Pages

Thursday, August 24, 2006

Trip to Bandung

Assalamualaikum, Hari Isnin tepat jam 9.45 malam aku pulang dari Indonesia. Percutian yang memakan masa 4 hari 3 malam betul-betul memenatkan aku. Ikut tour biasa la kan lain la kalau berjalan sendiri. Tak banyak pun gambar yang aku snap di sana tapi ada la satu dua keping yang akan aku letakkan di sini.



Amacam?? Ahaks..ini kat Sari Ater Hot Spring Resort. Ada gambar-gambar air panas, tapi aku lebih interested nak share gambar aku ngan badak nieh.








Hotel yang aku duduk kat Bandung. Hotel Nalendra. Walking distance ker Factory Outlet. Tapi tak dapat nak berjalan pun ker Factory Outlet sebab memang kebetulan aku pegi sana Indonesia tengah cuti panjang. Jalan jem giler. Abihkan masa dalam bas jek. Ikut tour ada la program lain kan bukan pegi shopping jek. Ehek.




Gambar nie masa kat rumah lagi tengah tunggu kakak nak bertolak ker airport. Izzati awal-awal lagi dah dilarikan oleh Abie nya. Baru lepas nangis nie..sedih nak berpisah ngan Izzati. First time. Sedih2 pun sempat gak nak snap gambar lagi..ahakss...




Gambar dah kelam kabut..ini aku copy paste dari blog freewebs aku (yang dah aku delete). Malas ler nak banyak2 blog. Satu jek cukup.

Nak tengok banyak2 lagi (aku still tak paham camne nak configure gambar2 dalam nieh). Korang leh tengok di
sini.


Kita enjoy!!!!



Thursday, August 10, 2006

Sebentar di Pejabat Imigresen

Assalamualaikum,


Pagi nie aku masuk lambat sikit ke office. Dah lama aku buat passport tapi tak pegi collect pun lagi kat Imigresen. So pagi nie aku buat keputusan nak amik. Next week dah nak bertolak ke Bandung.

Pagi-pagi lagi aku dah tercacak depat Imigresen tue, aku ingat aku la orang paling awal rupanya ada lagi yang paling awal dari aku. Beratur la sementara menunggu Imigresen bukak. Aku dapat no. 12. Sah aku ingat mesti lambat la nie koman-koman pun kul sepuluh la aku masuk opis. Alahai malasnyer la nak lambat2 nie. Tak kose nak bersoal jawab karang ngan HR.

Sebelum 8.30 dah settle dah. Terkejut gak aku. Proses nak buat passport nie bukannya lama sangat. Yang buat lama tue proses menunggu. Masa aku buat passport arituepun bukannya lama benau. Tapi sebab aku sampai lambat nak amik no. aku terpaksa la menunggu sampai ke petang utk buat passport. Sampai turn aku tak sampai lima minit pun. Esoknyer passport dah siap, cuma kesuntukan masa yang membuatkan aku ambik passport aku pagi nieh.

Aku tengok jugak cara-cara orang Imigresen bekerja tadi. Memang pantas dan cepat. Dan kisah-kisah dulu kala yang mengatakan mereka nie tak mesra pelanggan mungkin dah tak boleh diguna pakai lagi. Mungkin ada la sorang dua yang buat onar jadi semua Jabatan Kerajaan nie kene padahnya.

Bukannya aku nak defend orang kerajaan nie tapi kadang-kadang kita nie macam tak adil nak sampai meletakkan hukuman mengatakan gomen nie lembab.

Tapi terus terang aku katakan, aku masih lagi seriau nak pegi ke hospital kerajaan esp. utk bersalin. Muahahahaha.... tapi orang kata Hospital Serdang tip to... well tungg dan lihat. Kot la ada rezeki aku mengandung ker, memang nak pi situ.

Wednesday, August 9, 2006

Izzati Latest Picture

si jantung hati

dah malas dah tue


Awal-awal bergaya..comel la... tegak jek berdiri.




Izzati latest picture. Haku paksa jadi model.mengamuk mak nenek tue..

ada gaya model ker??