Pages

Monday, August 28, 2006

Setengah hari di Bandar Bukit Mahkota

Assalamualaikum,

Hari nie aku rasa macam keje half day jek. Sampai jek kat office memasing kecoh, aku pun terpinga-pinga. Ape hal?? Baru aku teringat, semalam petang aku dapat call dari officemate bagi tau ex-officemate kita orang dulu baru jek meninggal disebabkan Kanser Kelenjar. Terkejut jugak aku dibuatnya. Terbayang-bayang aku muka Halim Jani. Lembut bersih aku ingat lagi masa aku kerja kat Putra LRT. Aku selalu jugak berjumpa dan berurusan dengan Halim. Selalu jugak kami bergaduh manja (bergurau) usik mengusik. Dan aku tak sangka dalam usia semuda Halim dia dijemput panggilan Ilahi.

Tanpa aku sedar, mengalir juga airmata ketika menziarahi arwah di rumah kakaknya di Bandar Bukit Mahkota. Apatah lagi terpandangkan anak arwah yang masih kecil. Sebak sungguh rasa hati. Aku meletakkan diri aku ditempat isteri arwah. Andai aku ditempat beliau mampukah aku jadi setabah wanita itu. Allahu'alam. Airmata merembes lagi terkenangkan putih bersih wajah beliau selepas dimandikan.

Terbayang-bayang wajah beliau. Memang beliau merahsiakan penyakitnya dari seluruh kaum sahabat. Entah kenapa tidak pulak aku ketahui. Dan aku juga mendapat tahu dari rakan-rakan bahawa beliau tidak mahu menjalankan rawata kimoterapi. Tak sanggup menghadapi side effect sekiranya beliau mengambil rawatan tersebut.

Bergenang lagi airmata melihatkan kakak arwah mengusung bantal tidur arwah ke sana sini. Dengan mata yang memerah cukup mengharukan sesiapa sahaja.

Al-Fatihah buat Allahyarham Halim Jani.

No comments:

Post a Comment

please be nice to me