Pages

Friday, February 17, 2017

Catatan.... Kak Mah dan LHDN


(gambar cilok google)

Assalamualaikum

Perkh...dah bulan Februari tak pe tak pe kita pelan pelan kayuh utk update blog ya.



(gambar cilok google)


Harini pepagi terpaksa keluar gi LHDN, tak mampu nak pegi ke PJ (file ada kat sana) so akak pegi kat LHDN kat Hentian Kajang ni jek lah sebab itu yang paling dekat. Takut nanti pergi jauh-jauh tak sempat pulak nak balik hantar Izzati pergi sekolah ngan ambik Iskandar ngan Iqhram.

Kenapa lak kena pegi LHDN pepagi, heheh..tak ada apa pun, last year akak dapat surat LHDN suh bayar cukai tertunggak utk tahun 2008 ngan 2011, utk golongan marhaen macam hakak ni banyak jugak nak kena bayar. So akak declare la income tax utk tahun tu. Buat last year jugak la ke LHDN PJ tu kalau sapa follow akak (puiiii) akak ada update stegram pasal ke LHDN PJ tu. Siap dah hantar borang BE bagai siap kira lagi depan officer tu seme, memang submit siap dah semua, tapi silap akak la tak mintak ngan officer tu buat copy then suruh dia chop receive kan. So you all lepas ni kalau tetiba LHDN suh declare tahun sekian sekian buat tu buat tapi make sure buat copy utk diri sendiri. Pengajaran utk akak la kan.

Akak ingat lepas dah settle buat declaration tu tak ada la apa-apa kira dah settle la sebab bila hantar dan buat calculation memang tak ada kena bayar pepe pun nak nak tahun 2008 tu langsung tak ada kena PCB maklumla gaji kecik kan.

Tetiba awal minggu ni akak dapat surat dari LHDN mengatakan akak ada tunggakan cukai, eh pulak dah...tengok tahun, tahun yang sama akak dapat tahun lepas suruh declare. Eh aku dah declare dah kenapa ada tunggakan lagi.

Sila bayar sebelum 19 Februari 2017 kalau tidak tindakan guaman akan diambil.  Ah sudah, walaupun nilainya tidak la sebesar mana tapi sangat besar bagi akak yang sudah tak bekerja ni.  Rakyat prihatin dan taat setia pada negara hari ni akak ke LHDN Kajang la untuk tanya berkenaan perkara ni. Kalau kena bayar kena la bayar jugak tapi nak tau la juga hujung pangkal cerita.

Alhamdulillah dapat pulak Officer yang sangat peramah over the top, yang baik sangat2 la pada mata akak ni.  Biasa stigma kita ni kalau Government Officer mesti hampeh dan sombong kan.  Allah permudahkan kerja akak pagi tadi.  Dia cek, dan tengok jek surat tu lepas akak cerita kronologi kejadian.

"Puan saya tengok surat ni pun saya tau dia orang tak update lagi yang Puan hantar last year.  Bila ya Puan submit borang BE tu tahun lepas."

Alamak!!!! satu kes lagik, mana la hakak ingat, udah la tak buat salinan, tarikh2 ni lagi la akak lupa.  Mujur la kan, akak ni kan penghapdet tegar Instagram hahahahaha kepala otak tu ada lampu menyala-nyala kemain banyak terus akak cek Instagram akak.

Berguna jugak rupanya Instagram ni kat haku, gigih akak browse satu satu gambar bila masa akak pegi ke LHDN tahun lepas utk buat declaration.  Nasib la, akak ni perasan artis fofular kan, mujur sangat akak ada update walaupun cuma gambar NO GILIRAN hahaha masa ni memang nak tergelak sangat pun ada. Dapat la tarikh yang officer tu nak.

Sambil dia sent email kepada officer in charge, sambil tu dia menyembang ngan akak. Peramah sangat officer ni, suka betul akak borak ngan dia, segala macam dia cerita.  Anak cikgu rupanya, eh sama la kak, saya pun anak cikgu jugak. Betul anak cikgu ni memang glemer, pasal nama ayah tu yang glemer hehehehe...

Orang ganu kiter, seronok melayan celoteh akak ni.  

Selesai dia hantar email sempat gak la dia nasihat kan akak, 

"Lain kali Puan kalau jadi lagi macam ni Puan make sure buat salinan ya, tak pe kalau kita kena keluar berapa sen pun utk salinan tu takut nanti jadi macam ni la."

"Saya dah hantar email kepada pegawai terlibat kita tunggu nanti lepas ni macam mana.  Kalau tengok tarikh submission Puan tu memang tarikh tu waktu yang sangat sibuk masa tu. Puan simpan jek dulu surat ni jangan bayar dulu kalau Puan yakin Puan tak kena bayar apa-apa."

Terima kasih sangat la Puan Zalina Ab Razak. Lupa pulak nak ajak selfie...kikikiki...

Okey lega disitu, so kita tunggu panggilan LHDN lepas ni..... dan akak kena follow up la gamaknya...

Ingat jangan buat silap macam akak ya.  Kita mudahkan kerja orang, kerja kita pun jadi mudah sebenarnya.  

Dalam hal ni akak tak salahkan pun pihak LHDN sebab paham, berapa ribu orang pulak la dia nak update dah la hantar manual cuma nya jangan hilang sudah la borang BE akak tu..... takkan nak kena resubmit balik....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

kbaiii....


Tuesday, January 17, 2017

Catatan.... Cerita Mami


Assalamualaikum,

Apa yang nak dicoretkan dalam blog ni.  Hmmmm okey la hari ni citer pasal Mami lah.

Setahun tak berblog, tak udpate pun pepe pasal Mami, sebenarnya dah setahun Mami resign dari Prasarana.  Sebab resign?? Ada beberapa perkara berbangkit yang buatkan Mami ambik keputusan untuk berhenti kerja.  Itupun lepas Mami istikarah dua minggu tiap-tiap hari, hati Mami kuat nak berhenti kerja. 

Alhamdulillah setahun dah pun, bulan lapan nanti genap la dua tahun.  Ada la hiccup sana sini lepas berhenti, tapi Mami okey jek resign.  Mulanya Mami ingat Mami akan jadi double stress bila hadap anak-anak 24jam.  Tipu kalau kata tak stress, mesti ada rasa stress tu sekali sekali, tapi Mami okey boleh hadapi.

Kerja rumah?? Rumah Mami tak ada berkilat macam orang lain still macam gitu gak.  Rajin buat tak rajin babai, hehehe I lower my expectation, tak nak kalut nau. Janji anak-anak Mami ada baju bersih dah pakai dan perut tak lapar.


Apa Mami buat as surirumah?  Macam-macam Mami buat, to be honest masa memula resign, Mami memang ingat nak concentrate as Real Estate Negotiator, Mami buat gak until now tapi mungkin tak seaktif dan sehevoc orang lain.  Orang kata pelan-pelan kayuh, tapi dah setahun takkan nak pelan pelan lagik...kikikiki...




Mami pun ada ambik order Brownies yang memang Mami buat since kerja.  Concentrate on Brownies jek, pastu sikit sikit Mami belajar buat kuih talam, ni pun Mami ada ambik order. Belajar buat sandwich macam style hotel dan now Mami buat foodpack pulak.  Memula ni Mami cuma buat foodpack spaghetti bolognese jek dulu.  







Ada hajat juga nak buat lunchpack dan dinnerpack, tapi Mami kena asah skill masak lauk pauk ni. Mami tak berapa nak pandai masak, setakat halwa tekak anak-anak dan diri sendiri okey la.  Nak buat utk jualan ni Mami belum berani lagi.


Bawah ni list harga apa yang Mami ambil tempahan.


I still survive, Alhamdulillah, nikmat Allah ni macam-macam. I'm not complaining, buat I try to work my best for my kids.






Wednesday, January 11, 2017

Catatan.... Izzati menginjak remaja

Salam

Waktu malam bila free dan laptop tak dikonker oleh kanak-kanak riang kat rumah ni baru la boleh Mami nak update blog.  Tak kisah la, masih mencari momentum untuk rajin-rajin update blog.

2017 Izzati menginjak remaja, dah naik tingkatan 1.  Bila browse entry-entry lama yang dari tahun 2005 tu, macam tak percaya Izzati dah besar, dah remaja.  Tengok entry-entry lama, macam Izzati masih baby lagi pada Mami.

My mistake, tak habis2 nak ungkit pasal tak update blog kan...rupanya banyak sangat benda yang boleh diblogkan tapi Mami suka direct upload ke Instagram jek







Graduation Day Kakak last year, seronok budak-budak sekarang, graduate sekolah rendah macam graduate kat universiti kan. Dulu-dulu zaman Mami tak ada pun, habis sekolah habis gitu jek, habis kuat pun jamuan buat kat kelas, potluck. Nowadays, kids sangat-sangat beruntung (mind my bahasa hehehehe)






With all my munchkin, Abie tak ada sebab tuntutan kerja.  Anak 4, Mami harap Mami dipanjangkan usia untuk melihat anak-anak Mami graduate sampai universiti (Insya Allah).



Terasa betapa remajanya anak perempuan Mami ni.  Ni masa dia nak pergi dinner kelas dia.  Yerp, dinner okey.  Buat kat clubhouse lagik, siap ada tema masquarade party gitu. Bila tau ada dinner tu dan siap ada tema tu, Mami yang pening kepala apa nak bagi Kakak pakai baju.  Sampaikan topeng tu pun Mami pening tak tau nak carik mana.  

That dress was my dress that I wore almost 15-16 years ago, masa tu umur Mami 20an okey, Kakak 12 tahun dah boleh pakai that dress, nampak sangat baju tu mengecik hahahahaha.  Mujur masih okey dan masih elok.  I love that dress, sebab Mami yang bagi bayangan kat tailor macammana Mami nak dress tu, kira macam Mami design sendiri la dress tu.  Now, Kakak dah boleh pakai so jadi Kakak punya la dress tu.



Sekarang Kakak dah naik Tingkatan 1, tengok la kelaku dia masa first day nak pergi sekolah.  Mami nak ambik gambar dia, macam-macam posing dia buat.  

Yup Mami memang garang kat Kakak, Kakak asik la kena marah ngan Mami. Kakak la selalu kena bebel ngan Mami walaupun sebenarnya bukan salah Kakak pun.  Tapi we can be bestfriend ever. Sekarang Mami boleh nak cerita macam-macam dengan Kakak.  I need to be her friend, her bestfriend so that she can tell me everything.  

Dah naik remaja ni, Mami risau sebenarnya.  Bila hantar Kakak pergi sekolah, tengok budak-budak lain yang dah besar ni, Mami risau teramat risau.  Risau pasal pergaulan Kakak, risau pasal kawan-kawan Kakak, oh Mami sangat-sangat risau.

Masa sekolah rendah Kakak pun dah start nak 'hangout' ngan kawan-kawan but of course Mami susah nak lepaskan Kakak, tapi sampai bila.  You still my baby and my only princess alahai, risau.

Nampaknya Mami kena start to let go, but not totally letting go, macam main layang-layang, bila rasa jauh kena tarik pelan-pelan dekat dengan kita.

Mami cuma harap anak Mami tak besar-besar.....ehhhhhh.... hahahahaha....