Pages

Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Friday, February 17, 2017

Catatan.... Kak Mah dan LHDN


(gambar cilok google)

Assalamualaikum

Perkh...dah bulan Februari tak pe tak pe kita pelan pelan kayuh utk update blog ya.



(gambar cilok google)


Harini pepagi terpaksa keluar gi LHDN, tak mampu nak pegi ke PJ (file ada kat sana) so akak pegi kat LHDN kat Hentian Kajang ni jek lah sebab itu yang paling dekat. Takut nanti pergi jauh-jauh tak sempat pulak nak balik hantar Izzati pergi sekolah ngan ambik Iskandar ngan Iqhram.

Kenapa lak kena pegi LHDN pepagi, heheh..tak ada apa pun, last year akak dapat surat LHDN suh bayar cukai tertunggak utk tahun 2008 ngan 2011, utk golongan marhaen macam hakak ni banyak jugak nak kena bayar. So akak declare la income tax utk tahun tu. Buat last year jugak la ke LHDN PJ tu kalau sapa follow akak (puiiii) akak ada update stegram pasal ke LHDN PJ tu. Siap dah hantar borang BE bagai siap kira lagi depan officer tu seme, memang submit siap dah semua, tapi silap akak la tak mintak ngan officer tu buat copy then suruh dia chop receive kan. So you all lepas ni kalau tetiba LHDN suh declare tahun sekian sekian buat tu buat tapi make sure buat copy utk diri sendiri. Pengajaran utk akak la kan.

Akak ingat lepas dah settle buat declaration tu tak ada la apa-apa kira dah settle la sebab bila hantar dan buat calculation memang tak ada kena bayar pepe pun nak nak tahun 2008 tu langsung tak ada kena PCB maklumla gaji kecik kan.

Tetiba awal minggu ni akak dapat surat dari LHDN mengatakan akak ada tunggakan cukai, eh pulak dah...tengok tahun, tahun yang sama akak dapat tahun lepas suruh declare. Eh aku dah declare dah kenapa ada tunggakan lagi.

Sila bayar sebelum 19 Februari 2017 kalau tidak tindakan guaman akan diambil.  Ah sudah, walaupun nilainya tidak la sebesar mana tapi sangat besar bagi akak yang sudah tak bekerja ni.  Rakyat prihatin dan taat setia pada negara hari ni akak ke LHDN Kajang la untuk tanya berkenaan perkara ni. Kalau kena bayar kena la bayar jugak tapi nak tau la juga hujung pangkal cerita.

Alhamdulillah dapat pulak Officer yang sangat peramah over the top, yang baik sangat2 la pada mata akak ni.  Biasa stigma kita ni kalau Government Officer mesti hampeh dan sombong kan.  Allah permudahkan kerja akak pagi tadi.  Dia cek, dan tengok jek surat tu lepas akak cerita kronologi kejadian.

"Puan saya tengok surat ni pun saya tau dia orang tak update lagi yang Puan hantar last year.  Bila ya Puan submit borang BE tu tahun lepas."

Alamak!!!! satu kes lagik, mana la hakak ingat, udah la tak buat salinan, tarikh2 ni lagi la akak lupa.  Mujur la kan, akak ni kan penghapdet tegar Instagram hahahahaha kepala otak tu ada lampu menyala-nyala kemain banyak terus akak cek Instagram akak.

Berguna jugak rupanya Instagram ni kat haku, gigih akak browse satu satu gambar bila masa akak pegi ke LHDN tahun lepas utk buat declaration.  Nasib la, akak ni perasan artis fofular kan, mujur sangat akak ada update walaupun cuma gambar NO GILIRAN hahaha masa ni memang nak tergelak sangat pun ada. Dapat la tarikh yang officer tu nak.

Sambil dia sent email kepada officer in charge, sambil tu dia menyembang ngan akak. Peramah sangat officer ni, suka betul akak borak ngan dia, segala macam dia cerita.  Anak cikgu rupanya, eh sama la kak, saya pun anak cikgu jugak. Betul anak cikgu ni memang glemer, pasal nama ayah tu yang glemer hehehehe...

Orang ganu kiter, seronok melayan celoteh akak ni.  

Selesai dia hantar email sempat gak la dia nasihat kan akak, 

"Lain kali Puan kalau jadi lagi macam ni Puan make sure buat salinan ya, tak pe kalau kita kena keluar berapa sen pun utk salinan tu takut nanti jadi macam ni la."

"Saya dah hantar email kepada pegawai terlibat kita tunggu nanti lepas ni macam mana.  Kalau tengok tarikh submission Puan tu memang tarikh tu waktu yang sangat sibuk masa tu. Puan simpan jek dulu surat ni jangan bayar dulu kalau Puan yakin Puan tak kena bayar apa-apa."

Terima kasih sangat la Puan Zalina Ab Razak. Lupa pulak nak ajak selfie...kikikiki...

Okey lega disitu, so kita tunggu panggilan LHDN lepas ni..... dan akak kena follow up la gamaknya...

Ingat jangan buat silap macam akak ya.  Kita mudahkan kerja orang, kerja kita pun jadi mudah sebenarnya.  

Dalam hal ni akak tak salahkan pun pihak LHDN sebab paham, berapa ribu orang pulak la dia nak update dah la hantar manual cuma nya jangan hilang sudah la borang BE akak tu..... takkan nak kena resubmit balik....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

kbaiii....


Tuesday, January 17, 2017

Catatan.... Cerita Mami


Assalamualaikum,

Apa yang nak dicoretkan dalam blog ni.  Hmmmm okey la hari ni citer pasal Mami lah.

Setahun tak berblog, tak udpate pun pepe pasal Mami, sebenarnya dah setahun Mami resign dari Prasarana.  Sebab resign?? Ada beberapa perkara berbangkit yang buatkan Mami ambik keputusan untuk berhenti kerja.  Itupun lepas Mami istikarah dua minggu tiap-tiap hari, hati Mami kuat nak berhenti kerja. 

Alhamdulillah setahun dah pun, bulan lapan nanti genap la dua tahun.  Ada la hiccup sana sini lepas berhenti, tapi Mami okey jek resign.  Mulanya Mami ingat Mami akan jadi double stress bila hadap anak-anak 24jam.  Tipu kalau kata tak stress, mesti ada rasa stress tu sekali sekali, tapi Mami okey boleh hadapi.

Kerja rumah?? Rumah Mami tak ada berkilat macam orang lain still macam gitu gak.  Rajin buat tak rajin babai, hehehe I lower my expectation, tak nak kalut nau. Janji anak-anak Mami ada baju bersih dah pakai dan perut tak lapar.


Apa Mami buat as surirumah?  Macam-macam Mami buat, to be honest masa memula resign, Mami memang ingat nak concentrate as Real Estate Negotiator, Mami buat gak until now tapi mungkin tak seaktif dan sehevoc orang lain.  Orang kata pelan-pelan kayuh, tapi dah setahun takkan nak pelan pelan lagik...kikikiki...




Mami pun ada ambik order Brownies yang memang Mami buat since kerja.  Concentrate on Brownies jek, pastu sikit sikit Mami belajar buat kuih talam, ni pun Mami ada ambik order. Belajar buat sandwich macam style hotel dan now Mami buat foodpack pulak.  Memula ni Mami cuma buat foodpack spaghetti bolognese jek dulu.  







Ada hajat juga nak buat lunchpack dan dinnerpack, tapi Mami kena asah skill masak lauk pauk ni. Mami tak berapa nak pandai masak, setakat halwa tekak anak-anak dan diri sendiri okey la.  Nak buat utk jualan ni Mami belum berani lagi.


Bawah ni list harga apa yang Mami ambil tempahan.


I still survive, Alhamdulillah, nikmat Allah ni macam-macam. I'm not complaining, buat I try to work my best for my kids.






Sunday, January 8, 2017

Catatan.... Selamat Datang 2017

Assalamualaikum

Harini dah 8 haribulan dah pun, baru nak cakap Selamat Datang 2017. Dalam masa 8 hari ni macam-macam pun boleh jadi. 

What happen to last year... Ya Allah cuma ada satu entry jek untuk tahun 2015 and 2016 langsung tak ada entry.  Teruknya lah..

Tahun ni konon-konon berazam nak rajin-rajin update blog. Rajin-rajin nak mengarang.  Semalam petang ada masa dok browse balik entry-entry lama.  Alahai... paling kesian Iqhwan my youngest son entry pasal dia sikit sangat.  Kalau tengok kat facebook or instagram memang banyak la gambar-gambar dia. Tapi nak diblog kan sikit sangat.

Tak sangka rupanya blog ni dah lama, Mami start since 2005 berblog. Sayangnya kalau dibiarkan sepi, rugi betul 2015 dan 2016 langsung tak ada entry.  

Banyak kisah anak-anak yang tidak dijournalkan.  Ini la bekalan dan bacaan untuk dia orang bila dah besar nanti.  

Masa browse entry-entry lama semalam Mami ajak anak-anak tengok sekali.  Seronok kanak-kanak ni tengok gambar lama-lama masing. Tapi banyak juga gambar2 yang tak leh access, tak tau kenapa.

Tahun ni Izzati Maisarah dah naik Form 1, UPSR dia... Alhamdulillah, Mami tau tahap dia macam mana, dapat result tu memang syukur sangat.  Dia pun dapat sekolah dekat jek ngan rumah.

Tahun ni jugak Iqhram Muammar darjah 1.  Alahai macam tak percaya jek dia dah naik darjah 1, Mami rasa dia masih baby jek. Sweet baby Mami.

Iskandar naik darjah 4, Allah darjah 4 dah Abang... how time flies, Iqhwan 5 tahun.....fuh...dan ya..umur Mami pun makin meningkat.

I will blog about them frequently after this...hopefully tak ada la hangat-hangat chicken shit kan.  

Entry pertama no picture.  I have to blog about Iqhram first day in school. Have to...sebab Kakak dan Abang dia ada entry first day school dalam blog ni.

Till then peeps...... please wait for my next entry....





 

Thursday, December 4, 2014

Catatan....Sore Eyes





Assalamualaikum,

Patutnya boleh jek nak update kat rumah, tapi biasa la..bila dah kat rumah tu susah beno nak dapat tengok laptop, mak anak empat nie banyak habiskan masa dengan melayan karenah kanak-kanak riang kat rumah tu.

Harini baru naik kerja selepas 6 hari MC bahana sakit mata kan...gilos betul... dah lama tak kena sakit mata, sekali kena hamek... 

Ini pun sebenarnya tak berapa nak okey lagik, pepagi mata still melekat lagik ngan taik mata...tapi merah dah tak ada dah... 

Berjangkit ngan Izzati ler nieh... dia yang start dulu sakit mata...





Wednesday, November 19, 2014

Catatan....Bila Menjelang Akhir Tahun





Assalamualaikum,

Bila menjelang akhir tahun..
dah berapa tahun dah ..
bertahun-tahun dah rasanya..
aku tak suka rasa ni..
memang tak suka sangat-sangat..

Bila nak akhir tahun
aku rasa bengap jek pala otak..
rasa stress jek..


Bila akhir tahun...
menyampah pun ada...
fedup pun ada...
benci pun ada...
down pun ada.... 


hhmmm bertahun-tahun dah nih..
bila la aku dapat keluar dari keadaan sekarang...






Monday, November 17, 2014

Catatan....Demo Periuk Ajaib Noxxa


Assalamualaikum,

Benonya dari sehari ke sehari nak buat review pasal periuk ajaib Noxxa ni...tapi tak berkesempatan sebabnya aku masih belum expert jadi nya datang dari orang take expert nie idok la berapa nak meletup sangat kan.

Lama gila dah periuk ni masuk listing idaman hati...tapi tak berpeluang nak beli sebabnya banyak lagi duit nak diguna utk ke lain, esp utk anak-anak, dan biasanya aku ni..(aku ya bukan korang) bukan la jenis yang suka nak dump duit beratus2 utk beli gajet2 nie...

Tapi...tapi...tapi..sebab tak tahan sangat.... aku sanggup main kutu weh....main kutu ni macam instalment gak la kan kikikiki cumanya ikut giliran..ada orang kata la kan..baik la kumpul duit dump duit sekali tapi haku lagi suka bayo tiap2 bulan kakakakak pelik sungguh...




Ni la Periuk Ajaib kepunyaan aku...aku beli tanpa tengok memana demo pun... terpengaruh pasal Kakak aku guna periuk ni dan macam2 tok nenek dia masak guna dalam tu...

Gambar dah jumble up... 





Ataih ni antara yang aku masak tanpa tengok demo la...kiranya mudah sebenarnya..as long as ko tau mana tau fungsi yang ko nak guna.... High Pressure ke Low Pressure ke... Steam ke... first try aku..aku masak nasi goreng....masak dari beras..... first try nasi terlembik sikit...tapi okey la... boleh telan dan makan.... 

Periuk ni sangat berguna utk orang cam aku yang kurang masa nie.... ..biasa nasi goreng kan kene masak nasi dulu then baru goreng...hok ni dari beras2 tue ko leh create nasi goreng.... orang kata cam sama jek macam nasi berperisa lain kan terpulang... janji nasi gorem kikikiki...

Pastu aku dah masak bubur nasi, bihun gorem.... ngan kari ikan... so far so good walaupun main hentam keromo masaknya...hehehe

So semalam, aku arrange satu demo periuk ni utk anak-anak kutu aku...... upline aku la yang buat demonya..bukan aku pon..aku mana expert lagik.... 

So semalam dalam masa sejam (dua periuk) kami berjaya la masak pulut kuning, ayam golek, kari ayam, kek coklat, dan daging panggang..... 

Eh saya sangat teruja dengan pulut kuning sebab anak2 ku sangat-sangat suka ngan pulut...tapi haku tak reti nak masak.... bila ada periuk nieh... memudahkan aku untuk masak pulut dan senang la aku nak masak pulut lepas ni...memang teruja nokkk..

Kari ayam pun sangat cantik masaknya...masak kek coklat pun ko tak yah nak guna mixer segala jadah bagai..lebur jek seme dalam tu..kaco2 kasi sebati then steam siap!!!...

Ha..tak ke teruja... ayam golek pun...letak la seko ayam dalam tue..(dah siap marinate la kan) pastu masak la ko situ....tekan2..bior...

Hahaha... mengong... aku la mengong bukan koram.... excited... kikikikiki....  lepas ni memang rasa lebih confident utk aku gunakan periuk ajaib tersebut...





Ni lah hasil demo semalam.. satu jam..dua periuk ngan all the dishes...okey tak okey??.....

Perkkh.... tak cukup meletup lagik nieh...tunggu la..bila2 aku ada masa masa guna periuk nie... aku tayang lagik kat sini ngan resepi2 na....

Dok berangan nak buat sardin sendiri.... without bahan pengawet cam dalam tin tu... buat stok sendiri....(kononnnnnn).... 





Friday, November 14, 2014

Catatan....Darah Tinggi


Assalamualaikum

Semalam MC lagik... dua minggu kepala weng..jalan pun terawang-awang jek rasa...tengkuk ni memang rasa stress sampai ke bahu-bahu...

Tak tahan semalam pegi la KPMC,  nak cek darah... hmmm darah borderline.. 139/95 ...tu pun dr kata tinggi... dua minggu dah ni...apa ke hal la aku nieh..

Hamek...sebulan dia bagi stok ubat darah tinggi...hish takut lah... jangan la permenant darah tinggi ni..harap2 ni sebab aku stress jek la... kejap jek pastu normal balik... tapi kalau dah dua minggu dok tinggi jek... ada can ke boleh normal....

Ohmaii..dok pk ni pun haku stress... macam-macam la yang distress kan...aku penat la.. letih... serius... jejak kaki masuk rumah aduhai macam2 hal la... aku pun tak tau la..napa... padahal sama jek dari dulu penat dari dulu pun gitu gak...dah orang tak ada helper kan memang seme benda pun aku buat kat rumah tu...

Agaknya dah sampai limit la kot.... umo pun dah 38... time to consider jangan nak pressure diri sangat kot... hhhmmm



denggg...harini lupa bawak ubat gi opis... mujur makan sekali sehari jek... malam karang jek lah... tolong ingatkan aku.... 







Monday, November 10, 2014

Catatan....Monday Blues!!


Assalamualaikum,

Weekend terlentang pasal sakit kepala, Iqhram pulak demam panas tak kebah-kebah
Harini pergi kerja dengan mood yang entah kemana-mana hilangnya..

These few weeks memang rasa macam moody giler jek...macam ada jek tak kena...

Harini pepagi sampai office buat la apa2 yang patut...serabut pulak pala otak... macam-macam hal tak kena...

Gloomy monday....
Bosan...
Boring..

Dan dan pegi office kepala pun sakit...




Saturday, November 8, 2014

Catatan....Sabtu

Syoknya la..pepagi hujan...tapi aku tetap tak syok pasal kepala still tak ok.

Malam tadi aku boleh menangis tersedu-sedu depan anak-anak sebab tak tahan sakit kan..

Apala penyakit aku ni....

Pagi ni hujan lebat...berdenyut-denyut rasa urat kepala ni...gagahkan jugak diri menyapu rumah yang sampah dah menimbun, mengemop lantai yang dah berapa minggu tak mop...TAPI...ghuper rumah dok lagu tu jugak...

Apa nak masak untuk anak-anak tengah harini. Aku ingat nak buat bubur nasik jek. Tak larat nak menggulai ke apa ke...tabah la ye anak-anak kena ikut selera mami ni.

Friday, November 7, 2014

Catatan....Cerita Kelmarin

Assalamualaikum

Selamat pagi....

Semangat untuk membuang segala habuk dan sawang diblog ini...ngeh ngeh ngeh..

Ini adalah cerita kelmarin... hari Rabu 5 November 2014

Boss belanja lunch you alls... .. dalam kepala weng, dan kaki sakit mek pergi jugak ler udah boss nak belanja kan..rugi jek kalau tak pergi...

Pegi lunch mana...

Kat Restoren Sawarbina, Jalan Semarak...nasi arab... hurmmm ku nasi arab ni pegi kedai mana pun rasa tekak sama jek... tak ada yang extraordinary pun...hehehe tapi sedap la boleh masuk... nampak sangat tak leh jadi pengacara Jalan Jalan Cari Makan...hehehehhe

So what did we eat...

tara!!!!

Jangan tanya ape namanya..sebab haku pun tak tau... ngeee


















Thursday, November 6, 2014

Catatan....Kecelaruan Perasaan

Assalamualaikum,





Nothing much to say...nothing much to story.... it just that...i need something...someone...or anything to make me distracted...

Seminggu dah kepala weng....
Naik BP... .. semalam ngan hari ni tak cek pun tekanan darah...
Kepala dok weng jek lagik...

Ape keh hal pun tak tau...

Semalam sampai Bandar Tasik Selatan (parking situ)... sepanjang balik  tue airmata dok la meleleh jek tak berenti...entah apa yang ada dalam kepala otak pun tak tau..

Rasa sedih ...penat segala macam seme ada.... sampaikan cakap ngan anak pun suara serak...bergetar... airmata dok meleleh...

Balik rumah, memang dah plan lepas Isya' jek memang nak boom awal... tapi tak boleh... tudung tak bukak pun lagik... si kecik dah menjerit-jerit nak susu... tak boleh laaa nak lambat...dah la garang che abang tu... aduhai..dia menangis..mommy pun ikut menangis...

Mandi... biarkan air kat kepala...airmata pun berjurai-jurai...apa la masalah aku ni ...

hmmm serius.. i need something to be distracted...



 

Wednesday, November 5, 2014

Catatan....Sendu

Assalamualaikum,

Wah sendu betul... lama sungguh blog ni tak berupdate.. seme ni bahana FB dan Instagram la bagai kan.. sampaikan nak menengok blog pun tak sempat..

Nak masuk blog pun dah tak reti...skill menulis pun dah out..

Sian Iqhwan, tak banyak betul kisah dia dalam blog nie, sebenarnya bagus juga blog nie aku boleh baca balik kisah dulu-dulu, dah la jenis pelupa kan bila baca balik rupanya macam2 kisah, nak nak pasal anak-anak kan.

Sekarang ni aku tengah tak sihat... tahun ni dah dua kali tekanan darah naik... mak tak mengandung nyah.... tak tau la pasai apa.. naik tekanan tu boleh tahan jugak bacaannya.. haish jangan la permanent.

Now..anak anak pun silih ganti tak sihat nieh...

Nak kene tukar cara menulis ke... hehehehe.. nak carik momentum..nak carik momentum...


 

Tuesday, July 19, 2011

Catatan....Hadiah!!!

Tadi dah sapu sawang...
dah mop lantai dah..
dah buat gitu gini..
bersih dah sikit blog nieh

punya lama giler gua tak hapdet blog...
once you tak aktif...
nak carik momentum tue balik
punya la payah untuk menghapdet ini blog..




untuk sesi memanaskan badan.... sudah sekian lama ku pergi kerja dengan tak pakai jam
sebab seme jam yang ada bateri mampus..
nak beli bateri jam mahal nak mampus..
semenya mampus!! huhuhuhu...

sekarang nie nak keluarkan 5 ringgit pun berkira tau..
apertah lagik nak keluarkan RM12 untuk bateri jam nieh...
mujur la ada jam hp...

okey....dah lama tak merasa dapat hadiah...
tetiba saya dapat hadiah.... 
yeah..dapat jam...

tapi kan camner nak tengok jam tangan tue yer...
ku lemah tul tak dak no. nieh....huhuhu...

siapa present?? ada lerrr........




Tuesday, May 10, 2011

Catatan....Mengidam!!!

Gila kentang aku mengandung....
merepek...lum lagik.....
tunggu dak Iqhram ceredik sikit...
wah!!! ada hati tue nak menambah...ehehehe..

Bukan mengidam aper...
sejak berkecimpung... (kecimpung la sangatttt)..
di dalam arena baking membaking nieh...
start la haku mengidam macam-macam kan...
mengidam nak itu mengidam nak ini...

Iyela bila tengah buat kek tue tetiba mengidam nak benda nieh...



Merah mak ngah....macam zaman dolu dolu...
dolu lain sekarang lain....(apedaaa masuk iklan zaman tok nadok)...
alangkah bestnyer andai dapat ini Stand Mixer....

Bila tengah buat coklat tue..mengidam pulak nak benda nieh...



Kenapa pulak mengidam Peti Es nieh.... iye lerrr.... 
aku tak mo la kaco peti es sedia ada kat rumah nieh
peti es nie khas utk simpan kek, utk wat coklat dan bakery supply aku jek
the rest simpan kat peti es sedia ada tu
dapat hok kecik jadi la kan....

Macam-macam la pulak mengidam nya....

tapi bila tengah panas-panas nie...
memang mengidam benda nieh....huhuhuhu...

Doakan impian menjadi kenyataan....amin.....

rasa macam banyak beno mengidamnya....
apasal tiga jek...
hmmmm (sambil jari telunjuk menggosok2 dagu)




Monday, May 9, 2011

Catatan....My Free Breadmaker


Ko hader??
aku ada...
ko ada??
ada ku kisah!!
eh kisah..meroyan nak jugak.....
tapi tidak berkemampuan..

Entry yang aku kata pegi belajar wat roti ku kan..
kan ku kata dapat breadmaker free kan..
ngeh ngeh ngeh...

ini ler dia nya...


brand World Star....
aku try google model nie
tak berjumpa...
ha la..dapat free tapi manual nya tak ada...
main redah je lah nanti kalau nak guna....





dah get ready dah atas meja makan
entah bila nak beroperasi pun tak tau
bahan nak buat roti segala jadah seme dah ada...
bila nak dioperasikan pun aku tak tau....

tak sabar nak meroti nieh..
tapi kesuntukan masa la pulaksss...

huhuhuhu...jangan la jadik projek gajah putih....

camner aku dapat free...
well aku adalah adik kesayangan kepada kakak kesayangan...
ngeeeeeeee.....

ni tak meriak lagik dengan segala branded item yang dia 
free kan ker haku...
haruskah????

ahaksss.... freee......aper orang heran pun..
tapi koman2..aku guna gak barang original...
muahahaha ayat mendatangkan kemarahan....ngeeeee...


Friday, May 6, 2011

Catatan....Gi Belajar Wat Roti


Citer basi...benonya dah lam giler haku pegi kelas wat roti nie
bulan lepas tak silap..awal bulan
awal bulan empat yerrr....
giler kentang baru sekarang nak hapdet..

let the picture talk lah yer...










Syok gak belajar wat roti nie..
walaupun tujuan sebenar orang yang buat kelas nie adalah lain
tapi basic sesikit tue tau la kan

balik dar belajar amik budak2 kat rumah Angah...
tup tup gua dapat Breadmaker free
ngeh ngeh ngeh ngeh..

tapi itu breadmaker sedang elok duduk bawah meja makan
bahan2 nak buat roti pun udah ku beli tak buat buat jugak

errr bukan menjadi projek gajah putih
masalahnya tak sempat langsung nak buat..
asik sibuk mengapam jekkkk

errr weekend nie boleh kot....weekend nie tak ada order...
boleh kot....hmmmmmm




Wednesday, March 30, 2011

Catatan....Gastric Pain!!! Again!!!!


Semalam petang without warning...
dalam kul 4 gitu tetiba perut rasa sebu
start rasa sengal2 kat bahagian pinggang

Ah sudah..... lama-lama makin sakit
aduh...confirm gastric pain
balik tue sampai Tasik Selatan memang segala rasa ada
nak muntah aper benda seme ada...

Adui hazabnya nak menunggu komuter
sms Abie... memang sakit sangat...
Abie ambik kat Tasik Selatan...'
dalam kereta bantai tido dalam kesakitan...tak mo pk sakit

Balik rumah tido jugak.... tak sedo diri..
sedo-sedo si kecik merengek kat sebelah...
bangun-bangun....lega sikit sakit...
patut kene buat kek tapi ku tak buat...
sebab adat kalau ku sakit memang tahap gulen gulen nyer..

Pagi nie...sengal masih ada
baru balik klinik mintak stok ubat
untuk standby...
jarang kene...tapi bila kene...
tak tahan nak menanggungnya....

Some info from Internet...
http://www.ehow.com/how_5595442_relief-gastric-reflux.html
 
How to Get Relief From Gastric Reflux

Gastric reflux or acid reflux disease is a common digestive condition that often causes heartburn, abdominal pain, a sore throat, vomiting and coughing. Remedies are available. And gastric reflux is often manageable without medications. Several factors play a role in gastric reflux, and relieving symptoms is generally a manner of making simple changes.
 
Instructions


Reduce weight. Lose weight to control gastric reflux and relieve symptoms. Abdominal fat can stimulate the back flow of acid into the esophagus. Include exercise in your routine--30 minutes three to five days a week--and decrease your calorie intake.

- errr dah lama tak timbang tak tau la dah overweight ke belum.  exercise pun dah laaaaaama tak buat... 

Lift the head of your bed. Sleep with your head slightly raised to stop nocturnal reflux. Pillows are ineffective. Instead, place an object such as a wood block under the front bed post to lift the bed 6 inches.
Eat several hours before bedtime. If you normally go to bed at 11 p.m., eat dinner no later than 8 or 9 p.m. Give your food time to digest before going to sleep.

- tinggi kan katil?? hmmm..... memang makan severl hours before sleep pongg...

Recognize reflux triggers. Beverages and foods are typical gastric reflux triggers. Watch your diet and monitor the frequency of symptoms to identify your problem foods. Gastric reflux triggers include acidic foods and drinks, tomatoes, garlic, onions, caffeine, fatty foods and chocolate,

-semalam makan aper ek..... takkan terung tu kot...hmmm

Plan to stop smoking. Smoking cigarettes or using tobacco can also worsen or bring on gastric reflux. Limit the number of cigarettes you smoke in a day or give up the habit completely.

- tak merokok pongg... 

Control reflux with medication. Relieve gastric reflux disease with antacid and acid neutralizers such as Tums and Maalox. Prescription drugs such as Prevacid and Protonix also provide quick relief for chronic reflux, and these medications help repair esophageal damage.

- gi klinik tadi tak dapat pun ubat2 tue.... dapat Omezole 20mg (capsule) sebelum ni ku amik Zantac.
apakah yang menyebabkan tetiba ku gastrik semalam.... hhhmmm....


Ini ada petua..tak leh copy paste pulak leh la masuk SINI tengok..











Tuesday, March 29, 2011

Catatan....Seleksi Kek!!!


Rasanya baru dua bulan aku aktif meniaga kek nie
asalnya buat main-main
tapi tak sangka...ramai pulak yang order..

Ramai gak yang nak merasa hasil kerastangan aku
aku memang tak pernah pergi kelas pun..
ambik kurus membuat dan menghias kek nieh pun tak penah pergi.

Aku cuma pernah pergi kelas deco cupcake jek ngan kawan aku
Ayulicious , tengok decoration dia memang marvelous lah
nak lawan ngan hakku nye deco hahaah jauh panggang dari afiii...



so ini lah hasilnya yang pernah aku buat..tidak la secantik mana
tapi so far..dapat feedback yang positif dari customer...
in terms of rasa kek la..deco tue..hehehehe tak tau la kan..


dan gambar kat atas nie lah projek paling besar pernah aku dapat
wedding kek tiga tingkat....tapi tak dapat ambik gambar dah jadik tingkat..

agak2 nak merasa air tangan haku leh la order...ngeh ngeh ngeh...