Pages

Tuesday, September 12, 2006

Aku dan Diriku

Assalamualaikum,

Wah..wah.wah...hari nie aku naik LRT..park kereta kat Tasik Selatan. Rasa cam tak de pulak ramai orang.. menunggu LRT kat Masjid Jamek tadi pun rasanya macam dah tak sesesak dulu. Tak tau la kalau hari nie je ker ataupun esok lusa pun cam gitu.

Minggu nie aku pulun mangganti puasa. Fuh banyak lagi tue... itu ler asik tertangguh jek nak mengganti sampai nak puasa balik baru terhegeh-hegek nak puasa. Serik... konon-konon tahun depan tak buat lagi tapi sama jugak tahun demi tahun benda yang sama jugak jadi. Ahaksss... Tahan godaan dan cabaran...aku rasa tak de pepe kot, Insya'Allah jangan cik 'P' mai sudah ler... jenuh ler ah kak nak mengganti next year.

Minggu lepas hari Jumaat aku mc, sakit badan tak tau la nak ckp... Malam tue berguling-guling aku sakit perut... satu badan rasa macam mencucuk-cucuk. Mintak tolong Abie hei tak kose betul dia nak memicit badan. Mintak tolong si kecik tue jugak sudahnyer... tak pandai urut pun dia duduk2 kat belakang tue rasa lega jugak.

Hari Ahad lepas... kita orang adik beradik berkumpul beramai-ramai. Solat Zohor Jemaah pastu baca Yassin. Sempena nak menyambut Ramadhan ni kan. Macam-macam masakan ler ada haritue, rendang ayam, ayam goreng berempah, sambal goreng, urap, pucuk ubi, ikan pari bakar, ikan bawal goreng. udang goreng tomato. Ahaksss..kecur liur pulak bila aku citer-citer nie..sabar..sabar puasa.. puasa....

Lepas makan, buat birthday celebration la pulak. This time around aku tak beli hadiah langsung utk depa. Almaklumlah tengok tarikh la beb.... kekurangan fulus. Tak sangka anak aku pun dapat hadiah jugak. Ahakssss utang dari Umie dia masa birthday dia aritue. Tak kisah la. So kira-kira nie aku pun berhutang jugak lah.

Depa balik awal la jugak dalam kul lima dah balik dah. Lepas tue aper lagi haku pulak ler mempulun kemas rumah apa yang patut. Nak mengemas time dia orang ramai-ramai huish bikin kefala jadi fening lah.. ekekekekekekeke...

Alhamdulillah, business aku berjalan lancar. Walaupun tak sehebat orang yang ada kedai tapi kira boleh la kan harapkan perniagaan kat internet jek. Memang aku berazam nak bukak kedai satu hari nanti. Doa-doa la aku berjaya. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnn

Monday, August 28, 2006

Setengah hari di Bandar Bukit Mahkota

Assalamualaikum,

Hari nie aku rasa macam keje half day jek. Sampai jek kat office memasing kecoh, aku pun terpinga-pinga. Ape hal?? Baru aku teringat, semalam petang aku dapat call dari officemate bagi tau ex-officemate kita orang dulu baru jek meninggal disebabkan Kanser Kelenjar. Terkejut jugak aku dibuatnya. Terbayang-bayang aku muka Halim Jani. Lembut bersih aku ingat lagi masa aku kerja kat Putra LRT. Aku selalu jugak berjumpa dan berurusan dengan Halim. Selalu jugak kami bergaduh manja (bergurau) usik mengusik. Dan aku tak sangka dalam usia semuda Halim dia dijemput panggilan Ilahi.

Tanpa aku sedar, mengalir juga airmata ketika menziarahi arwah di rumah kakaknya di Bandar Bukit Mahkota. Apatah lagi terpandangkan anak arwah yang masih kecil. Sebak sungguh rasa hati. Aku meletakkan diri aku ditempat isteri arwah. Andai aku ditempat beliau mampukah aku jadi setabah wanita itu. Allahu'alam. Airmata merembes lagi terkenangkan putih bersih wajah beliau selepas dimandikan.

Terbayang-bayang wajah beliau. Memang beliau merahsiakan penyakitnya dari seluruh kaum sahabat. Entah kenapa tidak pulak aku ketahui. Dan aku juga mendapat tahu dari rakan-rakan bahawa beliau tidak mahu menjalankan rawata kimoterapi. Tak sanggup menghadapi side effect sekiranya beliau mengambil rawatan tersebut.

Bergenang lagi airmata melihatkan kakak arwah mengusung bantal tidur arwah ke sana sini. Dengan mata yang memerah cukup mengharukan sesiapa sahaja.

Al-Fatihah buat Allahyarham Halim Jani.

Friday, August 25, 2006

Macam-macam cerita

Assalamualaikum,

Sebenarnya aku pun tak tau aper yang nak aku bebelkan cam biasa la kan idea tue melambak when it comes to typing semua nyer hilang entah kemana rasa bosan jek. Lain kali kene beli tape tue la, ada ide jek rakam masa tue jugak pastu terus masuk blog.

Bulan nie bulan kemerdekaan. Kebetulan masa aku pegi Indon aritue dia orang pun baru sambut Hari Merdeka pada 17 Ogos aritue. Yang buat aku rasa yang dia orang nie semangat tue kuat bila aku tengok setiap inci rumah, kedai ataupun bangunan penuh dengan bendera-bendera Indonesia. Tak cukup ngan bendera Indonesia, ntah haper bendera lagi pun aku tak tau la dok tercacak depan rumah masing-masing. Tapi kat sini aku tengok yang semangatnye cam orang kat bandar-bandar (correct me if i'm wrong). Bendera kat kereta punt tak semeriah tiga tahun lepas. Jangan kata dia orang la aku pun sama tak letak bendera kat kereta. Tak tau mana nak carik punya la kesian.

Penah ada satu tahun tue husband aku letak kat depan rumah, mak aku bising buat aper ekekekeke... entah lah. Yang buat aku tergerak nak letak cite pasal bendera ngan merdeka nie bilamana aku tengok MHI pagi tadi pasal kesusahan orang tua sebelum kita utk mencapai kemerdekaan compare ngan muda muda sekarang yang hanya tahu Merdeka itu konsert, cuti umum, hiburannnnnnnn. Entahlah nak komenggg banyak-banyak pun bukan aku reti.

Dan aku terlepas nak menyaksikan pernikahan Siti Nurhaliza dan Datuk K. Bukan nak kata apa la, kat office aku nie memang ramai yang menyampah gila babeng ngan pernikahan dia orang nieh. Iyelah aku walaupun ralat jugak bila Siti pilih orang yang lebih tua tapi entah kenapa aku rasa aku boleh terima pernikahan dia orang. Iyelah dah jodoh tue kan ketentuan Ilahi, aku pun tak paham ler kenapa aku tak boleh nak meluat gila-gila macam dia orang nie meluat. Mak aku pun sama jugak tak suka ahaksss.

Yang kelakarnya ada yang dulu minat bila mek iti nie kawin ngan Datuk K terus tak minat hatta nak mendengar lagu dia sekalipun cam gitu sekali meluatnyer dia orang. Bukannya aku nak defend mek iti nie. Tapi entah ler, aku rasa hal nikah kawin nie aku neutral sikit la. Dah jadi penyanyi no. 1 negara la so paham-paham la media of course la nak dapat kan story pasal dia nak melakukan surat khabar ataupun majalah. Dah jadi public figure, tak ajak media kang di kecam ajak pulak dikecam orang lain. Hai macam-macam hal. Apa-apa pun Siti, Selamat Pengantin Baru lah yer. Moga-moga boleh la adaptasi gelaran Datin tue dengan pelbagai acara. Jgn mas kawin RM22,222 tapi kawin 2 tahun 22 hari 2 jam 2 saat udah ler. Muahahahahaha...

camner aku nak tepek gambar si Siti nieh ahaksss...

Lagi satu citer pasal artis or so called artis or so perasan nak jadik artis. Ehek mau ada yang melenting nie kang. Memang yang ini aku cukup meluat menyampah dan segala macam lagi ler. Balik keje semalam, sampai umah kul 8.30. Husbang aku beli suratkhabar Metro & Kosmo tetiba aku terselak cerita Diana Naim buat buku pasal kisah chentaaa dia ngan Mawi. Aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....... ini memang aku meluat gila dan aku sendiri macam kes siti tadi tak tau kenapa. Masa mula2 baca cerita pasal kes putu tunang dia orang nie aku akui memang aku ngutuk si Mawi nie aper la punya Mawi tunang sikit punya lawa pun leh nak putus.

Patutnya si Diana nie bak kata opis met aku kene lay low. Bukan cam sekarang. Since putus tunang gambar dia pulak aku rasa lagi banyak kat majalah-majalah dan surat khabar. Dan dengar nya pulak nak jadi penyanyiiiiiii.... Alahai. Ish udah-udah la tue walau beribu kali hang kata hang tak amik kesempatan atas populariti mawi tapi orang tetap ckp hang tumpang glemer mawi jugak... isk..isk..... Yang nie memang aku rasa meluat. Sorry la aku ckp apa yang aku rasa pendapat aku pendapat aku sorang dan bukan pendapat orang lain. Mungkin orang lain ada pendapat dia orang sendiri siapa yang tahu. Pepandai ler kome.

aku tak tau ler..dekat sepuluh kali aku try tepek gambar tak gak dapat... heran tul lerrrr...