Pages

Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Catatan....Entry Meriakkan Diri Sendiri!!!


Setelah meriakkan diri di FB..
tibalah masa meriakkan diri di Blog pulak...
sejak lepas bersalin aku tak pernah reveal lagi
rupa paras haku kan kan kan...

Belum cukup vogeh lagik utk ditayangkan...
so kali ini adalah ala-ala rasa perasan diri
dah vogeh mengalahkan retis...
dengan badan ala-ala sudah slim river...

(sila muntah hijau)...




wajah-wajahku ketika ku kembang semangkuk....
oh very the kembang yer ollsss....
sekarang!!!!



peringatan!!!!!
ini adalah entry syok sendiri..
blog haku suka haku la....
aku nak gak orang puji.....
latest picture of me...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*








tapi muka adalah memerlukan rawatan lagik yerrr
parut masih memenuhi ruang muka...
memang la tak nampak...sebab tepek ngan fondesen tebal 4 inci
kalau tak... horrorrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!






Friday, October 29, 2010

Catatan....Pantang Haku!!

Cam haper jek tajuk entry aku nie kan...
benonya nak citer pasal style haku berpantang...
nak kata berstyle dan berpantang beno tue idok ler...
tapi ini lah yang boleh di sharekan bersama...





Sarapan Pagi
Roti 2-4 keping / biskut kering 5 keping, air milo




Makan Tengah hari
Ikan seme grill ataupun stim, ikan aper...ku tak kenal ikan jangan tanya...apa yang bibik masakkan..ku makan jek... makan ngan sayur la..buat sayur bening... or ulam-ulaman...iyer..masuk hari ker 21...ku dah start jemu jelak dan kurang makan...huhuhuhu.....lupa...rumah kakak aku ni jenis makan nasi dari beras herba poney tue...so kurang kanji la kan..mana tak turun ekekeke......makan tiga senduk jek...

Minum Petang
Dalam kul 4 tue kadang2 kebulur gak...awal-awal haritue siap buat air panas segala la nie tak ada..carik roti jek dua keping...pastu minum ngan air suam jek..

Makan Malam
Sama ngan makan tengah hari..tapi biasanya dalam 6.30 petang haku dah makan dah....

Supper?
Tak dak supper pun..last makan petang tue je lah..malam kalau lapar ku buat la air panas...tak pun minum air jek...

No rahsia-rahsia yang buatkan badan haku leh turun mendadak sampai cam gitu pungg..itu je lah rutin haku hari hari....


Jamu yang aku amik kali nie pun tak ada la melampau sangat... amik Sendayu Tinggi jek..itupun aku kurangkan dos..takut panas.... sebab walaupun campo bagi baby susu...ada gak aku bagi susu badan kat Iqhram. Takut Iqhram panas jek....



Urut-urut seminggu lepas bersalin baru aku berurut. Alhamdulillah kali nie jahitan aku cepat baik dalam seminggu dah start pulih...hari nie dah okey dah.... dah leh bersila..tapi tak ada la nak bersila selalu...jalan pun kepit-kepit gak..


 
Caya tak?? Kali ni nyer pantang haku tak berbengkung langsung.... serius... memang tak bengkung..... tapi perut kempis... haku sekali sekala jek guna bengkung herba yang kakak aku bagi....bengkung tue bukan cam bengkung tali kasut tue.... sempoi jek bengkungnyer....ikut kata akak yang urut aku tue..kalau tak sempat nak makan ubat ker..nak bengkung ker..nak berparam segala... tungku tue kalau boleh jangan tinggal.... tungku tue elok....



 
So far haku tungku memang tak pernah miss la...sekali sekala jek kalau tak sempat..kadang baru nak pegang tungku baby nangis..... tapi betul....perut aku kempis.....tapi tak la flat cam model tue..... haku guna tungku batu... tungku moden tue guna masa awal2 bersalin haritue...lepas kene urut... akak bidan tu suh haku guna batu sungai...sib baik la ada...... tungku moden tue pun membantu jugak haku sebab masa mula-mula bersalin haritue..perut keras dan berat sangat.... hari hari tungku.... alhamdulillah...lembut sikit perut...tapi bila guna tungku batu kesannya lagi cepat.... wallahu'alam..ada pros and cons dedua nya...

biasa ku tungku pagi pagi jek..sekali sehari..tak ada la sampai dua tiga kali cuma kadang bila rasa perut tak sedap ker aper ku tungku la berkali-kali....

Sekarang nie misi haku...cewaaah misi tue....nak hilangkan segala parut-parut yang ada kat badan ngan muka..sangat hodoh hoccay.... badan nie ngeri tengok..... dengan hitam hitam segala....huhuhuhu..... tapi orang kata lama lama sok hilang..nak tunggu bila hilang tue cam tak sabar jek..

Leher, badan masih ada tanda-tanda hitam lagik..... bekas2 jerawat kat muka pun..masih nyata lagik.... muka pun dah kering jek rasa..... entah bila nak operasi badan ni pun tak tau...ahaks..badan pun nak ada operasi...sedang mencari-cari produk yang sesuwai..... skrg nie sekali sekala jek ku mandi ngan serbuk kulit rambai tue.... tapi awal-awal nie...memang dia tak hilang lagik...huhuhuhu tak sabo nyer pasal kan....

Camtu lah haku berpantang kali nieh....tak ada yang istimewa pungg.... tapi memang aku rasa badan aku kecik sikit.... tak sabar nak balik rumah sebab nak buat sauna...kenapa aku suka sangat sauna... sebab nak keluarkan toksik-toksik dalam badan....



 
Kenapa sauna?
1. Nak turunkan berat lagik ehehehe..
2. Nak hilangkan jerawat-jerawat kat badan... (berkesan tau sauna nieh utk hilangkan jerawat2 kat badan....peluh toksik tue keluar)

Itu jek lah pun kenapa haku nak bersauna....so kene tunggu haku balik rumah dulu la... sauna pun bukan leh hari hari.... seminggu tiga kali jek kalau tak kering pulak badan jadinya....

So itu je lah nak share ngan korang seme....amalan berpantang haku....tak ada pun rahsia-rahsia....



Nota kaki:
Gambar semua adalah cilok inche google..kalau ada teramik gambar sesapa mohon ampun lah yer....


 

Friday, October 22, 2010

Catatan....Berpantang!!


Huish nak citer aper pasal pantang nieh
Tak ada aper pun..
Dulu masa Izzati berpantang ngan arwah ibu..
Ibu jenis tak kisah sangat...
Tapi still jaga jugak makan seme la..cuma dia titik beratkan tungku, berbengkung segala
Makan... kalau ko rasa tak ada pepe... badan okey makan lah...
Jamu-jamu...memula beli hok amway..
Pastu ada bidan urut datang... dia bagi ubat-ubat dia..
Siap tangas segala...kurus turun 20kg...
Makan lima kali sehari.....

Time Iskandar pulak dengan makcik aku dua orang..
Lagi best.. rock n roll lagik..
Segala lauk pauk aku seme al gorengggg jek...
Orang urut pun aku yang carik....
Jamu....telan Jamu Mak Dara jek....
Tangas tak dak...tapi ku buat sauna jek... dah ada bendanya kan...
Nak kata kurus sangat tue biasa-biasa jek..
Tapi turun gak banyak jugak...tapi tak cam time Izzati la.......
Makan lima kali sehari....

Time Iqhram ni pulak...duduk dengan kakak aku..
Ingatkan dia pun rock n roll jugak...
Tafii...aiii dia lagik strict daaaa...huhuhuhuhu...
Tukang urut dia yang carikan
Jamu pun dia yang belikan..hamik... sebeban ubat hoccay...
Sendayu Tinggi punya set...
Kena makan hoccay..mahal-mahal belikan takkan ku nak tengok jek...
Makan pulak...everything either masak bening or kukus sajork...huhuhuhuhu..
2 minggu lepas bersalinkan Iqhram

Berat Sebelum Mengandung = 63kg
Berat Terakhir Sebelum Bersalin = 73kg
Berat Selepas 2 Minggu Bersalin = 59kg

Huhuhuhu terkejut jugak haku
Sebab...hari hari makan lima kali sehari yer..
Kadang-kadang malam lapau ku cengkelat gak makan roti sekeping dua..
Memang badan haku dalam pantang cepat turun....
Provided...aper segala makanan cam ais ais ker aper ker tak makan /minum kan
Mana la tak senang turun...tak dak rahsia noksss....
Ini ku belum buat sauna lagik nie nak buang toksik (utk segala jerawat kat badan)
Agak-agak kalau aku buat sauna boleh turun lagik ker...kuhik kuhik kuhik..

Next time haku citer haku makan aper dalam pantang kali nieh....
Tak tau nak letak gambar aper...
Gambar cilok la cik gugel....







Thursday, September 30, 2010

Catatan....Petua Memudahkan Bersalin dan Dalam Pantang



Sepanjang pagi ku dok search jek dalam internet segala tok nenek petua..maklumlah orang tua bukannya ada lagik....walaupun dah masuk no. 3 tapi still aku bukan ingat sangat pun..

So alang-alang jumpa ku letak la dalam nieh leh kongsi sama-sama...ini pun dok cilok kat Susuibu.com ada forumner yang bagi.....



KOLEKSI PETUA DALAM PANTANG DAN KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA

Petua Memudahkan Bersalin.

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

2)Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang

- Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisan bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh

3) Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

a) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekat kemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.
b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air
asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3 kali.
d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam,
secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
e) Lengkuas Padi/Helang/Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.
f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.
g) Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.
h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.

4) Petua Untuk Menghindarkan Strechmarks

a) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putih serta satu sudu air kapur sirih Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah diperut. Buat 2 minggu berturut-turut.
b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yang bermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.
 
5) Petua Membersihkan Rahim

a) Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantang






Thursday, August 26, 2010

Catatan....Persediaan Mummy dalam pantang





Tiga hari berturut asik dok citer pasal persediaan jek lah..haritue dah buat persediaan baby..ni buat persediaan Mummy pulak nak bersalin...rasanya tak ada aper pun yang nak dibelikan sangat....

Sangat frust sebenarnya sebab menunggu bonus yang tak kunjung tiba...dah ler duit tue nak dibuat utk preparation bersalin...la nie nak beli aper pun terbantut..harap duit gaji.... huhuhuhuhu..lepas tekak boleh ler..nak membeli macam2 non hado la...

Okey aper dia persediaan Mummy nieh..

1. Akar kayu
Dah tempah dah dengan Miah.... sebungkus RM20 okey ler kan..aku suka jek minum akar kayu nie walaupun orang tak suka.... rasanya akar kayu ni cam minuman wajib jek dalam pantang.... huhuhuhu......dah tau ada supplier nie boleh ler tak pantang pun minum jugak...

2. Jamu
Ini dilema paling utama...tak tau jamu aper aku nak telan......time Izzati makan jamu mak bidan, time Iskandar aku telan Jamu Mak Dara jek.... kali nie nak telan aper pulak ek.... Isra nak jual phytonatal dia yang tak abih tue kat aku..orait gak kan sebab phytonatal tue membuat sistem pembuangan berjalan lancar..biasa la dalam pantang nie kan semedang jek sembelit..... nak nak lepas bersalin tue lagi la cam ngeri jek nak pergi toilet....

3. Minyak urut
Bukan la minyak urut pun..cam segala param, pilis segala tue...hish haku tak koser sebenarnya nak menyapu2 segala benda nie bagai..time Izzati haritue seksa.... pedih-pedih mata segala.... tak mo dah..... Iskandar aku guna Minyak Herbanika dari Nona Roguy jek memang best..letak kat pad memang berangin jek....utk cepat baik kan luka...pastue satu badan ku sapukan minyak tue panas jek...tapi kali nie..tak ada kot..aku dah beli lotion dari Dunia Herbs tue alah..yang Nora Danish jadik spokeperson tue..kaler hijau...... ada lagik tue..banyak...tapi cam kurang panas.... ingat nak beli Ginger Cream dari Cosway jek....

4. Pad
Aku nak beli pad susen jek......haritue dok kemas-kemas stor kat rumah tue..terjumpa satu plastik pad nieh...ada tiga bungkus jenis Ultrathick tue yang memang utk orang lepas bersalin....... tanya Nadiah dia kata bleh jek pakai lagik so jimat kat situ just nak tambah utk Regular Flow......so bila dah pakai pad susen nie tak yah dah nak letak-letak minyak kat pad dah....sebab pad tue sendiri dah memang berangin...ehehehehe..

5. Vitamin-Vitamin
Orang kata vitamin-vitamin ni perlu utk produce susu badan kan......terasa nak beli Minyak Ikan jek.... pastue continue jek makan Spirulina yang aku amalkankan sekarang nieh..... dan rasanya lepas bersalin sohih doktor pun ada bekalkan vitamin gak kan.... kene tanya Mija la nak telan aper lagik....tak ada la nak beria pun... utk badan sendiri gak kan....jangan poyo sudah ler..tapi setakat nie alhamdulillah Spirulina tue aku jarang la terlupa nak makan..haritue beli tiga botol...dah nak abih dah..satu Abie rembat..dua lagik aku ngan Izzati yang dok makan...ehehehe...

alamak kacau la hp nie..dah terbantut dah idea aku.... hhnmm jap jap pk lagik...


6. Breastpump
Ini lah yang menjadi dilema aku, awal2 dulu kan aku pernah cakap aku nak beli pump aper kan....tapi rasanya impian sukar menjadi kenyataan..... so aku masih mencari-cari lagik breastpump yang sesuai sehingga kini....ada member kat office ni sudi nak meminjamkan Spectra 3 dia kat aku..... cuma aku kene beli tubing lain la... dan aku pun mencari-cari jugak kot ada yagn second hand.. si baik la Ena bini Inche Pidaus tue meniaga barang2 baby nie ada la dia jual Avent Iq Uno ngan Madela Swing range harga dalam RM4++... so budget paling besar adalah breastpump inilah.... tapi tue lah....bonus nie bila nie weh!!!!!! tension haku tunggu tawwwww.... Ena instalment dua bulan aci tak? ehehehehehe.... second hand tengok aper stok yang ada kat Ena...kalau baru..ada satu brand tue Safety Plus (fungsi lebih kurang cam Madela Swing tapi lebih murah), dan Spectra 3..... memang nak beli jugak...aku tak kira!!!!!!! huwaaaaaa.......

7. Nipple Shield
Ramai kata janga beli nipple shield...tapi aku nak beli jugak....sebab aku tau condition aku camner.... tak kisah la..bagi aku peluang utk berusaha.... at least mana tau dengan nipple shield nie aku berjaya nak breastfeed anak kan.... aku dah jumpa Nipple Shield aper yang aku nak beli.... nak beli brand MAMS..dalam RM30 ++ dapat dua ketul.... bila nak beli?? entah..next week kot...

8.  Bengkung
Dah ada dah...... tapi gatal cam nak beli baru aci?? tak aci tak aci..sila jimat perbelanjaan anda wahai Mummy...okey okey..guna apa yang ada yer...

9.  Undies
Perlu ker ek nak beli baru cam bra, panties segala tue... hhhm....KIV dulu ler...

10.  Stokin
Stokin Abie melambak ler...tapi dia hari hari guna stokin takkan nak kacau...kang dengan bau minyak segala beli yang 3 spo hengget tue je ler kat pasar malam kannnn....

11.  Kain batik
Dah ada dah...melambak2, arwah Ibu nyer kain batik pun melambak....

12. Baju lengan panjang
Ikutkan tak ada...aku suka pakai t-shirt2 jek...alahhhhhhhhhh..... pakai t-shirt lengan pendek aci tak??? aku pun tak pernah pakai sweater dalam pantang....

13. Bidan Urut
Hish camner ni leh lupa nieh...ini la patutnyer penting....biasanya aku dua minggu lepas bersalin baru berurut....ini ikut arwah Ibu lah... Ibu kata tunggu jahitan kat bawah tue baik betul baru berurut..... so memang dari Izzati dua minggu lepas bersalin baru aku berurut.... senarai nama Bidan dah ada nieh......tinggal nak call jek..... tengok bajet la..... mana yang okey.....

14. Tunku
Dah ada dah tungku nieh.... i kan jual tunku moden tue...so guna itu je lah..kalau rasa tak best...batu besar dari zaman Izzati tue pun ada.... bakar jek batu tue atas api then balut ngan daun mengkudu... tunku ni pada aku memang wajib nak kene buat....... memang rasa best sangat..nak nak bila time bertunku tue darah nifas tue menderu-deru keluar.....fuh lega rasa perut.....bila pk pk pasal tunku ni aku patutnyer ada tunku besi berat giler tue..mana pulak peginyer yerr....hhhmmm.....

huh dalam tak ada nak membeli tue 14 item jugak tue....hohohohoho...

lagi aper ek???? cam disposal breast pad tue rasanya dalam pantang aku tak guna pun....ikut pengalaman...aku guna tuala good morning tue jek..coverkan kat breast tue bila susu melimpah ruah....

Sekarang nie hari hari dok tambahkan ilmu utk breastfeeding nie walaupun anak dah nak masuk tiga.... memang nak sangat full breastfeed baby kali nie.... doa selalu mana mana petua yang dapat tue tersimpan semat.... asal Mija update blog jek aku masuk blog dia...ehehehehe...geram tengok susu-susu dia yang melimpah ruah tue.... badan dah la halus jek....

aper lagik ek....itu jek yang teringat buat masa sekarang nieh..... lepas nie akan dipindahkah di sidebar sebelah utk checklist haku hari hari.....








Wednesday, June 23, 2010

Catatan....Amalan Berpantang (Old Skul)


(gambar adalah hiasan semata-mata - cilok dari pakcik gugel)


Ini amalan member kat office....dia masa first baby memang style old skul nyer pantang....tak ada sibuk sibuk nak beli-beli segala serba serbi... .... bila baca email beliau.... jimat belanja sungguh amalan berpantang dia nieh.... tapi urut tetap urut gak la....cuma hal-hal jamu jaman nieh.....memang old skul nyer la..pokok pangkal kene rajin  carik bahan...

Okey ini copy paste dari email beliau yang bernama Nisa....


Dalaman:-

1. nisa makan jamu jer..jamu kacau yg mak bidan buat..tu pun yg serbuk..kacau ngan madu sahaja satu sudu setiap pagi n petang lepas mandi..nak makan pun ade caranyer..yg pil mak xkasi makan..kurang mujarab katanyer.
oh ini kene dapatkan maklumat lanjut dari beliau.....

2. air rebusan akar kayu pun yg mak bidan bagi..tp trust me..akar kayu ni xpahit n sedap!! -
begitu juga yang ini..... kene dapatkan maklumat lanjut dari beliau...

3. air rebusan halia bara+lempoyang+lada hitam+manjakani+cekur+temu rapat+halba+gula batu..sume tu masuk dalam uncang n rebus..rase dia mcm air tebu tapi pedas2 sket sbb ade lada hitam n halia. fungsi untuk kecutkan ape yg patut especially rahim and buang angin a.k.a PERAPAT
.

Luaran(yg tempek2 tu):-

1. kat kepala(dahi)-nisa letak kayu manis yg diasah dgn air kat belakang pasu.asah bagi pekat2..sapu jer kat dahi...untuk buang angin..pastu ikat rambut tinggi2 mcm samurai!! Kalau nak senang blend jer samapi halus,,pastu amik 2 sudu bancuh ngan air kasi pekat.

2. kat perut-nisa asah bijik buah pale dengan campuran air nyonya(air nyonya ni dpt kat kedai ubat cina-bau wangi).pastu sapu kat perut..bile dah kering baru pakai bengkung.nisa pakai bengkung yg lame tu(yg kena lilit2 tu)..mak kate lagi kuat n ketat. Ni pun leh blend je..jimat mase,


Mandi:-

nisa mandi air rebusan serai wangi+daun jambu+mengkudu+daun pandan.


Lain-lain:-

1.cucian(private part):-
cuci ngan air rebusan asam keping+halba+daun sirih setiap kali kencing atau ke tandas. fungsi dia tuk cepat kering(kalau normal birth).

2.tungku
nisa guna batu sungai yg dipanaskan atas dapur n balut ngan daun mengkudu.tungku lepas mandi pagi n petang..

3.bertangas/berganggang
ni part yg tak besh sekali mase dlm pantang.bertangas dgn bara ranting pokok rambutan and halba..tuk mempercepatkan proses kering kat private part tuh..


so rasa-rasa boleh diguna pakai boleh la diguna pakai kan...ehehe sebenarnya haritue mintak bahan-bahan untuk mandi tak sangka lak dapat ini semua...okey la kan.... jimat belanja....ehehehehhee