Pages

Tuesday, February 21, 2006

Aku dan Blog




Lama betul gua tak update dekat blog gua nieh. Almaklumlah bizi yang tak bizi sebenonya. Ekekekeke. Tengok si unta tue update blog dia teruja pulak gua nak update blog gua nieh. Apehal ler pula bergua-gua nieh. Eheh entah ler..terbiasa la pulak ekekekeke..bahana cakap ngan member2 dalam email nie ler.


Hari nie baru masuk keje, weekend aritue balik kampung, ada kenduri arwah ayah mertua aku. Last time buat aku tak balik hubby balik la so this time tak sedap la pulak kalau aku tak ikutkan. So program yang aku dah sedia buat ari sabtu aritue terpaksa la kansel. Eheh, kalau tak gua dah masuk karaoke contest dah, ekekekeke.


Ish lapar la pulak, dari pagi tadi tak breakpas aper pun. Ingat kul doblas tepat karang nak pegi lunch la merangkap sarapan sekali. Err dah terbalik kut gua cakap.


Lama jugak tak tepek gambar2 kenit sorang tue kat sini. Tak pe lah ini nak tepek gambar dia yang dok pakai tudung, susah tul nak amik gambau makcik sorang nie pakai tudung.



Monday, February 6, 2006

Cuti Panjang weh...

Assalamualaikum.

Wah!! Seminggu lebih aku bercuti. Bila dah cuti lama nie rasa seronok plak duduk rumah jadi surirumah. Kejenyer dok ngulit anak jek. Boring kat rumah hangkut anak pegi jalan-jalan. Heaven betul!! Umur baru 30tahun tapi dah bosan ngan keje makan gaji nie. Bila la agaknya aku dapat berhenti kerja utk selama-lamanya dah bekerja sendiri. Boleh tue boleh tapi mampu ker aku??
Kalau tak bayar duit keta akur asa aku dah berenti dah kot. Tapi disebabkan aku ditugaskan utk membayar duit kereta. Perkh tak boleh ler. Nanti la, silap aribulan kalau aku nekad memang aku berenti kot. No mood dah nak keje jadi kuli orang nieh bosan jek. Bila nak jadi boss ek..ahaksss angan-angan tinggi wehhh...
Cuti panjang aritue tak ke mana pun, cuma ke Port Dickson jek. Itu pun pegi hari Ahad balik hari Selasa. Celik mata laut, petang laut, itu je ler keje aku ngan anak. Mujur anak aku tak kene sunburn.
Melepek jek kat rumah sepanjang cuti nieh. Sabtu lepas, office hubby ada Annual Dinner. Pegi la kita orang adik beradik. Alah bos hubby aku pun abang ipar aku. So family belah dia ngan family belah akak aku seme pegi la ngan anak beranak masing2. Tukar imej malam tue konon2 nak jadi Bienda tapi jadi Bonda ahaksssss... Lantok ler nyah... mak saja jek... dah sound awal2 kat hubby jangan gelak.
Alamak gua terleka pulak dok ralit tengok internet sampai leka nak sambung citer kat blog nieh. Terus blank pala otak aku.
Nanti la gua sambung....
chiowwww..

Wednesday, January 25, 2006

Bersin dan Aku

Assalamualaikum

Hari nie aku rasa betul2 cam nak collapse jek. Dari malam tadi aku terganggu dek bersin yang non-stop sampaikan hubby aku pun bising pukul dua pagi. Ish menyembur2 sampai ke saya nieh. Eheh nak buat camner bukan aku boleh control pasal nak terbersin nieh. Tak cukup ngan terbersin hidung tersumbat lagi.

Bila bangun pagi nak mandi kene air sejuk, lagi la bertambah2 tinggi la tahap kebersinan aku. Mujur jek dalam LRT tadi aku tak terbersin-bersin dan mujur jugak la hidung aku nie tak meleleh2. Pandai betul hidung nie, time aku buat preparation dengan tisu aper seme tak nak pulak dia buat hal. Tapi kalau aku nie kering ngan tisu masa tue la dia banjir ngan hingus!! eee geli nak sebut ekekekekeke.

Aku ingatkan okey dah ler, tapi masuk office jek, tekak aku dah rasa berpasir, dan kepala aku dah start pening. Ish mak ai, ini memang kene mc nieh. Tapi esok aku cuti pulak tue. Takkan nak mc kot, mana boleh. Gagahkan jugak la diri aku nie ha. Aku telan vitamin c dua bijik, aku hangkut badan aku masuk surau lelapkan diri barang seminit dua. Aku rasa tak de seminit dua kot mau makan setengah jam tadi aku bantai tido. Lega sikit. Tapi still bersin aku tak jugak berhenti. Hidung sebelah dah tersumbat.

Ini aku menaip ni pun badan dok bersandar kat kerusi kepala pun sama. Memang kepala mengong jek rasa. Adat la kalau orang dah selsema kan. Jangan la aku demam, tak sanggup weh. letih..

Start esok aku cuti aku keje balik hari Jumaat minggu depan. Sakan aku sambut raya cina. ekekekeke aper nak buat dah tak de orang nak jaga anak aku terpaksa la aku amik cuti. Tak tau nak pegi mana cuti panjang nieh... hmmmmmm