Pages

Tuesday, September 2, 2008

Salam Merdeka, Ramadhan dan Our Booth at Bukit Jalil

Assalamualaikum,

Mula-mula sekali aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN (well better late than never kannnn) dan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan Ibadah kita penuh berkat.

Well, tahun ni pertama kali aku dengan Abie meniaga di Bazar Ramadhan. Masuk hari ni dah dua minggu kita orang meniaga kat Bukit Jalil. Karnival Usahawan di Bukit Jalil. Dapat offer booth free, aper lagik take advantage la. Aku jual tudung-tudung ngan brooch, pastue ada la sikit baju-baju budak. Tengok gaya cam permintaan utk baju budak amat lah menggalakan. After one week berniaga kat booth nieh, its quite tiring jugak la. Iyelah balik keje terus lepak ngan Abie sampai kul 10 malam. Untuk sebulan nie, anak anak Mummy ngan Abie tunggang langgang kejap. Tak per la nak.... nak carik duit raya. Abie dah tak keje dah....buat sementara bisnes Abie nak develop nie biarlah Abie jaga kedai Mummy nieh.

Well ini lah kedai Mummy ngan Abie kat Bukit Jalil

Nampak kosong kan.... iyelah patut belakang tue ada bidai, tapi kita orang deal ngan kedai belakang tue tak yah tutup, biarkan orang belah sana nampak kedai kami orang belah sini nampak kedai dia. Kira okey la kan, buat first timer cam Mummy ngan Abie nieh.


Ini sebahagian tudung-tudung yang dijual kat sini. Alhamdulillah la...walaupun orang tak ramai tapi hari-hari ada gak la sale. Sale pun tak ada la ribu riban. Agaknya kalau meniaga kat area Jalan TAR mungkin boleh la cecah ribu riban kot. Kat Bukit Jalil nie setakat semalam hari Isnin (first day puasa) tak ramai lagik booth yang bukak. Tak tau la samada dia orang nak tunggu pertengahan Ramadhan ker. Tapi hari hari Mummy doa biarlah ada rezeki Mummy ngan Abie. Asalakan dapat pulangan modal pun syukur, siapa yang tak nak lebih kan. Tak apa baru dua minggu. Tunggu lah sampai akhir Ramadhan sok. Lagipun sepanjang mingu lepas cuaca tak menentu.

Ini pulak ada orang tumpang barang kat kedai kita orang. Consignment basis. At least nampak jugak la kedai kami ni ada barang dari tak ada langsung kan. Telekung dan blouse muslimah. Ish...mummy kenan ngan blouse tue...tapi menahan diri je lah.... kedai sendiri takkan sendiri nak borong kot....ngeh ngeh ngeh...


Ini pulak brooch-brooch yang dijual. Anak-anak brooch tue yang ramai orang minat. Iyelah Mummy ngan Abie letak 4 RM 10 boleh campor-campor lagik. Set brooch yang kat atas tue dijual RM15 ramai kata murah...err murah ker..entah la..rasanya kami masih ada untung lagik kat situ.

Apa-apa pun memang aku berharap sangat la kedai ini akan berjalan lancar. Aku memang ada plan akan meneruskan perniagaan ni sampai lepas raya sok. Nak start carik booth yang macam kat uptown-uptown tue. Kumpul modal la sikit-sikit, barang yang tak abih ni sok boleh di jual semula kan. Bukan basi pun, dan harapan aku dan Abie semoga gerai kami mendapat sambutan, Insya'allah.

Kepada rakan-rakan taulan jemput la datang ke gerai kami yang bernombo P1-161 di Bukit Jalil sepanjang bulan Ramadhan nieh. Kalau nak jumpa aku, aku ada sebelah malam jek, weekend pn sama sebab siang nak spent quality time with my kids. Abie pulak full time jaga booth nieh. Dia spent time quality time ngan anak-anak pagi-pagi.

Well geng doakan kami berjaya dan wish us luck.

Salam Ramadhan!!!!

No comments:

Post a Comment

please be nice to me