarman bin Hamid
No. Tel : 03-8882 5772
Emel : sukarman@kpdnkk.gov.my
 
v. Cik Nur Sabrina binti Akashah
No. Tel : 03-8882 6201
Emel : sabrina@kpdnkk.gov.my

Sekian dimaklumkan.


URUSETIA

PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN 

jadik tunggang langgang blog haku nieh...huhuhuhu....
























Tuesday, July 13, 2010

Catatan....Fridge Magnet


Hari ini satu hari suntuk takkan ada kat tempat sebab kene bertapa dalam meeting.... nak online pun kene curik-curik kalau nak online...huhuhuhuhu....anyhow,.... ini ada dapat email dari member pagi nieh...errr takutnyer.....

Sumber ini tidak dapat dipastikan kesahihannya...... just nak share ngan seme orang....Posh..hang peminat fridge magnet nieh ku tak tau la sejauh mana kebenarannya.....



A number of researchers at Princeton's University have discovered
something scary!.

For several months, they were feeding two groups of mice: the first
group with food kept in a refrigerator, and the second group with food kept
in a refrigerator as well but with several decorative magnets on the door.

The objective of this experiment was to see how electromagnetic
radiation (that coming out from the decorative magnets on the door)
affect food items. Amazingly, rigorous clinical studies stated that
the group of mice that consumed the "radiated" food had as much as 87
% higher probability to get cancer than the other group of mice.



Inexplicably no Governments or health associations/institutions have
given any statement on this regard. However and just in case, is
recommendable to remove any decorative magnet from refrigerators,
and put it far away from any food.

Kindly pass this information to your contacts.










Friday, July 9, 2010

Catatan....Sumayyah binti Khayyat


Hari Jumaat nieh meh kita banyakkan tazkirah.....


Sumayyah binti Khayyat

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Sumayyah binti Khabbab)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
 
Sumayyah binti Khayyat (bahasa Arab: سمية بنت خياطّ‎) merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.

Memeluk Agama Islam

Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.

Dijanjikan Syurga

Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana, tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad belum dapat dilakukan. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.

Sumbangan Sumaiyah

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Aqidah Islam. Antaranya:
  • Pertama, berani menyatakan yang hak.
  • Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
  • Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
  • Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga

  • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
  • Rumah mereka dibakar
  • Dicucuk dengan besi panas
  • Ditikam dengan lembing
  • Dicungkil biji mata
  • Dibenam ke dalam air

Sumber: 
 
Nota Kaki:  
Mampukah kita menjadi seperti Sumayyah. Setiap kali mendengar lagu dari kumpulan Hijjaz memang hati ini sentiasa tersentuh dan kadang-kadang hampir menitiskan airmata mengenangkan seksaan keatas beliau dan keluarganya. 
 
Cuba kita berada di tempat Sumayyah mampukah iman kita teguh melihat anak dan suami diseksa.  Namun Sumayyah dan  keluarga telah dijanjikan syurga oleh Nabi Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W.
 
Walau tak dapat jadi seperti Sumayyah, ku berdoa dan bermohon agar ditetapkan hati dan dikuatkan iman.  
Janganlah aku terpesong dari jalan MU Ya Allah.



Catatan....Kurma, Kismis & Madu



1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".




2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".



 



3) MADU


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu"

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".






KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.




all picture kredit to Mr. Google