Pages

Friday, February 17, 2017

Catatan.... Kak Mah dan LHDN


(gambar cilok google)

Assalamualaikum

Perkh...dah bulan Februari tak pe tak pe kita pelan pelan kayuh utk update blog ya.



(gambar cilok google)


Harini pepagi terpaksa keluar gi LHDN, tak mampu nak pegi ke PJ (file ada kat sana) so akak pegi kat LHDN kat Hentian Kajang ni jek lah sebab itu yang paling dekat. Takut nanti pergi jauh-jauh tak sempat pulak nak balik hantar Izzati pergi sekolah ngan ambik Iskandar ngan Iqhram.

Kenapa lak kena pegi LHDN pepagi, heheh..tak ada apa pun, last year akak dapat surat LHDN suh bayar cukai tertunggak utk tahun 2008 ngan 2011, utk golongan marhaen macam hakak ni banyak jugak nak kena bayar. So akak declare la income tax utk tahun tu. Buat last year jugak la ke LHDN PJ tu kalau sapa follow akak (puiiii) akak ada update stegram pasal ke LHDN PJ tu. Siap dah hantar borang BE bagai siap kira lagi depan officer tu seme, memang submit siap dah semua, tapi silap akak la tak mintak ngan officer tu buat copy then suruh dia chop receive kan. So you all lepas ni kalau tetiba LHDN suh declare tahun sekian sekian buat tu buat tapi make sure buat copy utk diri sendiri. Pengajaran utk akak la kan.

Akak ingat lepas dah settle buat declaration tu tak ada la apa-apa kira dah settle la sebab bila hantar dan buat calculation memang tak ada kena bayar pepe pun nak nak tahun 2008 tu langsung tak ada kena PCB maklumla gaji kecik kan.

Tetiba awal minggu ni akak dapat surat dari LHDN mengatakan akak ada tunggakan cukai, eh pulak dah...tengok tahun, tahun yang sama akak dapat tahun lepas suruh declare. Eh aku dah declare dah kenapa ada tunggakan lagi.

Sila bayar sebelum 19 Februari 2017 kalau tidak tindakan guaman akan diambil.  Ah sudah, walaupun nilainya tidak la sebesar mana tapi sangat besar bagi akak yang sudah tak bekerja ni.  Rakyat prihatin dan taat setia pada negara hari ni akak ke LHDN Kajang la untuk tanya berkenaan perkara ni. Kalau kena bayar kena la bayar jugak tapi nak tau la juga hujung pangkal cerita.

Alhamdulillah dapat pulak Officer yang sangat peramah over the top, yang baik sangat2 la pada mata akak ni.  Biasa stigma kita ni kalau Government Officer mesti hampeh dan sombong kan.  Allah permudahkan kerja akak pagi tadi.  Dia cek, dan tengok jek surat tu lepas akak cerita kronologi kejadian.

"Puan saya tengok surat ni pun saya tau dia orang tak update lagi yang Puan hantar last year.  Bila ya Puan submit borang BE tu tahun lepas."

Alamak!!!! satu kes lagik, mana la hakak ingat, udah la tak buat salinan, tarikh2 ni lagi la akak lupa.  Mujur la kan, akak ni kan penghapdet tegar Instagram hahahahaha kepala otak tu ada lampu menyala-nyala kemain banyak terus akak cek Instagram akak.

Berguna jugak rupanya Instagram ni kat haku, gigih akak browse satu satu gambar bila masa akak pegi ke LHDN tahun lepas utk buat declaration.  Nasib la, akak ni perasan artis fofular kan, mujur sangat akak ada update walaupun cuma gambar NO GILIRAN hahaha masa ni memang nak tergelak sangat pun ada. Dapat la tarikh yang officer tu nak.

Sambil dia sent email kepada officer in charge, sambil tu dia menyembang ngan akak. Peramah sangat officer ni, suka betul akak borak ngan dia, segala macam dia cerita.  Anak cikgu rupanya, eh sama la kak, saya pun anak cikgu jugak. Betul anak cikgu ni memang glemer, pasal nama ayah tu yang glemer hehehehe...

Orang ganu kiter, seronok melayan celoteh akak ni.  

Selesai dia hantar email sempat gak la dia nasihat kan akak, 

"Lain kali Puan kalau jadi lagi macam ni Puan make sure buat salinan ya, tak pe kalau kita kena keluar berapa sen pun utk salinan tu takut nanti jadi macam ni la."

"Saya dah hantar email kepada pegawai terlibat kita tunggu nanti lepas ni macam mana.  Kalau tengok tarikh submission Puan tu memang tarikh tu waktu yang sangat sibuk masa tu. Puan simpan jek dulu surat ni jangan bayar dulu kalau Puan yakin Puan tak kena bayar apa-apa."

Terima kasih sangat la Puan Zalina Ab Razak. Lupa pulak nak ajak selfie...kikikiki...

Okey lega disitu, so kita tunggu panggilan LHDN lepas ni..... dan akak kena follow up la gamaknya...

Ingat jangan buat silap macam akak ya.  Kita mudahkan kerja orang, kerja kita pun jadi mudah sebenarnya.  

Dalam hal ni akak tak salahkan pun pihak LHDN sebab paham, berapa ribu orang pulak la dia nak update dah la hantar manual cuma nya jangan hilang sudah la borang BE akak tu..... takkan nak kena resubmit balik....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

kbaiii....


Tuesday, January 17, 2017

Catatan.... Cerita Mami


Assalamualaikum,

Apa yang nak dicoretkan dalam blog ni.  Hmmmm okey la hari ni citer pasal Mami lah.

Setahun tak berblog, tak udpate pun pepe pasal Mami, sebenarnya dah setahun Mami resign dari Prasarana.  Sebab resign?? Ada beberapa perkara berbangkit yang buatkan Mami ambik keputusan untuk berhenti kerja.  Itupun lepas Mami istikarah dua minggu tiap-tiap hari, hati Mami kuat nak berhenti kerja. 

Alhamdulillah setahun dah pun, bulan lapan nanti genap la dua tahun.  Ada la hiccup sana sini lepas berhenti, tapi Mami okey jek resign.  Mulanya Mami ingat Mami akan jadi double stress bila hadap anak-anak 24jam.  Tipu kalau kata tak stress, mesti ada rasa stress tu sekali sekali, tapi Mami okey boleh hadapi.

Kerja rumah?? Rumah Mami tak ada berkilat macam orang lain still macam gitu gak.  Rajin buat tak rajin babai, hehehe I lower my expectation, tak nak kalut nau. Janji anak-anak Mami ada baju bersih dah pakai dan perut tak lapar.


Apa Mami buat as surirumah?  Macam-macam Mami buat, to be honest masa memula resign, Mami memang ingat nak concentrate as Real Estate Negotiator, Mami buat gak until now tapi mungkin tak seaktif dan sehevoc orang lain.  Orang kata pelan-pelan kayuh, tapi dah setahun takkan nak pelan pelan lagik...kikikiki...




Mami pun ada ambik order Brownies yang memang Mami buat since kerja.  Concentrate on Brownies jek, pastu sikit sikit Mami belajar buat kuih talam, ni pun Mami ada ambik order. Belajar buat sandwich macam style hotel dan now Mami buat foodpack pulak.  Memula ni Mami cuma buat foodpack spaghetti bolognese jek dulu.  







Ada hajat juga nak buat lunchpack dan dinnerpack, tapi Mami kena asah skill masak lauk pauk ni. Mami tak berapa nak pandai masak, setakat halwa tekak anak-anak dan diri sendiri okey la.  Nak buat utk jualan ni Mami belum berani lagi.


Bawah ni list harga apa yang Mami ambil tempahan.


I still survive, Alhamdulillah, nikmat Allah ni macam-macam. I'm not complaining, buat I try to work my best for my kids.






Wednesday, January 11, 2017

Catatan.... Izzati menginjak remaja

Salam

Waktu malam bila free dan laptop tak dikonker oleh kanak-kanak riang kat rumah ni baru la boleh Mami nak update blog.  Tak kisah la, masih mencari momentum untuk rajin-rajin update blog.

2017 Izzati menginjak remaja, dah naik tingkatan 1.  Bila browse entry-entry lama yang dari tahun 2005 tu, macam tak percaya Izzati dah besar, dah remaja.  Tengok entry-entry lama, macam Izzati masih baby lagi pada Mami.

My mistake, tak habis2 nak ungkit pasal tak update blog kan...rupanya banyak sangat benda yang boleh diblogkan tapi Mami suka direct upload ke Instagram jek







Graduation Day Kakak last year, seronok budak-budak sekarang, graduate sekolah rendah macam graduate kat universiti kan. Dulu-dulu zaman Mami tak ada pun, habis sekolah habis gitu jek, habis kuat pun jamuan buat kat kelas, potluck. Nowadays, kids sangat-sangat beruntung (mind my bahasa hehehehe)






With all my munchkin, Abie tak ada sebab tuntutan kerja.  Anak 4, Mami harap Mami dipanjangkan usia untuk melihat anak-anak Mami graduate sampai universiti (Insya Allah).



Terasa betapa remajanya anak perempuan Mami ni.  Ni masa dia nak pergi dinner kelas dia.  Yerp, dinner okey.  Buat kat clubhouse lagik, siap ada tema masquarade party gitu. Bila tau ada dinner tu dan siap ada tema tu, Mami yang pening kepala apa nak bagi Kakak pakai baju.  Sampaikan topeng tu pun Mami pening tak tau nak carik mana.  

That dress was my dress that I wore almost 15-16 years ago, masa tu umur Mami 20an okey, Kakak 12 tahun dah boleh pakai that dress, nampak sangat baju tu mengecik hahahahaha.  Mujur masih okey dan masih elok.  I love that dress, sebab Mami yang bagi bayangan kat tailor macammana Mami nak dress tu, kira macam Mami design sendiri la dress tu.  Now, Kakak dah boleh pakai so jadi Kakak punya la dress tu.



Sekarang Kakak dah naik Tingkatan 1, tengok la kelaku dia masa first day nak pergi sekolah.  Mami nak ambik gambar dia, macam-macam posing dia buat.  

Yup Mami memang garang kat Kakak, Kakak asik la kena marah ngan Mami. Kakak la selalu kena bebel ngan Mami walaupun sebenarnya bukan salah Kakak pun.  Tapi we can be bestfriend ever. Sekarang Mami boleh nak cerita macam-macam dengan Kakak.  I need to be her friend, her bestfriend so that she can tell me everything.  

Dah naik remaja ni, Mami risau sebenarnya.  Bila hantar Kakak pergi sekolah, tengok budak-budak lain yang dah besar ni, Mami risau teramat risau.  Risau pasal pergaulan Kakak, risau pasal kawan-kawan Kakak, oh Mami sangat-sangat risau.

Masa sekolah rendah Kakak pun dah start nak 'hangout' ngan kawan-kawan but of course Mami susah nak lepaskan Kakak, tapi sampai bila.  You still my baby and my only princess alahai, risau.

Nampaknya Mami kena start to let go, but not totally letting go, macam main layang-layang, bila rasa jauh kena tarik pelan-pelan dekat dengan kita.

Mami cuma harap anak Mami tak besar-besar.....ehhhhhh.... hahahahaha....



Sunday, January 8, 2017

Catatan.... Iqhram Darjah 1


Salam

How time flies.... tahun 2017 Iqhram dah pun naik darjah 1, rasa rugi sangat pulak tak journalkan masa dia tadika.  Kalau tengok Instagram Mummy_Imah macam-macam peel dan kelaku masa dia tadika.

Ya anak-anak Mami tadika masa umur 6 tahun, 5 tahun still golek-golek tido lagi kat rumah main tengok tv.

Okey la kita citer Iqhram Muammar b. Hisyam naik darjah 1 lah.

Iqy excited sangat bila tahu dia nak sekolah.  Start cuti sekolah jek hari hari dok tanya bila Iqy nak pergi sekolah abang, bila Iqy nak pergi sekolah abang.

Mami pun tak penat-penat la cakap lama lagi.  Bila dah tanya bila nak pergi sekolah tanya lagik bila nak beli barang-barang sekolah





Bila dah siap-siap belikan baju sekolah dan kasut sekolah tengok lah, hari hari dia try kasut sekolah tu dok merayau2 dalam rumah dengan kasut sekolah. Memang excited sangat tengok keadaan Iqy ni. dah boleh pakai kasut sendiri dah, celik mata bangun tido, pakai kasut sekolah.


Mencuba baju sekolah bila lepas beli.... tak sempat-sempat.  Rambut panjang lagi masa ni. Ceria betul muka.



Ambik gambar ngan kakak dan abang.  Nampak tak bongsu belakang tu, merajuk...ajak ambik gambar sekali tak nak. Ye la semua orang ada baju sekolah dia jek tak ada.  Nanti Iwan lagi dua tahun iwan pegi sekolah ya sama ngan semua orang.



Hari orientasi di masa 31hb December 2016.  Masa nak pergi sekolah ni dok membilang hari tak habis-habis.  Muka seronok sungguh. Bangun pagi senang sangat. Itupun abang yang kejut.  Bila hari baru tahun baru masing-masing memang excited sungguh nak mulakan alam persekolahan.



Ambik gambar ngan Abang.






Hari persekolahan sebenar pun bermula.  Since last year, ibu bapa dah tak boleh naik kelas dah. So Mami tak leh nak ambik gambar Iqy dalam kelas.  Masa hari Orientasi Mami dengar taklimat kat dewan. Kakak yang temankan Iqy kat kelas.  Lupa Mami nak suruh kakak ambik gambar Iqy dalam kelas.

First day sekolah seronok tengok kanak-kanak darjah 1 ni. Comel-comel belaka. Macam mana la Cikgu-Cikgu Darjah 1 ni mengajar budak2 ni ya.  Comel sangat tengok dia orang. Macam-macam peel, macam-macam kelaku.

Mami risau Iqy waktu rehat jek, sebab Iqy tak penah lagi nak beli apa-apa sendiri. Nak nak rehat dengan abang-abang, kakak-kakak besar kat sekolah tu takut berebut tak sempat makan jek nanti.  Tengok gaya dia rehat pass dah, tapi macam tak kena selera tekak dia.  

Hari kedua Mami bekalkan sosej dan air, second day air bekal tertumpah, basah buku-buku tulis. Muka monyok, oh Mami masa second day tak dapat nak tengok dia, Abie take over tengok dia masa rehat.  Mami kena prepare food pack order untuk orang (will blog about this some other time). Sosej makan dua ketul jek. Itu pun kenyang sampai balik. Tapi balik rumah nampak spaghetti mintak makan sampai dua kali tambah, hehehehe...

Hari ketiga Mami temankan Iqy pagi sampai masuk kelas, itupun dia dah request Mami tunggu la Iqy, hari kedua bila Mami cakap Mami tak leh tunggu muka dah monyok bibir dah mencebir.  Alahai, Iqy kan biasa sekolah. Monyok habis muka, okey Mami janji tunggu Iqy masa rehat.  So rehat Mami turutkan Iqy kat sekolah tengok dia makan semua.  

Hari keempat, Mami cakap ngan Iqy Mami dah tak boleh tunggu Iqy dah Iqy kena belajar sendiri semua. Abang ada, pagi-pagi abang leh tolong Iqy pergi beratur kat kelas Iqy.  Masa rehat Iqy makan bekal Iqy elok-elok ya.  Tiga hari bawa bekal duit belanja memang tak luak. Simpan, nak beli basikal katanya. Ok kita tengok ya.  Kita tengok Mami mampu tak nak buat bekal hari hari utk Iqy ngan Abang ahaksss..

Complete seminggu sekolah tak ada adegan-adegan drama berat-berat Alhamdulillah, Mami harap berterusan esok start minggu baru hari baru, Iqy memang kena independant kat sekolah.

Mami harap sangat semangat Iqy nak ke sekolah berterusan sampai hujung tahun, dah tak boleh nak ponteng sesuka hati dan tak boleh malas-malas nak pergi sekolah. Iqy kena belajar tido awal setiap hari.

Complete seminggu lapuran sekolah Iqy, tu la sementara Mami tak lupa baik la Mami blogkan siap-siap.  


Doa Mami sentiasa mengiringi anak-anak Mami....







Catatan.... Selamat Datang 2017

Assalamualaikum

Harini dah 8 haribulan dah pun, baru nak cakap Selamat Datang 2017. Dalam masa 8 hari ni macam-macam pun boleh jadi. 

What happen to last year... Ya Allah cuma ada satu entry jek untuk tahun 2015 and 2016 langsung tak ada entry.  Teruknya lah..

Tahun ni konon-konon berazam nak rajin-rajin update blog. Rajin-rajin nak mengarang.  Semalam petang ada masa dok browse balik entry-entry lama.  Alahai... paling kesian Iqhwan my youngest son entry pasal dia sikit sangat.  Kalau tengok kat facebook or instagram memang banyak la gambar-gambar dia. Tapi nak diblog kan sikit sangat.

Tak sangka rupanya blog ni dah lama, Mami start since 2005 berblog. Sayangnya kalau dibiarkan sepi, rugi betul 2015 dan 2016 langsung tak ada entry.  

Banyak kisah anak-anak yang tidak dijournalkan.  Ini la bekalan dan bacaan untuk dia orang bila dah besar nanti.  

Masa browse entry-entry lama semalam Mami ajak anak-anak tengok sekali.  Seronok kanak-kanak ni tengok gambar lama-lama masing. Tapi banyak juga gambar2 yang tak leh access, tak tau kenapa.

Tahun ni Izzati Maisarah dah naik Form 1, UPSR dia... Alhamdulillah, Mami tau tahap dia macam mana, dapat result tu memang syukur sangat.  Dia pun dapat sekolah dekat jek ngan rumah.

Tahun ni jugak Iqhram Muammar darjah 1.  Alahai macam tak percaya jek dia dah naik darjah 1, Mami rasa dia masih baby jek. Sweet baby Mami.

Iskandar naik darjah 4, Allah darjah 4 dah Abang... how time flies, Iqhwan 5 tahun.....fuh...dan ya..umur Mami pun makin meningkat.

I will blog about them frequently after this...hopefully tak ada la hangat-hangat chicken shit kan.  

Entry pertama no picture.  I have to blog about Iqhram first day in school. Have to...sebab Kakak dan Abang dia ada entry first day school dalam blog ni.

Till then peeps...... please wait for my next entry....





 

Wednesday, March 18, 2015

Catatan....Mengong

Assalamualaikum


Apa ni apa ni...dah nak hujung bulan March kot...hapah pun ko tak update blog..kakakaka..beria2 la tahun lepas konon berazam nak hapdet blog rajin-rajin

Ni dah nak hujung bulan March dah pun hapah pun tak dak

Mengong la...entah apa difikirkan pun tak tau...

Dah tak reti nak mengarang kot..bahana social network bersepah kat internet nie kan... nak nak instagram..ambik gambar terus jek haplod...dalam tu merapu kepunden marang sekeper terus...

hhhmmmmm so nak berblog ke nak biarkan sepi blog nieh...

hmmmmmm


 

Thursday, December 4, 2014

Catatan....Persediaan Sekolah


Salam,

Ahad lepas, dapat duit kutu sikit, paksa diri pi carik barang-barang sekolah budak-budak ni walaupun mata dok sakit, ku main hambek jek..

Iskandar nya baju masa darjah satu memang dah hazab sangat la pulak... baju sekolah baju kafa...adoi..tak lalu nak tengok... 

Izzati pulak baju2 dah senteng dan sendat.. memang kene beli baru ler gamaknya..



Ni la sudahnya yang berjaya di rembat haritue...

Kakak
1. Kain Biru - 2 helai
2. Kain Hijau - 2 helai
3. Baju - 4 helai
4. Tudung - 6 helai
5. Kasut - 2 pasang
6. Stokin - 2 set
7. Seluar Track - 2 helai

Abang
1. Baju Melayu - 3 pasang
2. Baju Sek Keb - 3 pasang
3. Sampin - 2
4. Seluar Track - 2 helai
5. Kasut - 2 pasang
6. Stoking - 2 set
7. Singlet - 3 helai

err ada lagi tak... sebab macam banyak jek yang ku rembat haritue.. 



Dah beli macam-macam... dah kene bayar beratus-ratus...dapat la shopping beg free ni ha.... huhuhuhu...

Ni baru 70% ready...buku, alat tulis belum lagik...tunggu gaji bulan doblas laa... 






Catatan....Sore Eyes





Assalamualaikum,

Patutnya boleh jek nak update kat rumah, tapi biasa la..bila dah kat rumah tu susah beno nak dapat tengok laptop, mak anak empat nie banyak habiskan masa dengan melayan karenah kanak-kanak riang kat rumah tu.

Harini baru naik kerja selepas 6 hari MC bahana sakit mata kan...gilos betul... dah lama tak kena sakit mata, sekali kena hamek... 

Ini pun sebenarnya tak berapa nak okey lagik, pepagi mata still melekat lagik ngan taik mata...tapi merah dah tak ada dah... 

Berjangkit ngan Izzati ler nieh... dia yang start dulu sakit mata...





Wednesday, November 26, 2014

Catatan....Kakak's Special Day



Sorry sangat Kakak, lupa nak journalkan hari istimew kakak nieh..

Khamis minggu lepas, KAFA kakak ada buat Hari Kecemerlangan...  Alhamdulillah..kakak dapat satu award,

Markah tertinggi untuk Imla', Khat dan Jawi

Alhamdulillah..walaupun satu jek Mami bangga juga dengan kakak tau... 

Next year UPKK, so Kakak dah tak boleh nak ponteng-ponteng KAFA selalu, kena rajin-rajin gi KAFA... Mami ni dah la tak rajin nak menyemak kerja-kerja sekolah Kakak ngan Abang... so Kakak kena concentrate kat sekolah tu nanti...

huish..next year Kakak dah Darjah 5

How time flies.....









Catatan....Cerita Hari Minggu!!


Assalamualaikum,

Wei..hari ni dah hari Rabu la..kejadahnya nak update citer hari minggu...hehehe ni la kan..baru nak carik balik momentum menghapdet blog... tertinggal sehari udah lupa selamanya...

Weekend haritue.. kami sekeluarga ke Lumut, Perak ada reunion sekolah menengah Abie.  Tak ada la lama pergi pun..setakat dua hari jek... pegi Sabtu balik Ahad...

Budak-budak dah dikhabarkan dari awal, tak sabar-sabar nak tunggu 22hb nak pegi ke Lumut tu...

kita layan gambar jek lah...

Not so much activities pun.... sampai2 sabtu tu seme terus terjun kolam... esok pagi Ahad tu pun repeat lagik terjun kolam...apa yang syok untuk budak-budak pun... mandi kolam la yang paling best pun kan bila pergi bercuti-cuti cam ni... 

Mommy is cannot join ... bestfren mari lak time tu...boring jek... so Abie la melayan depa...

By the way, kami menginap kat Marina Cove Resort..okey la..ada theme park ala-ala... don't expect cam Sunway Lagoon, Lost World of Tambun jauh sekali hehehehehehe.... 















Wednesday, November 19, 2014

Catatan....Bila Menjelang Akhir Tahun





Assalamualaikum,

Bila menjelang akhir tahun..
dah berapa tahun dah ..
bertahun-tahun dah rasanya..
aku tak suka rasa ni..
memang tak suka sangat-sangat..

Bila nak akhir tahun
aku rasa bengap jek pala otak..
rasa stress jek..


Bila akhir tahun...
menyampah pun ada...
fedup pun ada...
benci pun ada...
down pun ada.... 


hhmmm bertahun-tahun dah nih..
bila la aku dapat keluar dari keadaan sekarang...






Monday, November 17, 2014

Catatan....Demo Periuk Ajaib Noxxa


Assalamualaikum,

Benonya dari sehari ke sehari nak buat review pasal periuk ajaib Noxxa ni...tapi tak berkesempatan sebabnya aku masih belum expert jadi nya datang dari orang take expert nie idok la berapa nak meletup sangat kan.

Lama gila dah periuk ni masuk listing idaman hati...tapi tak berpeluang nak beli sebabnya banyak lagi duit nak diguna utk ke lain, esp utk anak-anak, dan biasanya aku ni..(aku ya bukan korang) bukan la jenis yang suka nak dump duit beratus2 utk beli gajet2 nie...

Tapi...tapi...tapi..sebab tak tahan sangat.... aku sanggup main kutu weh....main kutu ni macam instalment gak la kan kikikiki cumanya ikut giliran..ada orang kata la kan..baik la kumpul duit dump duit sekali tapi haku lagi suka bayo tiap2 bulan kakakakak pelik sungguh...




Ni la Periuk Ajaib kepunyaan aku...aku beli tanpa tengok memana demo pun... terpengaruh pasal Kakak aku guna periuk ni dan macam2 tok nenek dia masak guna dalam tu...

Gambar dah jumble up... 





Ataih ni antara yang aku masak tanpa tengok demo la...kiranya mudah sebenarnya..as long as ko tau mana tau fungsi yang ko nak guna.... High Pressure ke Low Pressure ke... Steam ke... first try aku..aku masak nasi goreng....masak dari beras..... first try nasi terlembik sikit...tapi okey la... boleh telan dan makan.... 

Periuk ni sangat berguna utk orang cam aku yang kurang masa nie.... ..biasa nasi goreng kan kene masak nasi dulu then baru goreng...hok ni dari beras2 tue ko leh create nasi goreng.... orang kata cam sama jek macam nasi berperisa lain kan terpulang... janji nasi gorem kikikiki...

Pastu aku dah masak bubur nasi, bihun gorem.... ngan kari ikan... so far so good walaupun main hentam keromo masaknya...hehehe

So semalam, aku arrange satu demo periuk ni utk anak-anak kutu aku...... upline aku la yang buat demonya..bukan aku pon..aku mana expert lagik.... 

So semalam dalam masa sejam (dua periuk) kami berjaya la masak pulut kuning, ayam golek, kari ayam, kek coklat, dan daging panggang..... 

Eh saya sangat teruja dengan pulut kuning sebab anak2 ku sangat-sangat suka ngan pulut...tapi haku tak reti nak masak.... bila ada periuk nieh... memudahkan aku untuk masak pulut dan senang la aku nak masak pulut lepas ni...memang teruja nokkk..

Kari ayam pun sangat cantik masaknya...masak kek coklat pun ko tak yah nak guna mixer segala jadah bagai..lebur jek seme dalam tu..kaco2 kasi sebati then steam siap!!!...

Ha..tak ke teruja... ayam golek pun...letak la seko ayam dalam tue..(dah siap marinate la kan) pastu masak la ko situ....tekan2..bior...

Hahaha... mengong... aku la mengong bukan koram.... excited... kikikikiki....  lepas ni memang rasa lebih confident utk aku gunakan periuk ajaib tersebut...





Ni lah hasil demo semalam.. satu jam..dua periuk ngan all the dishes...okey tak okey??.....

Perkkh.... tak cukup meletup lagik nieh...tunggu la..bila2 aku ada masa masa guna periuk nie... aku tayang lagik kat sini ngan resepi2 na....

Dok berangan nak buat sardin sendiri.... without bahan pengawet cam dalam tin tu... buat stok sendiri....(kononnnnnn).... 





Friday, November 14, 2014

Catatan....Darah Tinggi


Assalamualaikum

Semalam MC lagik... dua minggu kepala weng..jalan pun terawang-awang jek rasa...tengkuk ni memang rasa stress sampai ke bahu-bahu...

Tak tahan semalam pegi la KPMC,  nak cek darah... hmmm darah borderline.. 139/95 ...tu pun dr kata tinggi... dua minggu dah ni...apa ke hal la aku nieh..

Hamek...sebulan dia bagi stok ubat darah tinggi...hish takut lah... jangan la permenant darah tinggi ni..harap2 ni sebab aku stress jek la... kejap jek pastu normal balik... tapi kalau dah dua minggu dok tinggi jek... ada can ke boleh normal....

Ohmaii..dok pk ni pun haku stress... macam-macam la yang distress kan...aku penat la.. letih... serius... jejak kaki masuk rumah aduhai macam2 hal la... aku pun tak tau la..napa... padahal sama jek dari dulu penat dari dulu pun gitu gak...dah orang tak ada helper kan memang seme benda pun aku buat kat rumah tu...

Agaknya dah sampai limit la kot.... umo pun dah 38... time to consider jangan nak pressure diri sangat kot... hhhmmm



denggg...harini lupa bawak ubat gi opis... mujur makan sekali sehari jek... malam karang jek lah... tolong ingatkan aku....