Pages

Wednesday, January 25, 2006

Bersin dan Aku

Assalamualaikum

Hari nie aku rasa betul2 cam nak collapse jek. Dari malam tadi aku terganggu dek bersin yang non-stop sampaikan hubby aku pun bising pukul dua pagi. Ish menyembur2 sampai ke saya nieh. Eheh nak buat camner bukan aku boleh control pasal nak terbersin nieh. Tak cukup ngan terbersin hidung tersumbat lagi.

Bila bangun pagi nak mandi kene air sejuk, lagi la bertambah2 tinggi la tahap kebersinan aku. Mujur jek dalam LRT tadi aku tak terbersin-bersin dan mujur jugak la hidung aku nie tak meleleh2. Pandai betul hidung nie, time aku buat preparation dengan tisu aper seme tak nak pulak dia buat hal. Tapi kalau aku nie kering ngan tisu masa tue la dia banjir ngan hingus!! eee geli nak sebut ekekekekeke.

Aku ingatkan okey dah ler, tapi masuk office jek, tekak aku dah rasa berpasir, dan kepala aku dah start pening. Ish mak ai, ini memang kene mc nieh. Tapi esok aku cuti pulak tue. Takkan nak mc kot, mana boleh. Gagahkan jugak la diri aku nie ha. Aku telan vitamin c dua bijik, aku hangkut badan aku masuk surau lelapkan diri barang seminit dua. Aku rasa tak de seminit dua kot mau makan setengah jam tadi aku bantai tido. Lega sikit. Tapi still bersin aku tak jugak berhenti. Hidung sebelah dah tersumbat.

Ini aku menaip ni pun badan dok bersandar kat kerusi kepala pun sama. Memang kepala mengong jek rasa. Adat la kalau orang dah selsema kan. Jangan la aku demam, tak sanggup weh. letih..

Start esok aku cuti aku keje balik hari Jumaat minggu depan. Sakan aku sambut raya cina. ekekekeke aper nak buat dah tak de orang nak jaga anak aku terpaksa la aku amik cuti. Tak tau nak pegi mana cuti panjang nieh... hmmmmmm

Friday, January 20, 2006

Lewat lagi!!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Hari nie lambat aku sampai office, sampai kat stesen LRT kat KL Sentral tadi tak sempat nak serbu train so nak tak ndak terpaksa la aku que jugak ikut belakang orang. Hari ni style aku pegi kerja pun lain dari lain, alah bukan lain aper pun style tudung jek beza. Aku pakai selendang, saja la tengok orang lain pakai elok jek aku pun nak gak try sekali sekala tukar imej aper salahnyer kan.

Nothing much to story here. Aku pun tak tau nak ckp aper. Ketandusan Idea. Well ada idea sok aku sambung lagi.

tata.....

Thursday, January 19, 2006

Pindah & Novel

Assalamualaikum...
Biasa la kan, orang lain buat blog aku pun sibuk nak buat. Bila dah buat tak reti-reti pulak nak update hari-hari. Macam yang aku katakan sebelum nieh. Tempat aku tak mengizinkan untuk aku mengadap Internet sepanjang masa. Line tak clear.
Belum pun cukup setahun aku dekat company nieh, dah lima kali aku berpindah tempat termasuk lah hari ini. Untuk yang kelima kalinya hari ini aku berpindah tempat lagi. Lagi dekat dengan immdiate boss aku sebelum nie tempat aku jauh dan communication susah, jadi itu ler orang pun tengok aku ni cam tak ada kerja. What to do what to do itik makan pakai sudu.
Sampai-sampai jek sebelum aku on pc aku terus buat persiapan nak pindah, tempat baru nie sempit sikit la, tapi aku rasa aku selesa. Jauh dari anasir-anasir yang tak berkenaan. Ahaks, jahat betul aku nih. Dan tempat baru aku nie lebih privacy, so aku rasa selepas ini aku akan rajin update blog aku nieh.
Hajat hati nak create blog baru berkenaan dengan novel masih lagi tak kesampaian. Masalah yang sama, kalau kat rumah aku ada internet aku rasa dah lama aku usahakan blog aku nieh. Koleksi novel-novel aku memang banyak. Aku bukannya pandai nak kritik novel-novel orang hatta aku sendiri pun tak pernah menghasilkan apa-apa karya. Cuma ingin berkongsi pendapat dengan kawan-kawan tentang novel-novel yang pernah aku baca. Angah kakak aku pun sekarang dah gila novel. Sibuk pinjam koleksi novel-novel aku. Tapi dia tue kelakar sikit, mudah tersentuh dan menangis, sampai kene ejek ngan anak-anak dia.
Okeylah sampai di sini dulu. Tiada cerita menarik yang nak aku ungkapkan kat sini.
Panjang umur jumpa lagi.
Salam Manis
Melati-Putih

Wednesday, January 11, 2006

SELAMAT TAHUN BARU!! SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!

Assalamualaikum!!!

SELAMAT TAHUN BARU 2006!!!

Mm dah seminggu dah kita sambut tahun baru. Aku pun baru jek nak update blog aku kat sini. Entah lah sejak kene mark ngan boss nie aku kene lebih berhati-hati nak online. Walaupun kadang2 diluar waktu keje, aku jadi takut pulak nak online internet nieh. Ekekeke. Lantak lah.

Aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua rakan-rakan dan sahabat handai yang lain. Aku harapkan agar tahun baru 2006 ni akan membawa sinar cemerlang bagi kehidupan kita semua.

Tak aku nafikan 2005 memamg banyak dugaaan yang aku hadapi. Dan dugaan yang paling berat aku tanggung, aku keguguran Julai 2005 haritu. Sampai sekarang ni pun aku masih lagi tak percaya. Ikutkan sekarang ni, aku dalam pantang tapi dah tak ada rezeki nak wat camner.

Dan 2005 ini jugak aku sampai sekarang masih tak faham kenapa aku di tendang dari office ‘tu’ dan aku masih tertanya-tanya alasan yang munsabah kenapa aku dikeluarkan dari situ. Mulut kata lantokler, tapi hati nie masih lagi tak puas hati.

2005 ini jugalah menjadi saksi di atas pemergian Ayah Mertuaku pada pagi hari raya puasa haritue.

Macam-macam yang terjadi pada 2005 tapi aku harapkan perkara-perkara itu akan mematangkan diri aku dan aku harap dugaan-dugaan ini akan menebalkan keimanan aku.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!

Walaupun rakyat Malaysia di duga dengan kejadian di Mekah Al Mukarramah, aku harap keluarga yang terlibat akan sabar menanggung dugaan yang diberikan oleh Allah ini. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja di duga oleh Allah. Dan pernah seorang sahabat mengatakan, Allah takkan memberikan dugaan utk kita andai kita tidak mampu menanggungnya. Apa yang pasti ada hikmah disebalik kejadian.

Hari Raya Aidil Adha disambut meriah kat rumah aku. Iyelah Hari Raya Puasa haritue, hanya dua keluarga sahaja yang menyambut dengan Ibu aku di rumah. Tapi Raya Haji nie semuanya berkumpul di rumah aku. Hari Isnin sengaja aku ambil cuti. Bila tiba petang rumah aku makin sibuk. Angah pukul satu dah sampai sebab nak tengokkan Izzati, sebab aku terpaksa keluar nak attend interview. Pukul lima aku dah balik rumah, sampai jek kat rumah Alang pun dah sampai. Wah!! Raya Haji dengan kereta baru. Dua keluarga dah pakai Estima. Aku bila lagi agaknya?? Ahakssss, tunggula 10 tahun lagi. Sementara nie lanyakla Wira yang ada tue (itupun sekarang dalam workshop).

Kat rumah dah start sibuk, aku balik tengokkan ketupat yang tengah bertenggek atas dapur. Belum masak lagi. Angah dah start masak apa-apa yang patut. Ibu cadang nak masak kari ayam dan rendang ayam utk Raya Haji nieh. Masuk maghrib aku telefon Abg Adi tanya kat mana dia, on the way katanya. Tanya apa yang ada kat rumah utk makan malam. Aku ckp tak de ape pun, Abg Adi nak beli satay. Aku pesan minyak masak sebab minyak masak dah habis kat rumah. Lepas maghrib bersepah kami sekeluarga makan. Acik tak balik lagi, Che Ala kerja mungkin lambat sikit rasanya. Tengah makan Acik pun sampai. Seronok la.

Kari ayam dan siap, sambal goreng jawa pun dah siap, paru masak berlada pun dah selamat di masak. Tinggal ayam rendang jek masih lagi bertenggek atas dapur.

Terasa macam Hari Raya puasa pulak dengan kesibukan semua. Biasalah bila semua ipar duai dah balik memang riuh rendah rumah tue. Ngan anak-anak sedara. Masing2 ada group sendiri. Yang lelaki nyer macam gini yang anak dara nya pulak macam gitu. Izzati?? Semua group dia masuk, ramai dayang-dayang yang sanggup menjaganya. Senang sikit aku tak de handbag nak di kelek kehulur kehilir. Tapi Izzati malam tue tidur awal, sebab dah tak larat sangat agaknya, maklumlah seharian main dengan sepupu-sepupu dia.

Pagi Hari Raya aku bangun gosok baju melayu suami, baju kurung Izzati. Pagi Hari Raya Aidil Adha baru merasa baju raya betul2. Tapi tak de la kami sakan bergambar. Comel anak-anak sedara ku yang lain semua berbaju melayu / kurung. Yang lelaki sibuk ke surau untuk Solat Hari Raya Aidil Adha. Yang perempuan pulak sibuk di rumah menyediakan hidangan.

Budak-budak lelaki lepas Solat terus pulang ke rumah tak sempat nak tunggu khutbah. Bagi yang kecik2 ni makan dulu. Lepas tue masing-masing layan Disney Channel. Balik orang lelaki dari surau, mereka bersarapan. Lepas tue masing2 sibuk pulak bersiap utk ke surau balik menolong apa-apa yang patut di surau tue. Tahun nie 8 ekor lembu dikorbankan utk Hari Raya Haji di surau kawasan perumahan aku nieh.

Giliran orang perempuan pulak bersarapan. Biasa la kalau orang perempuan bersarapan banyak la cerita yang dibualkan. Angah kene pergi ke rumah mertuanya. Izzati pulak sibuk nak ikut Ibu dia. Sebab dah biasa dan bukan bermalam aku benarkan. Satu hari dia berjalan seronok betul dia.

Petang, masing-masing mengundurkan diri untuk pulang ke rumah masing-masing. Abang Adi, Alang, Angah dan Acik semuanya pulang ke rumah petang raya tue. Iyelah esoknye anak masing2 dah mula bersekolah. Sunyi kembali rumah tue, Izzati pun sudah keletihan setelah seharian berjalan dan bermain. Lepas berkemas aku terus naik masuk ke bilik. Izzati tidur awal, termasuk aku pun tidur awal sekali. Bila lagi kami dapat berkumpul ramai2. Seronok!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.