Pages

Showing posts with label Anak-Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-Anak. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

Catatan.... Izzati menginjak remaja

Salam

Waktu malam bila free dan laptop tak dikonker oleh kanak-kanak riang kat rumah ni baru la boleh Mami nak update blog.  Tak kisah la, masih mencari momentum untuk rajin-rajin update blog.

2017 Izzati menginjak remaja, dah naik tingkatan 1.  Bila browse entry-entry lama yang dari tahun 2005 tu, macam tak percaya Izzati dah besar, dah remaja.  Tengok entry-entry lama, macam Izzati masih baby lagi pada Mami.

My mistake, tak habis2 nak ungkit pasal tak update blog kan...rupanya banyak sangat benda yang boleh diblogkan tapi Mami suka direct upload ke Instagram jek







Graduation Day Kakak last year, seronok budak-budak sekarang, graduate sekolah rendah macam graduate kat universiti kan. Dulu-dulu zaman Mami tak ada pun, habis sekolah habis gitu jek, habis kuat pun jamuan buat kat kelas, potluck. Nowadays, kids sangat-sangat beruntung (mind my bahasa hehehehe)






With all my munchkin, Abie tak ada sebab tuntutan kerja.  Anak 4, Mami harap Mami dipanjangkan usia untuk melihat anak-anak Mami graduate sampai universiti (Insya Allah).



Terasa betapa remajanya anak perempuan Mami ni.  Ni masa dia nak pergi dinner kelas dia.  Yerp, dinner okey.  Buat kat clubhouse lagik, siap ada tema masquarade party gitu. Bila tau ada dinner tu dan siap ada tema tu, Mami yang pening kepala apa nak bagi Kakak pakai baju.  Sampaikan topeng tu pun Mami pening tak tau nak carik mana.  

That dress was my dress that I wore almost 15-16 years ago, masa tu umur Mami 20an okey, Kakak 12 tahun dah boleh pakai that dress, nampak sangat baju tu mengecik hahahahaha.  Mujur masih okey dan masih elok.  I love that dress, sebab Mami yang bagi bayangan kat tailor macammana Mami nak dress tu, kira macam Mami design sendiri la dress tu.  Now, Kakak dah boleh pakai so jadi Kakak punya la dress tu.



Sekarang Kakak dah naik Tingkatan 1, tengok la kelaku dia masa first day nak pergi sekolah.  Mami nak ambik gambar dia, macam-macam posing dia buat.  

Yup Mami memang garang kat Kakak, Kakak asik la kena marah ngan Mami. Kakak la selalu kena bebel ngan Mami walaupun sebenarnya bukan salah Kakak pun.  Tapi we can be bestfriend ever. Sekarang Mami boleh nak cerita macam-macam dengan Kakak.  I need to be her friend, her bestfriend so that she can tell me everything.  

Dah naik remaja ni, Mami risau sebenarnya.  Bila hantar Kakak pergi sekolah, tengok budak-budak lain yang dah besar ni, Mami risau teramat risau.  Risau pasal pergaulan Kakak, risau pasal kawan-kawan Kakak, oh Mami sangat-sangat risau.

Masa sekolah rendah Kakak pun dah start nak 'hangout' ngan kawan-kawan but of course Mami susah nak lepaskan Kakak, tapi sampai bila.  You still my baby and my only princess alahai, risau.

Nampaknya Mami kena start to let go, but not totally letting go, macam main layang-layang, bila rasa jauh kena tarik pelan-pelan dekat dengan kita.

Mami cuma harap anak Mami tak besar-besar.....ehhhhhh.... hahahahaha....



Sunday, January 8, 2017

Catatan.... Iqhram Darjah 1


Salam

How time flies.... tahun 2017 Iqhram dah pun naik darjah 1, rasa rugi sangat pulak tak journalkan masa dia tadika.  Kalau tengok Instagram Mummy_Imah macam-macam peel dan kelaku masa dia tadika.

Ya anak-anak Mami tadika masa umur 6 tahun, 5 tahun still golek-golek tido lagi kat rumah main tengok tv.

Okey la kita citer Iqhram Muammar b. Hisyam naik darjah 1 lah.

Iqy excited sangat bila tahu dia nak sekolah.  Start cuti sekolah jek hari hari dok tanya bila Iqy nak pergi sekolah abang, bila Iqy nak pergi sekolah abang.

Mami pun tak penat-penat la cakap lama lagi.  Bila dah tanya bila nak pergi sekolah tanya lagik bila nak beli barang-barang sekolah





Bila dah siap-siap belikan baju sekolah dan kasut sekolah tengok lah, hari hari dia try kasut sekolah tu dok merayau2 dalam rumah dengan kasut sekolah. Memang excited sangat tengok keadaan Iqy ni. dah boleh pakai kasut sendiri dah, celik mata bangun tido, pakai kasut sekolah.


Mencuba baju sekolah bila lepas beli.... tak sempat-sempat.  Rambut panjang lagi masa ni. Ceria betul muka.



Ambik gambar ngan kakak dan abang.  Nampak tak bongsu belakang tu, merajuk...ajak ambik gambar sekali tak nak. Ye la semua orang ada baju sekolah dia jek tak ada.  Nanti Iwan lagi dua tahun iwan pegi sekolah ya sama ngan semua orang.



Hari orientasi di masa 31hb December 2016.  Masa nak pergi sekolah ni dok membilang hari tak habis-habis.  Muka seronok sungguh. Bangun pagi senang sangat. Itupun abang yang kejut.  Bila hari baru tahun baru masing-masing memang excited sungguh nak mulakan alam persekolahan.



Ambik gambar ngan Abang.






Hari persekolahan sebenar pun bermula.  Since last year, ibu bapa dah tak boleh naik kelas dah. So Mami tak leh nak ambik gambar Iqy dalam kelas.  Masa hari Orientasi Mami dengar taklimat kat dewan. Kakak yang temankan Iqy kat kelas.  Lupa Mami nak suruh kakak ambik gambar Iqy dalam kelas.

First day sekolah seronok tengok kanak-kanak darjah 1 ni. Comel-comel belaka. Macam mana la Cikgu-Cikgu Darjah 1 ni mengajar budak2 ni ya.  Comel sangat tengok dia orang. Macam-macam peel, macam-macam kelaku.

Mami risau Iqy waktu rehat jek, sebab Iqy tak penah lagi nak beli apa-apa sendiri. Nak nak rehat dengan abang-abang, kakak-kakak besar kat sekolah tu takut berebut tak sempat makan jek nanti.  Tengok gaya dia rehat pass dah, tapi macam tak kena selera tekak dia.  

Hari kedua Mami bekalkan sosej dan air, second day air bekal tertumpah, basah buku-buku tulis. Muka monyok, oh Mami masa second day tak dapat nak tengok dia, Abie take over tengok dia masa rehat.  Mami kena prepare food pack order untuk orang (will blog about this some other time). Sosej makan dua ketul jek. Itu pun kenyang sampai balik. Tapi balik rumah nampak spaghetti mintak makan sampai dua kali tambah, hehehehe...

Hari ketiga Mami temankan Iqy pagi sampai masuk kelas, itupun dia dah request Mami tunggu la Iqy, hari kedua bila Mami cakap Mami tak leh tunggu muka dah monyok bibir dah mencebir.  Alahai, Iqy kan biasa sekolah. Monyok habis muka, okey Mami janji tunggu Iqy masa rehat.  So rehat Mami turutkan Iqy kat sekolah tengok dia makan semua.  

Hari keempat, Mami cakap ngan Iqy Mami dah tak boleh tunggu Iqy dah Iqy kena belajar sendiri semua. Abang ada, pagi-pagi abang leh tolong Iqy pergi beratur kat kelas Iqy.  Masa rehat Iqy makan bekal Iqy elok-elok ya.  Tiga hari bawa bekal duit belanja memang tak luak. Simpan, nak beli basikal katanya. Ok kita tengok ya.  Kita tengok Mami mampu tak nak buat bekal hari hari utk Iqy ngan Abang ahaksss..

Complete seminggu sekolah tak ada adegan-adegan drama berat-berat Alhamdulillah, Mami harap berterusan esok start minggu baru hari baru, Iqy memang kena independant kat sekolah.

Mami harap sangat semangat Iqy nak ke sekolah berterusan sampai hujung tahun, dah tak boleh nak ponteng sesuka hati dan tak boleh malas-malas nak pergi sekolah. Iqy kena belajar tido awal setiap hari.

Complete seminggu lapuran sekolah Iqy, tu la sementara Mami tak lupa baik la Mami blogkan siap-siap.  


Doa Mami sentiasa mengiringi anak-anak Mami....







Catatan.... Selamat Datang 2017

Assalamualaikum

Harini dah 8 haribulan dah pun, baru nak cakap Selamat Datang 2017. Dalam masa 8 hari ni macam-macam pun boleh jadi. 

What happen to last year... Ya Allah cuma ada satu entry jek untuk tahun 2015 and 2016 langsung tak ada entry.  Teruknya lah..

Tahun ni konon-konon berazam nak rajin-rajin update blog. Rajin-rajin nak mengarang.  Semalam petang ada masa dok browse balik entry-entry lama.  Alahai... paling kesian Iqhwan my youngest son entry pasal dia sikit sangat.  Kalau tengok kat facebook or instagram memang banyak la gambar-gambar dia. Tapi nak diblog kan sikit sangat.

Tak sangka rupanya blog ni dah lama, Mami start since 2005 berblog. Sayangnya kalau dibiarkan sepi, rugi betul 2015 dan 2016 langsung tak ada entry.  

Banyak kisah anak-anak yang tidak dijournalkan.  Ini la bekalan dan bacaan untuk dia orang bila dah besar nanti.  

Masa browse entry-entry lama semalam Mami ajak anak-anak tengok sekali.  Seronok kanak-kanak ni tengok gambar lama-lama masing. Tapi banyak juga gambar2 yang tak leh access, tak tau kenapa.

Tahun ni Izzati Maisarah dah naik Form 1, UPSR dia... Alhamdulillah, Mami tau tahap dia macam mana, dapat result tu memang syukur sangat.  Dia pun dapat sekolah dekat jek ngan rumah.

Tahun ni jugak Iqhram Muammar darjah 1.  Alahai macam tak percaya jek dia dah naik darjah 1, Mami rasa dia masih baby jek. Sweet baby Mami.

Iskandar naik darjah 4, Allah darjah 4 dah Abang... how time flies, Iqhwan 5 tahun.....fuh...dan ya..umur Mami pun makin meningkat.

I will blog about them frequently after this...hopefully tak ada la hangat-hangat chicken shit kan.  

Entry pertama no picture.  I have to blog about Iqhram first day in school. Have to...sebab Kakak dan Abang dia ada entry first day school dalam blog ni.

Till then peeps...... please wait for my next entry....





 

Thursday, December 4, 2014

Catatan....Persediaan Sekolah


Salam,

Ahad lepas, dapat duit kutu sikit, paksa diri pi carik barang-barang sekolah budak-budak ni walaupun mata dok sakit, ku main hambek jek..

Iskandar nya baju masa darjah satu memang dah hazab sangat la pulak... baju sekolah baju kafa...adoi..tak lalu nak tengok... 

Izzati pulak baju2 dah senteng dan sendat.. memang kene beli baru ler gamaknya..



Ni la sudahnya yang berjaya di rembat haritue...

Kakak
1. Kain Biru - 2 helai
2. Kain Hijau - 2 helai
3. Baju - 4 helai
4. Tudung - 6 helai
5. Kasut - 2 pasang
6. Stokin - 2 set
7. Seluar Track - 2 helai

Abang
1. Baju Melayu - 3 pasang
2. Baju Sek Keb - 3 pasang
3. Sampin - 2
4. Seluar Track - 2 helai
5. Kasut - 2 pasang
6. Stoking - 2 set
7. Singlet - 3 helai

err ada lagi tak... sebab macam banyak jek yang ku rembat haritue.. 



Dah beli macam-macam... dah kene bayar beratus-ratus...dapat la shopping beg free ni ha.... huhuhuhu...

Ni baru 70% ready...buku, alat tulis belum lagik...tunggu gaji bulan doblas laa... 






Monday, November 10, 2014

Catatan....T Shirt I AM

Salam,

Perasan tak... rata-rata kan sekarang ni ramai beno yang pakai T Shirt I AM bla bla bla.... aku pun dok terpengaruh hehehe nak nak bila ada member dok upload kat FB tshirt yang dia tempah cuma RM15.00 jek utk all size... ko hado... tak menggeletis ko nak order..

Rata-rata aku dok survey mostly t-shirt harga mesti RM20 ke atas...belum lagi jumpa yang murah. Aku kan chepskate.. of course la aku akan carik semurah mungkin.

Hello... nak order harus la kene order semua sekali kan..termasuk mak bapak pun kene la order...baru la sedondon..kalau RM15 x 6 dah berapa... kalau rega RM20 x 6 dah berapa...so kene la berbelanja dengan bijak...ngeh ngeh ngeh..

So berkat rakan yang share tadi..aku pun mengorder la T Shirt I AM tersebut yang berharga RM15 sehelai semua size (ulang lagik).... 

tara....




Kain sangat-sangat elok...dan sangat-sangat puas hati you alls... bukan jenis kain yang kita beli time jalan2 kat PD ka Langkawi yang jenis nipis tu...ni memang material dia sangat-sangat okey....





Asal T Shirt I AM ni kan dari T Shirt Nikon tue... Abie depa kan kerja kat kedai gadget-gadget camera ni, jadi T Shirt I AM Nikon tu memang bersepah kat rumah tue dah part of uniform Abie nya... si kecik ni masa menerai T Shirt ni maghin kemain jerit lagi...

"T Shirt Abie laaaaaa....."

Hehehe kemain lagi dia ingat rupanya..

Okey haku puas hati dengan tshirt ni...korang nak beli??

Sila ke FB Page SW - Santai Wear Collection depa sangat helpful...

Ha lupa nak habaq... mek order lengan panjang utk Izzati ngan Mommy dia..maklumlah kan ke arah Muslimah sejati...kikikikiki....


Wednesday, November 9, 2011

Catatan....Suci jek muka kan...


Pagi tadi tak ada keje...
ku telek muka anak sorang sorang masa masing-masing tengah tido

aman jek muka masing-masing...
suci jek.....
tak ada masalah langsung kan...
jujur betul muka kanak-kanak tengah tido kan......










Abang tido mata terbukak....
orang kata degil....
memang degil sokmo...



Catatan....3-3 Flat!!! 2 Hari sebelum Raya!!







Ya..gini la rupa budak-budak nie dua hari sebelum raya...
flat abih....

Adik memang dah sedia demam....keluar sepital pun kurang sihat lagik..
so dah start tak sihat...
hari yang tenang....kami anak beranak pegi berbuka puasa di luar...

Izzati dan Iskandar makan benda yang sama
Abie ngan Mami makan hok lain...

Esoknya pagi-pagi kakak muntah dulu..
ingatkan pagi jek...
sekali di susuli pulak dengang abang...
ingatkan kejap jek...

hamik!!! bawak sampai ke petang..... 
muntah-muntah....sib baik dah reti pegi ke toilet..
tapi sekali dua terbabas gak la.....

Iskandar sampai ku bekalkan besen.... utk dia standby...
aper benda tak leh masuk...
air kosong pun keluar balik..aduyaiiii risauuuuu......

Mujur adik memang kene buat nebulizer pagi petang...
iyer lepas keluar sepital kene wat neb gak 6 jam sekali...
(lepas checkup kene neb lagik...)

so neb petang tue sekali harung seme bawak jumpa doktor...
kalau tak klinik tue dia orang yang punya...
pegi haritue seme melepek....

Gambar kat atas tue dua hari tue...dedua hari melepek..
ngan adik adik melepek....

Abie ngan Mami jek prepare utk raya (budak2 biasa selalu menyibuk jek)
sunyi sepi rumah..... memang sunyi sangat...
budak-budak seharian baring jek tido jekk..tak larat..
kalau bangun memang muntah.....

Mujur nak raya masing-masing sihat sudah...
kalau tak.... raya kat rumah jek ler...

(ahaks..lambat tul citer raya nak publish, janji hapdetttt....)




Wednesday, October 19, 2011

Catatan....Iqhram Muammar b. Hisyam

Lama tak citer pasal budak kecik ni kan.
Sampaikan birthday dia yang pertama pun mami tak journalkan. Unfair betul mami nieh.

Ya bujang keduaku ini sudah setahun. Yo be exact 9 Oct haritu. No celebration, its just a love wish from mami and abie to him.

Nanti ya dek, kalau ada masa nanti kita celebrate bukan tak mau buat, kekangan masa tu.

Happy belated birthday darling. You always a sweetheart to mami and abie. We love you soooo very much.

Iqy sekarang belum leh jalan lagi. Tak perlah take you time my dear. Kakak dulu pun lambat, abang pun setahun.

Apa yang mami suka sangat nagan Iqy ni dia ada senyum yang sangat manis. Tengoklah cute face tu, buat mami selalu jek rindu kat ofis.

Balik keja nampak muka dia yang sangat teruja tengok.kita, terbang kejap segala penat.

Iqy tak byk ragam sangat. Dia cuma tak leh tinggal sorang jek and akan melalak kalau nak susu dan tido. The rest dia sangat pandai membawa diri. Mungkin ada sebab kot. Sebab apa? Hahahahaha next story laaaa,kang habih lak cito den.

Mami doakan yang terbaik untu Iqhram. Moga moga menjadi anak yang soleh yang berbakti kepada orang tuanya.

We love you IQY!!!!!!!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, May 5, 2011

Catatan....Mei Dah!!!

Wahai pemenang-pemenang contestku
jangan la kamu ingat haku melupakan kamu kamu dan kamu
haku ingat.... benda nie pun depan mata jek
tapi hendak membungkus tue aduhai...
mak kesempitan masa la sangat-sangat
ampuni la mak yer..

Aduhai..bersawang sungguh laaaaa blog mak nieh...
benci la main block block nieh
if not asal teringat jek nak buat entry
terus berblog
ini tak... kene tunggu waktu lunch, or pepagi adam
sudahnya memang tak berblog la haku
dan memang tak ber new entry la blog haku nieh

Udah Mei dah..cepatnya masa berlalu....
hari ni pun dah 5hb dah...
hidup cam gitu gak
tak kedepan...kebelakang ada la...
huhuhuhuhu.....

Update anak-anak...
hari nie berlobang jugak attendance si kakak...
kakak demam panas...itupun puas malam tadi pujuk tak yah gi sekolah
tapi nak jugak pergi sekolah....
pagi tadi...hamikk..panas melenting2 badannya....
okeh Abie take over bawak gi klinik...

Iskandar?? terejal budak ni makin menjadi-jadi...
letih betul la haku nak melayan dia nieh..
cakap la aper yang aku tak buat..
sampaikan libas ngan hanger pun pernah
tapi tak gak serik-serik...errrkkk garang tul haku nieh ker..
tapi udah kesabaran ku diuji..dapat pulak time tengah angin puting beliung
memang kene la itu budak...
tapi kan entah kenapa..budak sorang nie senang betul nak amik hati aku....
tengok muka pun cam....alahaiiii....pastue menyesal soarang-sorang
apasal pi bantai dia..

Iqhram....yeah!!!!... nak menginjak 7 bulan nieh
Iskandar dah pandai mengesot...belum merangkak lagik
tapi dah pandai mengesot....mengesot nie pun satu hari dia prektis
masuk malam..udah merata tempat dia explore....
masuk bawak kusi bawak meja...terantuk melalak....
ish ish ish..kat ofis nie asik la dok teringatkan dia...
terindu-rindu ngan senyum dia tue.....

aku pun update pukal gak nieh..entah bila dapat update lagi pun tak tau....
ehehehhe...... ini jek cerita yang teringat....
padahal aku rasa banyak lagik citer aku nak citer....huhuhuh..

GAMBAR??? LEMBAB LA NAK UPLOAD..KANG SIBUK LOADING....DAH KENE BLOCK...SO...BACA JE LAH!!! ITUPUN KALAU NAK BACA....HUHUHUHU....






Monday, April 4, 2011

Catatan....Cerita Hari Ahad

*Scheduled entry (barang siapa yang tidak tahu.... aku menaip waktu lain tapi menatang nie auto publish waktu yang haku nak..)

Kan aku citer aku mengapam sampai kul lima pagi...
giler kentang....sib baik la aku tak mamai maghin..
mujur tak weng.... huhuhuh

Adik ipar wat kenduri..nak pindah rumah baru
so agenda pertama hari Ahad adalah pergi ker rumah beliau
makan free...ada baca yassin...
Mummy ada hengbeg...so layang hengbeg jek kikikiki alasan sungguh..

Kendian...lepas jek makan2 kat rumah adik ipar terus pulak menuju
ke rumah sahabat yang dikenali di Forum Cari.... Riz
dia lah yang order Apam Pokodot haku tue...huhuhuu
macih Riz... udah ku kata ku tak expert mempokodot..
tapi dia tak kisah...alhamdulillah..dalam tak terer tue ada jugak la
rupa pokodot kat apam aku tu....
oh! Riz wat birthday anak dia Kimi... 4 tahun
Happy Birthday Kimi!!!!!

Okey layan gambar yang diambil sekadar buat syarat menghadpet blog jek
ini seme kat rumah Riz


tuan ghumah yang pakai baju purple cardigan hitam tue...tak nampak lak mukanya..

nak amik gambar kakak ngan abie nun...(cuba telek)..tapi cam amik gambar budak baju merah ni pulak kan ehehehe

memang la budak lelaki kan... kejenya melompak nak berlawan..dapat pedang belon pun jadik...

tak abih lagik gaya errr gaya aper ek Ben 10 ker???

gambar dia jek...udah dia sibuk suh amik...sebab tadi gelap..ehehehe..







Catatan....Cerita Hari Sabtu!!

Entry nie ku taip diwaktu senggang rehat di opis yer..

Hajat hati hari sabtu ku nak kurung diri dalam rumah jek
sekali Abie ajak jenjalan petang sabtu tue...
plan asal aku nak mengapam hari sabtu tue
ada orang order 200pcs apam pokodot..

Sudahnya ku buat tengah malam
hamik!! kul lima pagi baru siap...

Okeh..pegi mana sabtu petang tue
tak gi mana ponggg
Abie ajak gi Putrajaya jek..
saja bawak budak nie amik angin
tapi malangnya putrajaya tak ada port menarik utk hanak hanak bermain
kalau sebut TAMAN...pada mereka mesti lengkap dengan segala macam mainan
tapi TAMAN kat Putrajaya adalah penuh dengan TAMAN UNTUK MAKNOSIA BERKASIHAN DAN BERDATING kekdahnya..

So.....keluar dari Putrajaya kami pegi lepak kat tasik kat Bangi
buat lepas hajat si bujang nak main mainan kat playground tue..
itupun berlari-lari jatuh sampai luka...
berlarian mencarik mummynya sambil mengadu nasib dengan airmata berjuraian


gambar??
gambar belakang dia orang jek
jadiklah kan....

Ini seme kat Taman Botani
buat syarat hapdet blog

tima kasih lak kakak mengusung beg susu kesana kemari...ehehe

tak salah kalau ku katakan ini budak macamk kambing keluar kandang ... lari sana sini..

kecik2 dah pandai berjalan...senyap sunyi bila dibawak keluar.... diam jekkkk.....

tak dapat nak hamik gambar depan..... mummy kedek2 jalan kat belakang ngeeee..







Monday, March 21, 2011

Catatan....The Three Stooges

Pagi nie dok selak belek entry lama-lama
memang haku ni jenis cepat hilang ingatan
bila baca balik macam2 yang aku blogkan rupanya...

Anyhow...latest picture of my 3 stooges....








Monday, March 14, 2011

Catatan....Adik dan Abang...


Abang kan sayang giler kat adik
tapi kan Mummy is ngeri tengok abang gomol adik
cam nak penyek adik tue Mummy tengok...
Kalau abang nak baring mesti baring sebelah adik....
cam kat atas tue.... adik pulak la nie udah asik nak meniarap jek...
yang bagus nya adik nieh...asal kakak ngan abang agah jek
mesti senyum melebar.... 

Mummy ngan Abie agah..lambat tul nak senyum huhuhuhu
kalau kakak tue kadang sampai boleh gelak mengekek,..

Mummy tak dapat amik gambar kakak sekali...
gambar kemesraan abang dan adik jek Mummy dapat ambik gambar..

Kakak is overprtective towards her adiksss....

camner tue...semalam hari Ahad singgah opis jap nak amik folder sijil
yang memang simpan kat ofis...

Kakak punya la pegang tangan Abang tak bagi lepas
risau Abang terlepas.... nak nak time nak naik lift
she's worried gilakk....
so me perasan kakak memang jaga adik dia sungguh2..

haku yang relaks jek...ngeh ngeh ngeh..

alamak gambar kakak tak ada la....





Wednesday, March 2, 2011

Catatan....Perangai Anak!!!!



Masalah uploading gambar  yang tak berkesudahan...
tak tau la masalah pc aku ker..server opis ker...
tapi bila tanya orang lain nampak jek gambar2 tue...
awat aku yang tak nampak2...so lagik sekali main gamble jek upload gambar...
ada ker tidak nasib..

Kakak ngan Abang nie.... kadang2 kelakar pun ada geram pun ada..
jenuh nak melayan depa dua nieh
si kakak udah 7 tahun si abang menginjak 4 tahun
kalau bergurau tue kemain lagik sukanya...
gelak mengekek-ngekek.... bising satu rumah...lari sana lari sini
main berlakon-lakon segala (ini si kakak la ngajo nieh, abang follow jek)....
macam-macam lakonan la depa nie buat..
kadang tergelak sorang2 tengok depa nie main....

tapi kalau dah bergaduh depa jugak laaaa orangnya..
hiruk pikuk satu rumah
idok ku tahan kalau si kakak menjerit mami mami mami...
jenis mengadu si kakak nieh..
dapat si abang pun sama la jugak...
kadang naik rimas la jugak telinga nie mendengonyer...

si abang memang kuat sangat la menyakat si kakak...
perangai siapa diikutnya pun entah....pastu dia punya loyar buruk tue pun boleh tahan
adussshh.... rasa nak cili cili jek mulutnye....

dan tangan si abang pun kemain kuat la nak menyepit si kakak..
udah la si kakak tue nanti kang terlalak-lalak...

tapi kan tapi kan tapi kan.....
bila depa dua tak ada....senyap sunyi la pulak rumah...
huhuhuhu...

itu gambar kat atas tue (kalau nampak)
gambar depa main ala-ala bawak kapal terbang..guna landasan ketapi thomas si abang..
kreatif tak kreatif otak dia orang nieh....

I love you kidsss...







Thursday, February 24, 2011

Catatan....Kisah Anak 1 Anak 2


Malasnya la nak edit image letak watermark segala...
berzaman sungguh la rasanya tak hapdet blog
bulan Feb nie rasanya tak sampai 10 pun entry
malas tahap cipan sungguh la nak hapdet blog tahun 2011 nieh...

Anway dua citer pasal anak-anak...
basi pun basi lah kan...ada ku kesah!!!

Citer pasal kakak dulu....
haish nak masuk bulan ketiga sekolah..udah dapat kecederaan pertama..



tengok la kepala lutut tue...udah luka...
anak dara sorang nie ada satu perangai
kalau dah sakit dia akan act memang sakit sungguh-sungguh
umpama kene masuk sepital admit la...

jenis budak tak tahan sakit gitu la kan...
jatuh hari isnin haritue...
sampai hari nie jalan berjengket jengket...
padahal tengok lutut tue okey jek dah nak baik dah pun....

drama queen sikit....
tapi masa mula2 tengok tu kesian la jugak..jatuh berdarah kan
sampai tak pegi la sekolah agama petang....
letak ubat pun melalak... nak bangun dari duduk pun sampai berpapah kat dinding
adoiyaii memang over the top dia nieh....

tapi tido lasak jugak bila terhimpat tue tak rasa pun sakit eheheheh....

okey go to next story...



ghuper budak kene hukum malam tadi
bukan hukum aper pun..
asik la nak kacau adik kejenya...
udah tue..ku tinggi suara jek tak angkat tangan pun
cuma tunjuk penggaru kayu tue jek (act as rotan).....
tapi udah melalak

cakap ngan dia pandang dinding tue...
selagi tak suruh toleh jangan toleh...
hhuhuhuhu... sebelum ni pernah kurung dalam toilet gelap dua kali...
kali nie koser ....suruh dia pandang dinding jek..
dengan menangis2 la dia pandang dinding tue kan...
sambil mintak susu...

ai tak la kejam pun...buat kan jugak susu
bagi dia...tapi suh dia pandang dinding lagik
sebab nak amik gambar...hahahahahah....
lepas tue okey dah suh dia pegi baring isap susu ehehehehe...

hish nakal sungguh la budak nei sekarang
tak larat nak melayannya...