Pages

Showing posts with label Journal. Show all posts
Showing posts with label Journal. Show all posts

Friday, February 17, 2017

Catatan.... Kak Mah dan LHDN


(gambar cilok google)

Assalamualaikum

Perkh...dah bulan Februari tak pe tak pe kita pelan pelan kayuh utk update blog ya.



(gambar cilok google)


Harini pepagi terpaksa keluar gi LHDN, tak mampu nak pegi ke PJ (file ada kat sana) so akak pegi kat LHDN kat Hentian Kajang ni jek lah sebab itu yang paling dekat. Takut nanti pergi jauh-jauh tak sempat pulak nak balik hantar Izzati pergi sekolah ngan ambik Iskandar ngan Iqhram.

Kenapa lak kena pegi LHDN pepagi, heheh..tak ada apa pun, last year akak dapat surat LHDN suh bayar cukai tertunggak utk tahun 2008 ngan 2011, utk golongan marhaen macam hakak ni banyak jugak nak kena bayar. So akak declare la income tax utk tahun tu. Buat last year jugak la ke LHDN PJ tu kalau sapa follow akak (puiiii) akak ada update stegram pasal ke LHDN PJ tu. Siap dah hantar borang BE bagai siap kira lagi depan officer tu seme, memang submit siap dah semua, tapi silap akak la tak mintak ngan officer tu buat copy then suruh dia chop receive kan. So you all lepas ni kalau tetiba LHDN suh declare tahun sekian sekian buat tu buat tapi make sure buat copy utk diri sendiri. Pengajaran utk akak la kan.

Akak ingat lepas dah settle buat declaration tu tak ada la apa-apa kira dah settle la sebab bila hantar dan buat calculation memang tak ada kena bayar pepe pun nak nak tahun 2008 tu langsung tak ada kena PCB maklumla gaji kecik kan.

Tetiba awal minggu ni akak dapat surat dari LHDN mengatakan akak ada tunggakan cukai, eh pulak dah...tengok tahun, tahun yang sama akak dapat tahun lepas suruh declare. Eh aku dah declare dah kenapa ada tunggakan lagi.

Sila bayar sebelum 19 Februari 2017 kalau tidak tindakan guaman akan diambil.  Ah sudah, walaupun nilainya tidak la sebesar mana tapi sangat besar bagi akak yang sudah tak bekerja ni.  Rakyat prihatin dan taat setia pada negara hari ni akak ke LHDN Kajang la untuk tanya berkenaan perkara ni. Kalau kena bayar kena la bayar jugak tapi nak tau la juga hujung pangkal cerita.

Alhamdulillah dapat pulak Officer yang sangat peramah over the top, yang baik sangat2 la pada mata akak ni.  Biasa stigma kita ni kalau Government Officer mesti hampeh dan sombong kan.  Allah permudahkan kerja akak pagi tadi.  Dia cek, dan tengok jek surat tu lepas akak cerita kronologi kejadian.

"Puan saya tengok surat ni pun saya tau dia orang tak update lagi yang Puan hantar last year.  Bila ya Puan submit borang BE tu tahun lepas."

Alamak!!!! satu kes lagik, mana la hakak ingat, udah la tak buat salinan, tarikh2 ni lagi la akak lupa.  Mujur la kan, akak ni kan penghapdet tegar Instagram hahahahaha kepala otak tu ada lampu menyala-nyala kemain banyak terus akak cek Instagram akak.

Berguna jugak rupanya Instagram ni kat haku, gigih akak browse satu satu gambar bila masa akak pegi ke LHDN tahun lepas utk buat declaration.  Nasib la, akak ni perasan artis fofular kan, mujur sangat akak ada update walaupun cuma gambar NO GILIRAN hahaha masa ni memang nak tergelak sangat pun ada. Dapat la tarikh yang officer tu nak.

Sambil dia sent email kepada officer in charge, sambil tu dia menyembang ngan akak. Peramah sangat officer ni, suka betul akak borak ngan dia, segala macam dia cerita.  Anak cikgu rupanya, eh sama la kak, saya pun anak cikgu jugak. Betul anak cikgu ni memang glemer, pasal nama ayah tu yang glemer hehehehe...

Orang ganu kiter, seronok melayan celoteh akak ni.  

Selesai dia hantar email sempat gak la dia nasihat kan akak, 

"Lain kali Puan kalau jadi lagi macam ni Puan make sure buat salinan ya, tak pe kalau kita kena keluar berapa sen pun utk salinan tu takut nanti jadi macam ni la."

"Saya dah hantar email kepada pegawai terlibat kita tunggu nanti lepas ni macam mana.  Kalau tengok tarikh submission Puan tu memang tarikh tu waktu yang sangat sibuk masa tu. Puan simpan jek dulu surat ni jangan bayar dulu kalau Puan yakin Puan tak kena bayar apa-apa."

Terima kasih sangat la Puan Zalina Ab Razak. Lupa pulak nak ajak selfie...kikikiki...

Okey lega disitu, so kita tunggu panggilan LHDN lepas ni..... dan akak kena follow up la gamaknya...

Ingat jangan buat silap macam akak ya.  Kita mudahkan kerja orang, kerja kita pun jadi mudah sebenarnya.  

Dalam hal ni akak tak salahkan pun pihak LHDN sebab paham, berapa ribu orang pulak la dia nak update dah la hantar manual cuma nya jangan hilang sudah la borang BE akak tu..... takkan nak kena resubmit balik....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

kbaiii....


Tuesday, January 17, 2017

Catatan.... Cerita Mami


Assalamualaikum,

Apa yang nak dicoretkan dalam blog ni.  Hmmmm okey la hari ni citer pasal Mami lah.

Setahun tak berblog, tak udpate pun pepe pasal Mami, sebenarnya dah setahun Mami resign dari Prasarana.  Sebab resign?? Ada beberapa perkara berbangkit yang buatkan Mami ambik keputusan untuk berhenti kerja.  Itupun lepas Mami istikarah dua minggu tiap-tiap hari, hati Mami kuat nak berhenti kerja. 

Alhamdulillah setahun dah pun, bulan lapan nanti genap la dua tahun.  Ada la hiccup sana sini lepas berhenti, tapi Mami okey jek resign.  Mulanya Mami ingat Mami akan jadi double stress bila hadap anak-anak 24jam.  Tipu kalau kata tak stress, mesti ada rasa stress tu sekali sekali, tapi Mami okey boleh hadapi.

Kerja rumah?? Rumah Mami tak ada berkilat macam orang lain still macam gitu gak.  Rajin buat tak rajin babai, hehehe I lower my expectation, tak nak kalut nau. Janji anak-anak Mami ada baju bersih dah pakai dan perut tak lapar.


Apa Mami buat as surirumah?  Macam-macam Mami buat, to be honest masa memula resign, Mami memang ingat nak concentrate as Real Estate Negotiator, Mami buat gak until now tapi mungkin tak seaktif dan sehevoc orang lain.  Orang kata pelan-pelan kayuh, tapi dah setahun takkan nak pelan pelan lagik...kikikiki...




Mami pun ada ambik order Brownies yang memang Mami buat since kerja.  Concentrate on Brownies jek, pastu sikit sikit Mami belajar buat kuih talam, ni pun Mami ada ambik order. Belajar buat sandwich macam style hotel dan now Mami buat foodpack pulak.  Memula ni Mami cuma buat foodpack spaghetti bolognese jek dulu.  







Ada hajat juga nak buat lunchpack dan dinnerpack, tapi Mami kena asah skill masak lauk pauk ni. Mami tak berapa nak pandai masak, setakat halwa tekak anak-anak dan diri sendiri okey la.  Nak buat utk jualan ni Mami belum berani lagi.


Bawah ni list harga apa yang Mami ambil tempahan.


I still survive, Alhamdulillah, nikmat Allah ni macam-macam. I'm not complaining, buat I try to work my best for my kids.






Sunday, January 8, 2017

Catatan.... Selamat Datang 2017

Assalamualaikum

Harini dah 8 haribulan dah pun, baru nak cakap Selamat Datang 2017. Dalam masa 8 hari ni macam-macam pun boleh jadi. 

What happen to last year... Ya Allah cuma ada satu entry jek untuk tahun 2015 and 2016 langsung tak ada entry.  Teruknya lah..

Tahun ni konon-konon berazam nak rajin-rajin update blog. Rajin-rajin nak mengarang.  Semalam petang ada masa dok browse balik entry-entry lama.  Alahai... paling kesian Iqhwan my youngest son entry pasal dia sikit sangat.  Kalau tengok kat facebook or instagram memang banyak la gambar-gambar dia. Tapi nak diblog kan sikit sangat.

Tak sangka rupanya blog ni dah lama, Mami start since 2005 berblog. Sayangnya kalau dibiarkan sepi, rugi betul 2015 dan 2016 langsung tak ada entry.  

Banyak kisah anak-anak yang tidak dijournalkan.  Ini la bekalan dan bacaan untuk dia orang bila dah besar nanti.  

Masa browse entry-entry lama semalam Mami ajak anak-anak tengok sekali.  Seronok kanak-kanak ni tengok gambar lama-lama masing. Tapi banyak juga gambar2 yang tak leh access, tak tau kenapa.

Tahun ni Izzati Maisarah dah naik Form 1, UPSR dia... Alhamdulillah, Mami tau tahap dia macam mana, dapat result tu memang syukur sangat.  Dia pun dapat sekolah dekat jek ngan rumah.

Tahun ni jugak Iqhram Muammar darjah 1.  Alahai macam tak percaya jek dia dah naik darjah 1, Mami rasa dia masih baby jek. Sweet baby Mami.

Iskandar naik darjah 4, Allah darjah 4 dah Abang... how time flies, Iqhwan 5 tahun.....fuh...dan ya..umur Mami pun makin meningkat.

I will blog about them frequently after this...hopefully tak ada la hangat-hangat chicken shit kan.  

Entry pertama no picture.  I have to blog about Iqhram first day in school. Have to...sebab Kakak dan Abang dia ada entry first day school dalam blog ni.

Till then peeps...... please wait for my next entry....





 

Thursday, December 4, 2014

Catatan....Sore Eyes





Assalamualaikum,

Patutnya boleh jek nak update kat rumah, tapi biasa la..bila dah kat rumah tu susah beno nak dapat tengok laptop, mak anak empat nie banyak habiskan masa dengan melayan karenah kanak-kanak riang kat rumah tu.

Harini baru naik kerja selepas 6 hari MC bahana sakit mata kan...gilos betul... dah lama tak kena sakit mata, sekali kena hamek... 

Ini pun sebenarnya tak berapa nak okey lagik, pepagi mata still melekat lagik ngan taik mata...tapi merah dah tak ada dah... 

Berjangkit ngan Izzati ler nieh... dia yang start dulu sakit mata...





Monday, November 17, 2014

Catatan....Demo Periuk Ajaib Noxxa


Assalamualaikum,

Benonya dari sehari ke sehari nak buat review pasal periuk ajaib Noxxa ni...tapi tak berkesempatan sebabnya aku masih belum expert jadi nya datang dari orang take expert nie idok la berapa nak meletup sangat kan.

Lama gila dah periuk ni masuk listing idaman hati...tapi tak berpeluang nak beli sebabnya banyak lagi duit nak diguna utk ke lain, esp utk anak-anak, dan biasanya aku ni..(aku ya bukan korang) bukan la jenis yang suka nak dump duit beratus2 utk beli gajet2 nie...

Tapi...tapi...tapi..sebab tak tahan sangat.... aku sanggup main kutu weh....main kutu ni macam instalment gak la kan kikikiki cumanya ikut giliran..ada orang kata la kan..baik la kumpul duit dump duit sekali tapi haku lagi suka bayo tiap2 bulan kakakakak pelik sungguh...




Ni la Periuk Ajaib kepunyaan aku...aku beli tanpa tengok memana demo pun... terpengaruh pasal Kakak aku guna periuk ni dan macam2 tok nenek dia masak guna dalam tu...

Gambar dah jumble up... 





Ataih ni antara yang aku masak tanpa tengok demo la...kiranya mudah sebenarnya..as long as ko tau mana tau fungsi yang ko nak guna.... High Pressure ke Low Pressure ke... Steam ke... first try aku..aku masak nasi goreng....masak dari beras..... first try nasi terlembik sikit...tapi okey la... boleh telan dan makan.... 

Periuk ni sangat berguna utk orang cam aku yang kurang masa nie.... ..biasa nasi goreng kan kene masak nasi dulu then baru goreng...hok ni dari beras2 tue ko leh create nasi goreng.... orang kata cam sama jek macam nasi berperisa lain kan terpulang... janji nasi gorem kikikiki...

Pastu aku dah masak bubur nasi, bihun gorem.... ngan kari ikan... so far so good walaupun main hentam keromo masaknya...hehehe

So semalam, aku arrange satu demo periuk ni utk anak-anak kutu aku...... upline aku la yang buat demonya..bukan aku pon..aku mana expert lagik.... 

So semalam dalam masa sejam (dua periuk) kami berjaya la masak pulut kuning, ayam golek, kari ayam, kek coklat, dan daging panggang..... 

Eh saya sangat teruja dengan pulut kuning sebab anak2 ku sangat-sangat suka ngan pulut...tapi haku tak reti nak masak.... bila ada periuk nieh... memudahkan aku untuk masak pulut dan senang la aku nak masak pulut lepas ni...memang teruja nokkk..

Kari ayam pun sangat cantik masaknya...masak kek coklat pun ko tak yah nak guna mixer segala jadah bagai..lebur jek seme dalam tu..kaco2 kasi sebati then steam siap!!!...

Ha..tak ke teruja... ayam golek pun...letak la seko ayam dalam tue..(dah siap marinate la kan) pastu masak la ko situ....tekan2..bior...

Hahaha... mengong... aku la mengong bukan koram.... excited... kikikikiki....  lepas ni memang rasa lebih confident utk aku gunakan periuk ajaib tersebut...





Ni lah hasil demo semalam.. satu jam..dua periuk ngan all the dishes...okey tak okey??.....

Perkkh.... tak cukup meletup lagik nieh...tunggu la..bila2 aku ada masa masa guna periuk nie... aku tayang lagik kat sini ngan resepi2 na....

Dok berangan nak buat sardin sendiri.... without bahan pengawet cam dalam tin tu... buat stok sendiri....(kononnnnnn).... 





Friday, November 14, 2014

Catatan....Darah Tinggi


Assalamualaikum

Semalam MC lagik... dua minggu kepala weng..jalan pun terawang-awang jek rasa...tengkuk ni memang rasa stress sampai ke bahu-bahu...

Tak tahan semalam pegi la KPMC,  nak cek darah... hmmm darah borderline.. 139/95 ...tu pun dr kata tinggi... dua minggu dah ni...apa ke hal la aku nieh..

Hamek...sebulan dia bagi stok ubat darah tinggi...hish takut lah... jangan la permenant darah tinggi ni..harap2 ni sebab aku stress jek la... kejap jek pastu normal balik... tapi kalau dah dua minggu dok tinggi jek... ada can ke boleh normal....

Ohmaii..dok pk ni pun haku stress... macam-macam la yang distress kan...aku penat la.. letih... serius... jejak kaki masuk rumah aduhai macam2 hal la... aku pun tak tau la..napa... padahal sama jek dari dulu penat dari dulu pun gitu gak...dah orang tak ada helper kan memang seme benda pun aku buat kat rumah tu...

Agaknya dah sampai limit la kot.... umo pun dah 38... time to consider jangan nak pressure diri sangat kot... hhhmmm



denggg...harini lupa bawak ubat gi opis... mujur makan sekali sehari jek... malam karang jek lah... tolong ingatkan aku.... 







Monday, January 30, 2012

Catatan....Tragedi mesin basuh eh membasuh kain


Adoih!!
Tengok la gambar kat atas nun
tragedi membasuh kain weekend lepas nieh...
sakitnyer lah jiwa...

Baju baru tau....itu baru dua pasang...
ada satu mesin kene...

Macammana la leh tak perasan langsung ada kertas sok kabor / iklan termasuk dalam mesin
nak sidai jek uwaaaaaaaaaaaaaa
rasa nak meraung pun ada...

Tak tau nak kata la..sakit ati ker aper ker..
salah sendiri kan....apasal tak cek betul2...

Jenuh haku menembak baju baju tue ngan air paip...
dengan harapan kurang la sikit bulu2 terlekat tue

Elok2 satu load mesin....aku buat tiga kali loading
bagi sikit2 tapi air baaaaanyak giler...

Baju anak2 sib baik la boleh diselamatkan lepas dibasuh kali kedua..
tapi baju haku tue tak leh selamat dah wehhhh
melekat2 bulu....
3 pasang sweater anak-anak pun sama tak leh selamat dah...

Haish tapi haku sidai gak la semalam....kering2 ku kibas2 la....
simen penuh ngan kertas2 bertaburan...
memang banyak gilerrr kertas rupanya....

Nak kene beli menatang roll tue yang lekat habuk tue...
tak pun silap aribulan ada gak ku vacum baju2 yang kene tue...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Monday, March 28, 2011

Catatan...Pureen BPA Free


Sakan pulak menghapdet blog di petang senin
esok sangap tak ada modal yang nak diblogkan..
padan muka..
udah lah tak leh ping kat Geng Blogger 
gara-gara Facebook kat opis ni dah jadik najis mughollazoh....

anyway...ini lah hasil yang ku rembat masa mendurjana ker Sogo tadik...
iyerr..hakak memang tak berduit nak beli brand brand gelemer segala
so tahap aku adalah Pureen sahaja lah....


macam-macam warna kan...comel comel..corak pun cute cute... aper lagik udah in yang mampu haruslah puji apa yang dibeli kan??

comel kan..kenapa banyak sangat... iye ler..udah dua orang yang masih berbotol kat rumah tue..

yang penting..sungguhpun Pureen sahaja...tapi BPA Free

kenapa botol besar-besar...dak iqhram udah banyak menyusu
bila masuk part menyusu mesti haku sedey jek..uhuks...

Harga?? alamak lupa lak nak amik gambar resit...huhuhu
pack pof 3 tue RM17, yang single dua tue...RM8 lebih kuwangggg...

tadi ada promosi Avent Pack of 4 RM133.. BPA Free gak..
huish rega tue.... aku dapat berbotol2 botol Pureen...

bukan tak teringin..masalahnya anak2-anak ku tak biasa guna botol wide neck
kalau beli kang tak diguna kan membazir namanya..
pernah jadik kat Izzati ngan Iskandar
beria beli botol wide neck..tapi depa tak mau...tak suka kekdahnya
suka puting morahan tu jugakk....


Nota kaki : Ukur baju di badan sendiri......






Catatan....Astro B-yond...


Ingat aku nak kalah ker....
orang lain ada Astro B-yond aku pun nak jugak
dalam pada poket sangap pun....
gua pakai gak Astro B-yond .......

tak caya tengok la kutak tue..kan B-yond tue...


tak caya....tue tengok tue..kan decoderB-yond tu...


tak caya lagik....nampak tue remote pun B-yond... 

tapi..











tivi aku still tivi zaman batu lagik hahahahaa
camno haku leh dapat B-yond...
muahahahaha.....

tukar decoder je lerrrrrr....mana dapat channel B-yond pungggg...
tukar ni pungg free sebab decoder lama dah tak leh nak tampung dahh..
kata depa lerr..dah depa kata free ku okey je lerrr.... 
tak kene bayar pepe kan.....

bila nak subscribe B-Yond pulak??
tunggu la duit runtuh dari langit....





Catatan....Mesyuarat PIBG SKSI 2

Boleh jek kan nak hapdet on weekend
laptop opis nie pun haku bawak balik
tapi tak dak masaa weeehhh...

Serius..melayan kek, melayan dak tecit kat rumah
memang ku tak dak masa nak bukak lappy ponggg..
aku bukak pun layan movie yang lepas tue haku pun ketiduran....

Udah la segala tok nenek benda kat opis nie kene block
nak layan youtube pun tak leh (ko keje ke, ko layan youtube kak mah kat opis??)
oopsss...terlebey sudah...

Okeylah panjang lak intro kann...
Hari Sabtu lepas... kami..haku dan inche somi pergi ke mesyorat PIBG..
sekolah anak dara kami yang sulung (anak perempuan memang sorang jek pown)
Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2





Gambar2 buat syarat nak hapdet blog jek muahahaha..
sedey weh tengok...tak ramai mak bapak yang hadir..
aku harap aku rajin la hadir mesyorat PIBG nie utk tahun tahun mendatang...
iyelah utk anak-anak kita jugak kan...

Biasa sekolah pun buat weekend...
nampaknya komitment ibu bapa masih kureng la utk hadir kat mesyorat nieh...

Masalah nak pilih AJK...bukan nya kenal mak bapak yang ada kan
bukannya kita tau kredibiliti dia orang tue camner..
esp. kalau nak pilih tampuk paling tinggi dalam PIBG tue (perkkh ayatt)...

Pesanan kat diri aku sendiri la..hopefully lepas nie aku rajin la nak pegi apa-apa event
yang pihak sekolah dan PIBG anjurkan..
mesyorat nie pun hari hari dak Izzati dok remind ehehehe...

Ada suggestion suh sekolah buat FACEBOOK...
aku setuju sebab dari situ kita leh kenal ibu bapa yang lain
bukan sebagai platform formal sekolah
tapi lebih kepada informal session antara pihak sekolah dan ibu bapa

Tapi cikgu besar cam ragu ragu nak buat..
hopefully PIBG can consider...
dan aku la agaknya orang pertama-tama sekali yang akan LIKE... ahakssss...


Note: Anak murid ada beribu...tapi attendance ibu bapa cuma 120 sahaja...itupun boleh dikatakan separuh datang dari cikgu cikgu sekolah.....sedey kan....huhuhu









Tuesday, December 7, 2010

Catatan....Almari



Dok mek ober ruang tamu....
ingatkan nak letakkan almari nie gantikan almari tivi yang sebelum nieh.. 
tapi tengok atas lemari tue dah kopak2
iyelah dah berpuluh tahun la pulak almari nieh...

Atas tue jek yang tak eloknyer..
kalau tengok dari depan masih elok lagik
memang elok sangat..
so aku sodokah kan jek kat orang... i.e kakak ipar aku...
lapang sikit bilik store rumah haku..

Masa tengah mek ober ruang tamu lupa nak amik gambau sebelum
yang ada hanya selepas...
nanti lah ku tayang...sebab biasa lah...
orang malas...tak berkemas jek rumah ahaksss...





Tuesday, November 23, 2010

Catatan....Operasi Dapur

Iye iyer la sangat tajuk kan...
Mentara kakak aku pergi makan angin ngan anak-anak dia
Aku amik kesempatan la..pinjam bibik dia..

So hari ni adalah operasi pembersihan dapur dan store haku....
hazabnya la tengok store haku tue...entah haper benda barang pun haku tidak ketahuan...


barang-barang di atas antara sampah-sampah yang nak diletgo...
giler punya banyak....itupun selepas disort yang elok dan memang betul sampah..
entah aper ada dalam store tue pun haku tak tau
aku malas nak tengok sangat...seme dibuang!!!! titik...






ini pinggan mangkuk yang tak berguna....
dari masa arwah ibu ada lagik nak di let go / sodokahkan kat orang
tapi tak berkesempatan jek nak mengemas
so hari nie memang concentrate kat dapur jek...
tudia pinggan mangkuksss al banyakkkk...
tak berguna pun...
bibik yang kemas....bising elok lagik ni buk...elok lagik nieh..
iyaaa memang elok..tapi saya tak gunaaa.....
lagipun kenduri kendara la nie mana pakai pinggan mangkuk kaca lagi dah...
tak melamin....disposal .....





gini la ghupernye..kene bermalam barang2 nie kat luar esok baru ada orang nak hangkut...huhuhuhuhu



oh gambar dapur saya???
tak dapek nak nolong...tak berubah rupa pun...
sebab barang2 tersebut di atas adalah berada di tempat tersembunyi...
dapur adalah maintain yer...ehehehhee





Monday, July 12, 2010

Catatan....Kisah Hari Jumaat!!! Aku dan Pengangkutan Awam!



Okey hari Jumaat haritue... Abie coti..so biasanya bila Abie coti memang aku balik naik LRT lah kan..memang naik LRT pun hari hari sampai Pasar Seni then tukar naik bas Rapid KL.....tapi that day....sambung dari Masjid Jamek naik Star LRT pulak sampai ke Sg. Besi...

Tapi entah kenapa.... hari Jumaat maghin.... PUTRA LRT sudah ada problem daaaa... aku keluar office dalam pukul 5.45 la gitu..sampai2 tengok kat platform apahal ramai orang nieh..dari jauh nampak tren dah tersangkut.... errrr terjumpa member kat situ tanya dah lama ker...pastu dengar announcement MAJOR PROBLEM!! walaupun ku kerja sangkut paut ngan depa nie..tapi haram ku tak tau terma terma nyer..ehehehe...


So sebab kan ku terpaksa tukar tren kat Masjid Jamek utk naik STAR LRT..makanya aku ajak la member ni carik alternatif lain pergi ker area Masjid Jamek tue...pala otak aku pk teksi jek.... turun-turun dari station....nampak ada bas nak pergi ke Pasar Seni..huish..kene menapak la nak pergi ker STAR LRT tue..tak per ler.... terpaksa la gagahkan diri jugak.... dah la ku hangkut laptop bawak balik haritue..huhuhuhu....naik la bas kan....dalam bas.... hamik!!!! beramai-ramai staff Prasarana naik bas ini jugak ehehehhe peak hours tue..time balik kan...harus laaaa....



Aku expert naik bas KL-Kajang jek.... laluan lain tak terer...tak tau kisah la pulak rupanya bas yang kita orang naik ni akan lalu Monorel KL Sentral..ingatkan dia orang lalu luar jek....bila dah berenti kat KL Sentral tue aper lagik..... kami yang warga Prasarana nak naik STAR LRT nie turun la beramai-ramai.... tak ada la jauh sangat nak tukar tren pun..naik Monorel turun Hang Tuah tukar la STAR LRT...



Senak dah perut nieh...orang memang ramai ler...tapi nak buat camner.... kalau dok menunggu je kan entah kul berapa nak balik..... sampai Stn. Monorel Hang Tuah kami turun la tukar ker STAR LRT......geng geng lain hazab dah lepas...hazab haku tak lepas lagik..masa on the way kecoh-kecoh nak balik tue.. Abie sms tanya lambat ker...aku pun explain la apa yang jadik.....

Rupa kisahnya dia dah menunggu kat Stn. LRT Sg. Besi tue dari kul lima lagik..aku kul lima pun tak keluar office lagik.  Dah la baru balik dari pasar...takut pulak barang-barang tue busuk...so aku pun suruh la dia balik dulu..tak per lah...aku naik Komuter terus sampai Kajang..... huhuhuhuhu....

Orang lain dah abih dah lapang..haku kene tunggu lagi satu public transport utk balik rumah....uhuksss..... so instead of turun kat Sg. Besi aku pun turun kat Tasik Selatan utk naik komuter.... perut adalah sangat lapar yer...iyer ler standard la mak yung kan..petang2 memang aku lapar..sib baik la kat Stn. Tasik Selatan tue ada orang jual kuih muih segala...beli la karipap tiga ketul 1.20  (cessss.... biasa singgit jek...hhmm)


naik LRT aper seme smooth jek tunggu tak sampai lima minit dah sampai...tapi tunggu komuter..aduhai... sabar..sabar..... mujur la komuter haritue tak tak wat hal kan.....aku lepaskan satu tren tak sanggup nak bertolak2 berebut ngan orang.....dengan perut cam gini.....

Selamat sampai kat Komuter Kajang dalam kul lapan malam lebih kurang..... so pengangkutan terakhir aku adalah ini....

 



Selamat gak ku sampai kat rumah...perkkh adventure sungguh nak balik rumah hari Jumaat haritue....  huhuhuhu....... 

Naik BAS tukar MONOREL, tukar STAR LRT, tukar KOMUTER akhirnyer naik KERETA...

baby dalam perut nanti jadi orang lasak yer.....eheh











Wednesday, July 7, 2010

Catatan....Dunia ni Bulat



As usual...gambar google....

Betulkan... dunia ni bulat...sebab bulat la hala hidup kita tak selamanya diatas... ada masa kita kat bawah jugak...

Kadang-kadang bila kita kat atas tue kita jadi alpa....kita jadi lupa....kita jadi tak beringat...

Bila dah kat bawah baru kita nak ingat benda-benda yang sepatutnya kita ingat...

Betul..dunia ni bulat.... ada masa kita kat atas..ada masa kita kat bawah...

Macammana cara kita nak hadapi seandainya kita dibawah....

Kuat ker kita...tabah ker kita....

Hmmmm..... aku tak ada tips pun...sebab aku pun tengah kat bawah sekarang...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi support... yang tak henti-henti bertanyakan khabar....... I'm okey....really I am..... cuma biasalah bila keadaan mengejut berlaku aku perlukan masa utk pulihkan diri sendiri.....

I'm trying my best to be happy hari nieh.... walaupun sebenarnya ku tak ada la pandai sangat nak berlakon....

Mata dah kuyu...rasa nak tidur jek...

Kenapa time time cam gini baru nak teringat tikar sejadah...baru nak teringat baca Quran.... itu tandanya kita dah kene penampar dari Allah.... (Astaghfirullahal'azim)....


Ya Allah, jangan lah jadikan aku manusia yang lalai pada perintah MU....